Sunday, June 2, 2013

Pantang Larang Menginap Di Bilik Hotel

A friend of mine, told me that he read from somewhere about pantang larang bila check in hotel. Briefly what he shared with me..most of it macam Ray dah experienced before. So, I have decided to write about the same thing....but my version.



My version ni xdelah comprehensive sangat ya....but I think it's enough la untuk dijadikan panduan..hahahah. Ia juga bukanlah bertujuan nak menakut-nakutkan korang. Just something to think about. All the pantang yang ditulis ni bukan direka-reka tapi berdasarkan pengalaman ray sendiri.

Here are things that you should not do or elakkan bila you check in di hotel.





1- You have made a hotel booking. Lepas tu bila check in...tetiber gangnam (my version of jahanam). Bilik takde...full house katanyer. So, standing up to your right (berdasarkan prinsip pelanggan selalunya betul) , korang bertegas nak bilik jugak.

Maka dengan muka ketatnya reception mencari dalam sistem ....tertiber bilik yang xde jadi ada. Sangat misteri bukan?

Ada beberapa kemungkinan disini.  

Kebiasaannya, sesuatu bilik diBLOCK dari sistem jika ada kerosakkan. Sebagai contoh, aircondnya air menitik walaupun telah diperbaiki beberapa kali....untuk mengelakkan masalah seperti aduan berulang....maka bilik ini di block di dalam sistem sehingga diperiksa dengan teliti/masalah di atasi.

Disebabkan anda sangat kiasu, maka bilik2 jenis ini di UNBLOCK khas untuk anda.

Ada kalanya, bilik tersebut diblock tetapi tidak terdapat sebarang kerosakkan pun ...tapi diblock kerana bilik tersebut bermasalah atau sering mendapat aduan berhantu. 

Ada masanya juga bilik tersebut tidak diblock langsung dari sistem komputer tapi dielakkan dari diberikan kepada tetamu hotel. Pihak pengurusan ada yang tak percaya atau ambil kisah pasal isu berhantu jadi tidak membenarkan bilik di block atas sebab tahyul. Cuma staff je yang tau...bilik yang mana...dalam ertikata lain...bilik itu diblock dalam kepala staff tu sahaja.

So sebab korang kekwat sangat, staff tersebut xde pilihan lain lalu memberikan bilik berhantu atau bermasalah tu pada korang. Dalam erti kata lain, elakkan dari bertegas nak bilik jika hotel tu full house.

Buang air kecil dan besar with a view


2- Bilik hotel anda sudah semestinya mempunyai view yang berbeza. Ada bilik yang takde view langsung dan ini bermakna sah korang book hotel murah. Bilik view yang cantik seperti view laut biasanya lebih mahal dari bilik mengadap parking.

Apa pun view bilik korang...jangan gatal2 nak fresh air tengah-tengah malam. Buka sliding door, terus keluar ke balcony kononnya nak menghirup udara segar.

Dari pengalaman dan cerita kawan2, ramai yang buat menda ni akan mengalami masalah nampak benda yang tak sepatutnya korang nampak. Ada juga yang kata, bila lepas senja benda2 ni suka masuk bila kita buka...ibarat menjemput menda2 tu masuk.

Kalau menda halus tak masuk.....serangga2 bahaya pun boleh masuk ya.

Ray ada pengalaman seram pasal kes bukak sliding door ni. Ray nak ceritakan pengalaman tersebut...but sebab kisahnya agak panjang....ray akan masukkan dalam my next entry lah ya.



3- Elakkan menginap di hotel yang sangat baru,  tak popular, selalu tak penuh dan hotel yang terlalu besar.

Hotel yang tak popular  atau baru maknanya biliknya banyak kosong. Selalu kosong. Dah lama kosong. Bila bilik dah lama kosong apa maknanya ya?

Some say, benda2 halus suka tinggal kat ruang atau tempat yang manusia jarang ada. Dah sebulan bilik tu tak berpenghuni tetiber korang masuk....aihhhh tak ke menganggu menda2 halus ni. Ada juga kata 2 orang senior...ada adab, doa dan caranya bila nak masuk kawasan yang dah lama tak berpenghuni.

Hotel yang terlalu besar berkemungkinan banyak lagi bilik kosong la kan..sebab bilik takkan sepanjang masa penuh kan?

Dari segi lain, hotel yang baru/tak popular/jarang penuh... selalunya pelbagai masalah..almaklum lah kan baru/tak popular/jarang penuh kan?  Penginap untuk hotel baru sebenarnya adalah penguji kepada hotel tersebut. Penguji kena banyak bersabar. Dari masalah tersebut, ianya dikenalpasti dan diperbaiki untuk tetamu yang lain.




4- Elakkan bilik hotel yang terlalu hujung, jauh atau terlalu privacy.

Lagi jauh bilik dari reception bermakna lagi jauh anda nak lari jika perlukan bantuan...bila kecemasan. Privacy with a price to pay you know...hahaha.

Ray ada personal experience running for my life towards the reception..pasal kes bukak sliding doorlah ni....yg akan ray ceritakan in my next entry.

5-  Jangan la nak berbogel, berpakaian pelik atau sexy sangat bila nak berada dalam bilik atau semasa  tido tu.
In my case, terjadi beberapa kali. One time kat hotel in Auckland New Zealand...awal2 pagi ....an alarm berbunyi tertiber diikuti dengan PA menyuruh tetamu keluar dengan segera. Tanpa melengahkan masa, terus turun ke lobby.

Bila berkumpul di lobby, you can see mcm2 fesyen tetamu yang menginap. Ada yang only with shorts, with towel...gaun tido Victoria Secrets dan macam2 lagi. Yang kelakarnya, a stewardess friend of mine only wearing kain batik with tshirt as if she was at her kampung dalam state baru lepas bersalin. Lebih kelakar, muka dia ada bedak sejuk dan siap bawa handbagnyer sekali.







5 mulut cakap2 belakang:

Siti Nurhayati Dollah said...

Hehe.. mula-mula rasa macam nak seram jugak. Tapi tiba-tiba baca yang last tu dan bayangkan yg kain batik bedak sejuk tu dgn handbag terus gelak hehe

FaizalSulaiman said...

This is informative, Ray!
Lama tol tak update yer :D

[r][a][y] eusouff said...

Siti, tu laa...xsangka plak stewardess ni bawa kain batik bagai utk tido.

When I gelakkan dia..dengan muka selamba dia kata "I orang kampung u ols" sambil buka bedak compact, tgk cermin...tgk muka sendiri. hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Faizal...
Mmg lama sangat. Cuti panjang.
Too to be back!

Edzlin said...

Tips yang menarik. kerap travelling tidur sorang2 di hotel. huhu