Wednesday, July 14, 2021

I'm Back after 6 years!

Kali terakhir ray blogging ialah 6 tahun lepas (2015)

Should I start blogging again?

What is the point? Takde siapa nak baca dah. Blogging is outdated. Now, zaman Tiktok, IG etc hahaha

Why bother?? Why bother? LOL

As I entered the statistic part, there are still visitors reading my past post. Random people while they search keywords perhaps.









P/S : The image itself shows how outdated I am. Arnold? Seriously? LOL








Saturday, January 31, 2015

Coretan MH370 & MH17


Tough times do not last, tough people do #staystrong#malaysiaairlines #cabincrew  #flightcrew #mh370#MH17 #prayformh17 #prayformh370

MH370

Bangun dari tidur Ray diberitahu my housemate yang MH370 hilang. Hilang?  Antara percaya dan tidak. Decided to switch on the news channel to confirm it.

Perkara pertama yang terlintas di dalam kepala ialah wajah rakan-rakan crew especially rakan yg rapat.  Ibarat flashback. Dengan harapan "I hope not some one I know ada bertugas dalam flight yang hilang itu"

Blank.

Sepanjang bekerja sebagai crew, perkara yang paling dititik beratkan dalam skop kerja ialah isu keselamatan. Prosedur keselamatan yang telah ditetapkan jika berlaku kecemasan semasa penerbangan dan pendaratan wajib difahami dan diingati. Belajar secara teori...jawab soalan peperiksaan, menghadiri latihan "Safety Drill" setahun sekali. Dua tahun sekali buat "Wet Drill" menerjunkan diri dalam kolam renang beruniform .

Dalam erti kata lain segalanya dilakukan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kecelakaan.

Tuesday, January 21, 2014

Airline ITU

Ray resigned as flight crew in 2007. That was 6 years ago.


Do I missed flying? Yes.

Since 2007, I am trying my level best to travel at least once a year. Mengubat kerinduan. Since, there are few destination yang Ray xpuas pergi..I make those destination as my priority.

Beijing is one those destination yang Ray tak puas discover. Those days, aircraft yang pergi ke Beijing ialah Airbus A330. Since tak rated jenis kapal tu…for the first 7 years of my flying career..tak pernah jejak kaki pun ke Beijing…sampai la the company decided to include me in airbus fleet. Itu pun ada la 2kali. Short stay…freezing cold -18degress. Jangan harap la nak discover sangat kan?

Last year, dengan gigihnya plan utk ke Beijing. Yippie!!

Ray naik airline ITU. Murah. Ada offer time tu.

Friday, June 21, 2013

Perihal: The A List



Situasi 1
Anak kau dapat berapa A? tanya Mak Jemah.


Oh! Sudah semestinya 9A! jawab Mak Jembut bangga.

Mak Jembut tersenyum puas. Kedudukan beliau ditangga social telah meningkat. Masyarakat akan mula memandang serius kepada insan yang bernama Mak Jembut. Semua orang kampung akan ingat.  Mak Jembut yang mana? Mak Jembut yang anaknya dapat 9A.

Dunia kini berubah. Tak cukup dengan berapa banyak A anak kau dapat. Status A itu sendiri telah dinaik taraf. 

Giliran Mak Jembut pula bertanya. Anak kau Jemah..berapa A?

Anak aku 9A1.  

Kesian Mak Jembut. Perhatian orang kampung sudah semestinya beralih kepada Mak Jemah yang dapat 9A1 itu.