Friday, September 14, 2012

Malaysian first encounter with Prince William & Kate Middleton


Hari ini, bersama rakyat jelata yang lain di KLCC ray berpeluang melihat kelibat Putera William dan isterinya Kate Middleton dari jarak 5 meter. 

Picture credit : Megat Eusofe


Wujudnya quick entry ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk (ahaks) kerana penulis menyedari beribu-ribu rakyat jelata yg lain pun turut berjumpa dengan mereka sebentar tadi. Ray sebenarnya nak becerita  ringkas tentang gelagat manusia disekeliling semasa lawatan ringkas 20 minit kat KLCC park itew.






1. Seorang hero melayu malaya menjerit " William !!! You should try roti canai !! Putera William  hanya tersengeh bila mendengar cadangan itu.
In his mind maybe ... "Roti Canai Whutttt????" 

Soalan tersebut membuatkan orang disekeliling pada masa itu ketawa. Soalan tersebut membuat ray terasa teringin nak makan roti canai.

Roti canai dan Malaysians tidak dapat dipisahkan.

2. Seorang kakak middle class, bercakap di talian telefon berselnya dengan kuat sekali "Ehhhh!! aku call kau balik nanti...Aku nak jumpa Prince William ni....ya ya nanti aku call ko balik" katanya bangga.
Kelas ko Kak Jemah. Nak jumpa Prince William katanya. Appointment pukul berapa Kak Jemah?

Malaysians kalau cakap kat telepon tak nak kalah.

3. Seorang anak mat saleh berumur sekitar 5 tahun belajar erti kesabaran, ketika menunggu ketibaan Prince William dan Kate...Mummy....how many more minutes?" tanyanya. Maknya menjawab "Few more minutes dear" . Tak sampai 30 saat...ditanyanya lagi. Kemudian dia terus berberapa kali lagi sehingga maknya membuat statement "We can either go back home or wait! You must learn how to be patient"

A few minutes later, her daughter asked her again...how many minutes?

Annoyed jugak ray dengar dengan soalan yg sama berulang2. Then again, I also have to learn to be patient kan? huhuhu


Picture credit : Megat Eusofe


4. Beberapa jam sebelum william kate tiba...masa tu orang ada la 2-3 prg....Ray bertanya pada mak guard yang sibuk mengikat tali penanda merah putih ala2 CSI dari pokok ke pokok bagi melarang orang masuk kawasan tertentu "Mana nak masuk ni kak..kalau dah semua tutup?". Jawab mak guard ni "Memang tak boleh masuk ...arahan dari pihak atasan". 

"Nanti putera akan habiskan masa setengah jam pastu dorang akan ke masjid..kat sana nanti dorang akan lama sikit...." statement mak guard ni. Kelasss kan..siap bagi info tambahan..hehehe tapi tak tanya pun kan..hehehe. Anyway..thnks ya kak. 

20 minit selepas itu, mak guard yg sama membuka semua tali yg dipasangnya tadi.

Dalam hati ray "Mesti pihak atasan yang suruh kakak tu bukak"

Malaysians bila ade authority.

5. Seorang budak sekolah perempuan bercakap dengan kawannya "Tadi kan aku jerit Haiiiii kat princess tu tapi dia buat tak tahu je kat aku...kekwat la princess tu" kata budak tu dengan mencebik mukanya.  Kawan dia membalas "Kesian kat kau kan..tapi kan dia senyum kat aku tau bila aku lambai dia tadi".

Emosi budak2 bila tak dapat perhatian.

6. Seorang mat salleh wanita yg muka seriously mcm my friend Amy, camwhoring tak henggat (excited gila nak amik gambar). Bila ray bisik kat Megat "Ehhh mcm Amy kan?". Jawab Megat "A'ah tengokkk la tu kamera dia pun sama!".  After that, she approached another mat salleh guy (who looks like a photographer) to take photo together "Haiii Arthur ..I am a fan! Can we take a picture?". In my mind masa tu "Huiik sape Arthur ni?...he looks and sounds familiar. As I reached home, Megat reconfirmed that he is Arthur Edwards, royal photographer yang famous dengan gambar the late Princess Diana ..the one yang duduk membelakangkan Taj mahal tu! His other famous photo ialah gambar wedding  (yang ke 2 bawah)

Jangan ingat  Malaysians je kuat camwhoring .....Mat saleh pun kuat juga ya..hahaha




Lepas saja pasangan ini beredar, dengan cepatnya tempat tersebut kosong. Kalau perhimpunan haram je susah nak beredar...hahaha

Mana dorang pergi? Lunch kat KLCC.



4 mulut cakap2 belakang:

FAMI said...

love both of them...!

NUke_Rude said...

hahaha. aku macam suka point #2 tu. hahahaha.

Edzlin said...

Hahaha tergelak-gelak ku baca info Abang Ray ni. Thanks for sharing.

fifie said...

Aku suka point ke lima. Emosi budak2 bila tak diberi perhatian. haha