Monday, October 10, 2011

Secret Life of Selir in Taman Sari

Bulan lepas Ray berkesempatan melawat bandar Yogyakarta, Indonesia. Dalam entry kali ini, ray nak highlight tentang Taman Sari, salah sebuah tempat dari ratusan yang menjadi tarikan pengunjung di sana.


Taman Sari  ialah sebuah tempat berehat dan permandian (istana air) permaisuri dan selir Raja Yogyakarta dahulu kala iaitu Sri Sultan Hamengku Buwono I hingga III. Ianya dibina sebagai tanda cinta raja pada selir dan anak-anaknya. Bangunan ini diperbuat dari batu dari tahun 1761-1765.


Pause kejap.  Apa itu selir?
Selir bermaksud gundik raja.