Friday, June 21, 2013

Perihal: The A List



Situasi 1
Anak kau dapat berapa A? tanya Mak Jemah.


Oh! Sudah semestinya 9A! jawab Mak Jembut bangga.

Mak Jembut tersenyum puas. Kedudukan beliau ditangga social telah meningkat. Masyarakat akan mula memandang serius kepada insan yang bernama Mak Jembut. Semua orang kampung akan ingat.  Mak Jembut yang mana? Mak Jembut yang anaknya dapat 9A.

Dunia kini berubah. Tak cukup dengan berapa banyak A anak kau dapat. Status A itu sendiri telah dinaik taraf. 

Giliran Mak Jembut pula bertanya. Anak kau Jemah..berapa A?

Anak aku 9A1.  

Kesian Mak Jembut. Perhatian orang kampung sudah semestinya beralih kepada Mak Jemah yang dapat 9A1 itu.



Situasi 2

Baiklah anak murid...cikgu nak pulangkan lukisan yang kamu lukis semalam. Tak sabar rasanya Adam nak tahu apakah rating lukisan dari cikgu kesayangannya itu.

Junid...kamu dapat A. Alia dapat A. Fatimah! Bagus A!

Adam...hurm... B. Xpe nanti cuba lagi ya.

Adam dah stressed. Kawan-kawan rapat yang lain semua dapat A. 

Dalam kepala hotak Adam, dia tertanya-tanya...kenapa aku tak dapat A? Kenapaaaa?

Cikgu Padma tak pernah bagi Adam A. 

Hakikatnya, lukisan Adam memang tak cantik, tak kemas, dan bermacam tak. Sebab tu dia tak dapat A.

Bagaimana nak dapat A di mata Cikgu Padma agaknya?


Situasi 3

Makkkkk! Adam balik!

Hah! Adam belajar apa kat tadika tadi? tanya Mak Jemah.

Belajar ABC. Tadi cikgu bagi lukisan yang Adam lukis semalam....Adam dapat B laaa Mama. Sedih!

Pause jap.

Alkisahnya, Adam ni anak mak Jemah lah ya. Oooo. Yang anak sulung nya dapat 9A1 tu?? So maknanya...Adam ialah adik kepada  pelajar yang dapat 9A1 tu lah ya.

Confirm lah Adam akan melalui kehidupan yang lebih stressed dimasa akan datang  bukan?


Nak dijadikan cerita,  Adam di alam persekolahannya tak pernah dapat A langsung.... tempat pertama jauh sekali. 

Cuma nama Adam dapat tempat pertama dalam list attendance dia je la. Ya lah...nama bermula dari A.




Dari 3 situasi dongeng di atas, betapa pentingnya A itu dalam kehidupan akademik kita. Jangan dilupa ada juga  label A dalam social status, yang lebih relevan di alam pekerjaan. Pihak lain yang menilai kita berdasarkan beberapa ciri-ciri tertentu.

A dalam social status bukanlah pencapaian nyata. Ia tidak didokumenkan dan berada dalam fikiran sahaja.... bergantung kepada keperluan/kepentingan/kehendak sesuatu komuniti itu sendiri.

Berada dalam "A list" bermakna anda penting, popular, berpengaruh dan cool.

Ray  senaraikan ciri2 umum "A list" bagi common people (people like you and me) 
Adakah anda berada dalam senarai "A list"? Sila semak senarai dibawah. 

1- Bila anda masuk ke pejabat/kolej, hampir kesemua orang yang anda temui sepanjang jalan akan wish anda "Selamat pagi". Jika hanya kiraan 1-4 orang sahaja yang wish dan itu pun kakitangan bawahan sendiri...rasanya dorang have no choice...so jangan nak perasan sangat! Confirm you dalam A list, jika BOSS you wish you dulu.

2- Majlis keraian diajak secara terus oleh tuan punya majlis tanpa melalui orang tengah. Kak Anom ajak you bagi pihak so and so....maknanya ada kemungkinan yang tuan majlis tak pernah kenal anda langsung....hahaha. Tuan majlis datang sendiri menjemput anda bermakna anda berada dalam A list si penjemput.


3- Anda diajak menghadiri majlis dengan gesaan "You must come!" or "I want you to be there".  Bila you decline, respon yang patut anda dapat...."Alahhh tak bestlah you takde!" 
Kalau anda diajak  dengan pelawaan berbunyi begini..."Kalau you free....you datang lah ya!" , maknanya anda bukan dalam A list. hahaha. Lebih sedih..jika berbunyi begini.....You kena datang tau..banyak makanan I sediakan.


4- Bila anda ke majlis, tuan majlis sendiri ada menyambut anda. Confirm anda dalam A list jika tuan rumah  sendiri yang cari anda, dan bukan anda cari tuan rumah.

