Monday, August 22, 2011

Raya yang tiada

Hari raya membawa makna yang berbeza pada setiap orang. Tiada kayu ukuran atau penanda aras dimana letaknya kemeriahan raya yang diraikan. Raya tahun ni berapa STAR ko nak bagi JAH?? Nak dapat lima star kena semak checklist. Ada ke gitu?? hahah



Satu ketika dulu, raya itu mula dirasai apabila si JAH gigih membuat persediaan. Antara persediaan yang dilakukan ialah membeli kain untuk baju raya , membeli alat-alat kelengkapan dan bahan membuat kuih raya. Bila raya semakin dekat, rumah dipercantikan....dinding, pagar, pintu dicat agar nampak baru. Pendek kata dari segi suasana rumah mestilah berbeza dari kebiasaan. (ala-ala make over). Tak perlu semuanya beli baru, tukar dengan stock lama pun ok gak.

Segalanya persiapan hendaklah dilakukan secara bersama. Saling bantu membantu. Si kakak mengacau mentega dengan gula dan dibantu oleh si adek memukul telur. Berkecah dapur kerana hendak membuat biskut raya.  Si ayah pula sibuk mengemas laman dan mengecat.