Saturday, January 31, 2015

Coretan MH370 & MH17


Tough times do not last, tough people do #staystrong#malaysiaairlines #cabincrew  #flightcrew #mh370#MH17 #prayformh17 #prayformh370

MH370

Bangun dari tidur Ray diberitahu my housemate yang MH370 hilang. Hilang?  Antara percaya dan tidak. Decided to switch on the news channel to confirm it.

Perkara pertama yang terlintas di dalam kepala ialah wajah rakan-rakan crew especially rakan yg rapat.  Ibarat flashback. Dengan harapan "I hope not some one I know ada bertugas dalam flight yang hilang itu"

Blank.

Sepanjang bekerja sebagai crew, perkara yang paling dititik beratkan dalam skop kerja ialah isu keselamatan. Prosedur keselamatan yang telah ditetapkan jika berlaku kecemasan semasa penerbangan dan pendaratan wajib difahami dan diingati. Belajar secara teori...jawab soalan peperiksaan, menghadiri latihan "Safety Drill" setahun sekali. Dua tahun sekali buat "Wet Drill" menerjunkan diri dalam kolam renang beruniform .

Dalam erti kata lain segalanya dilakukan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kecelakaan.