Saturday, January 31, 2015

Coretan MH370 & MH17


Tough times do not last, tough people do #staystrong#malaysiaairlines #cabincrew  #flightcrew #mh370#MH17 #prayformh17 #prayformh370

MH370

Bangun dari tidur Ray diberitahu my housemate yang MH370 hilang. Hilang?  Antara percaya dan tidak. Decided to switch on the news channel to confirm it.

Perkara pertama yang terlintas di dalam kepala ialah wajah rakan-rakan crew especially rakan yg rapat.  Ibarat flashback. Dengan harapan "I hope not some one I know ada bertugas dalam flight yang hilang itu"

Blank.

Sepanjang bekerja sebagai crew, perkara yang paling dititik beratkan dalam skop kerja ialah isu keselamatan. Prosedur keselamatan yang telah ditetapkan jika berlaku kecemasan semasa penerbangan dan pendaratan wajib difahami dan diingati. Belajar secara teori...jawab soalan peperiksaan, menghadiri latihan "Safety Drill" setahun sekali. Dua tahun sekali buat "Wet Drill" menerjunkan diri dalam kolam renang beruniform .

Dalam erti kata lain segalanya dilakukan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kecelakaan.



Apa yang paling ditakuti dan diharapkan tidak  akan berlaku telah menjadi kenyataan. 

Perasaan Ray pada masa tu bercampur-campur. Sedih, ingin tahu, seram, simpati. Lebih memedihkan bila mula membayangkan wajah dan perasaan crew yang teribat dalam pernerbangan tersebut.

Banyak persoalan yang timbul dengan kehilangan MH370. Aviation expert jadi-jadian muncul bagaikan cendawan tumbuh menjelaskan teori masing-masing. 

Seriously...ia memualkan. Sadly, ramai yang lebih percaya teori-teori yang dipaparkan dalam FB dari penjelasan rasmi. Konspirasi katanya. Ya lah..kalau dah xsuka...apa sekalipun yang diterangkan (walaupun benar) tidak akan diterima. 

Humans, drama kena lebih. Excited kena lebih. Kebodohan juga kena tonjolkan secara berlebihan. Drama akan berkurangan jika hanya terkena pada muka sendiri.

Lebih jelik....manusia yang suka menghukum. Tuding jari cepatnya amat "Ini Bala Allah turunkan kepada MAS sebab serve arak, tak tutup aurat dll" (pakar buka aib orang lain) tapi kalau kena muka sendiri.... "Ini ujian Allah untuk membersihkan dosa kita" (pakar tutup aib diri sendiri).

Xsalah nak melakukan teguran untuk perubahan demi kebaikan tapi biar kena caranya dan masanya.


Looking at this comic made me realize that crew frm different airlines worldwide are so alike even if they are frm different countries with different languages and culture. Crew are as you say are ALL FAMILY. Even I have left MAS for few years now... Im still proud to be part of it. Pls STOP blaming MAS....especially Malaysians....this is your national carrier ....be patriotic and supportive.


MH17

Lebih kurang 11 malam. Menerima pesanan whatsapp yang MH17 ditembak jatuh. Antara percaya dan tidak. Tak percaya sebab banyak sangat teori itu dan ini berkaitan MH370 yang masih hilang. Takkan berlaku lagi untuk kali kedua? Ditembak jatuh? Siapa yang tembak? Kenapa? Tak dapat diterima akal bila memikirkannya. 

Pesanan disusuli dengan screen capture nama anak-anak kapal yang terlibat dalam penerbangan tersebut. Terperanjat dan rasa sebak dengan apa yang terpapar. Lagi nama-nama yang biasa Ray dengar dan kali ini termasuk sepupu Ray sendiri.

My eldest sister told me that she called Arwah Kak Shila (Dora Shahila) before the flight asking her bila dia nak balik kampung. Arwah replied " In syaa Allah...lepas Shila balik Amsterdam nanti"

I remembered her shouting calling my childhood nick name setiap kali nampak Ray kat FMB (Flight Management Building) "BOY!!!....mari sini!" 

Masa jadi crew Ray pernah  flight sekali bersama arwah. Flight pergi Delhi, India. Dah la flight sama..kerja satu zone pulak tu. Directly under her dalam business class. Dengar2 org kata Arwah memang serius bab2 kerja ni...tegas. Tapi sebab Ray ni cousin dia...hehehe Arwah Kak Shila tone down sikit ketegasannya or else "I will report to PakTeh (my father)" LOL. Flight almost full and I have learned a lot from her. She joined MAS semasa Ray sekolah rendah lagi. Imagine pengalaman yang dia ada sebagai ketua peramugari.

Di Delhi, Ray berpeluang teman arwah beli kain langsir if I am not mistaken. Ray pun ada borong kain Saree atas desakannya... "Buy laaa...murah je kot..Adek (my sister) mesti suka" kata arwah.

Last time I saw Arwah Kak Shila was masa my dad passed away on Thursday 18 April 2013 Setahun sebelum tragedi MH17...She met me selepas sembahyang jenazah di masjid. Her last word was "Boy! You did a great job uruskan semua ni...Be strong ya boy" 

Besides Arwah Kak Shila, ada beberapa orang yang Ray pernah fly bersama. Ray juga mengenali Arwah Mastura. Arwah ialah rakan sekolah Ray semasa di sekolah menengah dulu.

Al Fatihah.



-Jenazah Arwah Kak Shila disemadikan di Tanah Perkuburan Damansara (Tanah perkuburan yang sama dengan jenazah Arwah Mak-1985)

-Jenazah Arwah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Paroi Jaya (Tanah perkuburan yang sama dengan jenazah Arwah Bapak - 2013)


1 mulut cakap2 belakang:

Kevin Collins said...

Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
Can I contact your through your email?

Please email me back.

Thanks!
Kevin
kevincollins1012 gmail.com