Sunday, January 8, 2012

Ragam Minggu Pertama Persekolahan



1. Hari pertama di sekolah..ragam si kecil menangis adalah satu perkara biasa. But this time I experienced something else. It is  not what I considered as menangis. It's more like  melalak out loud. She cried out loud sampai dia sendiri xtahan dengan jeritan suaranya sendiri. Menangis dengan jeritan maha kuat sambil menutup telinganya dengan tangan sendiri. Dah kepenatan menangis, she decided to sleep.

2. Sesetengah mak bapak pada hari pertama sekolah suka main intai-intai. Bila anak dah settle down, she decided to intai the anak. When the anak saw the mother peeking...the child starts crying back. Lepas tengok anak sendiri menangis the mother decided to keluar balik. After awhile, here she goes again doing the same thing all over again. Motif?


3. Seorang guru muzik berbangsa cina sedang mengajar si kecil berumur 4 tahun menyanyi lagu kanak-kanak. Salah seorang si kecil perempuan menyanyi tapi tidak mengeluarkan suara. Guru tersebut meyakinkan si kecil tersebut untuk mengeluarkan suara tapi di beri jawapan "Mak kata nyanyi kuat-kuat..nanti masuk NERAKA".

4. Ketika waktu pulang, seorang datuk datang mengambil cucunya. Guru kemudian terus menanyakan nama cucunya. Jawab datukya "Panggil Nana je...saya tak ingat nama penuhnya".

5. Seorang kanak-kanak perempuan hendak ke toilet lalu memberitahu gurunya. Perkataan yang keluar dari mulutnya dengan amat perlahan ialah "Past Motion". Kerana kurang jelas, guru bertanya sekali lagi. Kemudian dibalas dengan suara yg lebih kuat "Nak Berak lah"

6. Si kecil bertanya bilakah ibunya akan mengambilnya untuk balik ke rumah. Dijawab guru "Ibu kerja...nanti bila ibu dah habis kerja, ibu datanglah". "Tapi ..kalau ibu tak datang jugak macam mana?".....(ditanya soalan yang sama kepada guru tersebut berpuluh-puluh kali)

7. Hampir separuh si kecil tak kenal nama sendiri bila dipanggil. Puaslah guru teriak nama tu...tapi tak dipedulikan. Ibubapa suka bagi nama panjang-panjang. Dah la panjang pastu payah benar nak menyebutnya. Terbelit lidah guru nak menyebutnya. 

8. Ada si kecil yang tak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan. 

9. Bila disuruh bersalam dengan guru, si kecil membuat keputusan untuk bersalam dengan semua si kecil yang berada dalam kelasnya.

10. Lambakan beg "angry birds" di sekolah yang akhirnya mengelirukan pemilik bag itu sendiri. 







9 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

budak-mula sekolah-nangis mang takle dipisahkan.

i perasan zaman sekrang suka bagi nama anak panjang2. letih nak menyebut. zaman sekrang nama mesti kena ada 3 sukukata. panggilnya seciput je

[r][a][y] eusouff said...

faizal ...kalau borang tu kotak ada 20...belum tentu cukup ya..nama anak campur nama bapak yg boleh tahan panjangnya.

nama panjang2 sudahnya panggil nana, boboy or abang je...hahahaha

yup nangis tu normal yang xnormal is melalak out loud.

NUke_Rude said...

hahah. i like point #10. ada tak beg yang binatang babi kaler hijau tu? lol!

[r][a][y] eusouff said...

sorry to dissapoint u nuke.
that green pig is not allowed in my tadika..it's haram ok..lol

lagipun xpopular mana pun green pig itu

Zamri A. said...

#3, #8 ngn #10... Mmg kelakar!! =)

Cik Miza said...

lama x singgah sini. teringat zaman masuk sekolah dulu. i anak sulung, nampak je ayah terus nages. xtahu nape. cerita adek bongsu pulak, "mak balik la, nanti cikgu adek marah"

[r][a][y] eusouff said...

Thnks Zambri A..for dropping by. :)

[r][a][y] eusouff said...

Cik Miza ni manja ngn ayah la ni. hahaha

Edzlin said...

Hahaha..yang nangis tu biasa, tapi yang tak kenal nama sendiri ni memang sekarang dah kerap nampak. Sebab nama panjang2, panggilan biasa pendek je, mereka keliru agaknya.