Monday, December 19, 2011

Tindakan menurunkan bendera PM, kurang ajar atau tidak?

Kita sudah sedia maklum antara cara nak our voices heard towards the government ialah dengan cara berdemo. Berdemo di jalan, menunjukkan sepanduk, melaungkan rasa tak puas hati bertujuan menarik perhatian ramai. Sebagai tambahan dan penyedap, aksi berdemo/menunjuk perasaan ditambahkan dengan acara menurunkan bendera. Ray merujuk kepada tindakan sekumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)yang bertindak menurunkan bendera Najib di PWTC. 


Mereka sebelum itu, bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. 

Monday, December 12, 2011

Malu-malu kucing


Sebelum baca entry ni, cuba dulu layan lagu maha klasik nyanyian Hasnah Thahar ni.Membaca sambil mendengar lagu ni akan memberi kesan yang berbeza...hahaha

Pernah korang dengar simpulan bahasa/idiom  "Malu-malu kucing"? 

Maksud malu-malu kucing : Bersikap tidak menginginkannya kerana malu jikala terlihat. Dan sangat menginginkan jika tidak terlihat. atau Bersikap menolak ketika ditawarkan. Tetapi mengambil/menerima ketika yang menawarkan tidak melihat. Poning pulak den baco. Hahhh..shortpomnya "Malu Tapi Mahu"