5- Bila disambut oleh tuan rumah, anda diescort oleh tuan rumah atau wakil kesana kemari....malah diperkenalkan kepada tetamu yang lain. Anda pasti berada di list B ke bawah, bila anda tidak diperkenalkan pada tetamu lain dan diusher oleh wakil tuan rumah yang tak dikenali ke meja paling hujung dari meja utama. Lebih sedih, jika anda masuk  mencari meja anda atau ruang anda sendiri. hahaha.

6- Kerja yang anda lakukan, pakaian anda, mendapat perhatian dan menjadi tumpuan. In short, menjadi bahan bualan. In a good way of course! Jika anda bahan kejian, sila turun ke senarai E. hehehe

7-  Bila hari jadi anda, ramai orang ucap happy birthday. Birthday wish melalui social media tidak diambil kira ya. Sambut birthday sampai 5 kali sambutan atau lebih dalam masa sehari. Kenapa 5? Pagi, tengahari, petang, malam dan lewat malam...hahaha. 

8-  Anda ditegur oleh orang yang tak anda kenali dengan panggilan nama. " Encik Amier...sihat?" Seharusnya, nama yang dipangil itu hendaklah sebutan yang betul, jika sebaliknya....confirm anda bukan dalam A list. 

9- Anda MC, dan takde sorang pun perasan anda tak hadir bekerja. Ia menandakan anda tidak tersenarai dalam A list dorang. Anda pasti dalam senarai A list, jika anda menerima lebih dari 2 panggilan bertanyakan khabar. Kenapa dua panggilan? Panggilan tidak termasuk panggilan dari HR dan BOSS kerana gagal melaporkan yang anda cuti sakit.

10- Anda tak marah , terasa apa pun dengan apa yang Ray tulis ni sebab if you in are really dalam A list , anda couldn't be bothered pun nak baca entry ray ni...wakaka.

But since korang dah baca, ia membuktikan korang memang A list dalam blog ray ni. 

Ok lah...mehhh ray simpulkan.

There are no such list. Society yang create or dalam erti kata lain label everything.

We can easily or freely create our own list. List yang kita nak. Ikut selera kita. Satu list yang dicipta oleh si polan si polan tak applicable utk semua orang sebenarnya. 
Sebagai contoh, Kak Ani xperlu la nak ikut sangat senarai ray diatas kan? Ya Kak Ani yaaa...hahaha. Kak Ani hanya perlu mencipta A list dia sendiri tanpa memperdulikan apa yang orang lain nak kata.

Dalam kes Adam, seburuk2 prestasi Adam dalam pelajaran bukan bermakna Adam tak "A" dari menjadi anak yang soleh dan bakal menjaga mak Jemah bila sakit tua kelak.

Kalau anda teringin sangat nak berada dalam A list dari senarai Ray di atas...Ray cadangkan....

Jika kita rasa kita bukan A list di pejabat/kolej besar.... kita kecilkan skop tu...hehehe.

Berkemungkinan kita berada dalam A list dikalangan rakan sekelas, rakan rapat dan keluarga tersayang.

Rasanya itu sudah memadai dan cukup untuk dijadikan satu permulaan.

Everything has a small beginning.......


7 mulut cakap2 belakang:

Faizal Sulaiman said...

A list ni mcm label kalau kat sekolah plus kalau persekitaran kehidupan, A list ni mcm tergolong org femes atau berkepentingan. Kalau yg sukakan fame tu bole la. Hahaha


Nice entry, ray!

Silbi Abigail said...

Anda adalah orang pertama dihubungi oleh kawan bila mereka dalam kesusahan.

[r][a][y] eusouff said...

Faizal, tepat sekali.

Most humans love the idea being known, being loved, being important, acknowledge and appreciated for all the things they do.

So basically, almost everyone love fame actually.

[r][a][y] eusouff said...

Silbi,

A good point.
org pertama yg you in ingat in anything you do. Biasanya keluargalah kan.

Ri said...

i'd love to be appreciated and considered important by those whom i appreciate and are important to me :)

but if your A list is real life... damn! at this rate, i'm not even barely a C! :p haha!

love this entry!
and menyesal baca entry sebelumnya- ingat nak skip tapi hati tak tertahan nak tau...

[r][a][y] eusouff said...

Haha Ri..
glad that u like this entry :)

hahaha sbb hati tak tertahan nak tahu la i ended up gatal nak bukak sliding door tu hahaha


NUke_Rude said...

now dah tak kisah pasal berapa banyak A pernah dapat. dalam hidup aku, akan tetap ada satu A. A dalam nama sendiri. Cukuplah satu. Aku suka.


:)