Saturday, July 30, 2011

MasterChef Malaysia

Tak sabar rasanya nak menonton MasterChef Malaysia. Tengah duk imagine mcm mana la agaknya nanti MasterChef Malaysia ni. Lebih-lebih lagi jika jenis makanan utk versi Malaysia ini lebih Malaysian....and not so western as we seen on other MasterChef.



Tadi ray tengah2 layan channel kat Astro ni. Kebetulan masa iklan..pasal MasterChef Malaysia...AKAN DATANG katanya. Ya, Masterchef USA, MasterChef Australia, Junior MasterChef Australia yang sangat-sangat popular di saluran Astro World tu akan dibuat versi Malaysia lak!

Masa kecik2 dulu cukup pantang tengok rancangan masakan. Bored gila. Ya..puan-puan...masukkan gula setengah cawan...bla bla bla. Pastu kat hujung rancangan, dia keluarkan resepi...yang bengongnya kejap gila tak sampai 10 saat dan expect penonton boleh salin laaaaa..haram. Kalau bulan puasa, petang2 waktu tu la tayang rancangan masakan...menguji iman sungguh! After awhile, Chef Wan muncul membawa sedikit kelainan dalam rancangan masakan di Malaysia.  Not a fan but other people seems to enjoy tengok keletah Chef Wan. Idok ler skema dan membosankan.

Friday, July 1, 2011

BERSIH

Tuan Hj Saadon dan Ustaz Ramly adalah calon YB di kawasan DUN, Setanggi. Dalam pilihanraya yang lepas  Tuan Hj Saadon menang pilihanraya (bermakna dia the current YB lah).


Bila Tuan Haji menang, keluar macam-macam cerita. Ada yang kata, Tuan Hj ni main politik wang. Ada juga yang kata banyak undi hantu kat kawasan tu.Media buat fitnah tentang parti lawan dan laporan berat  sebelah. Pilihanraya dikatakan tidak BERSIH.



Tuan Hj x layak ! parti yang diwakili Tuan Hj Saadon...tak layak memerintah. Ustaz Ramly dan partinya  yang paling layak.

Setelah tiba pilihanraya yang seterusnya, Ustaz Ramly pula menang besar. Tersengeh penyokongnya. Tiada isu yang  dibangkitan oleh penyokongnya. Statement Ustaz Ramly "Kemenangan saya adalah tanda kepercayaan pengundi kepada saya...terima kasih SPR" Eh! orang dah menang kan? ada ke pihak yang menang nak complaint?