Tuesday, June 28, 2011

Melanggan

Sekarang ni memang zaman melanggan kan? Sampai je hujung bulan, terus melihat segala bil langganan yang ada untuk dijelaskan.

Semakin moden kehidupan kita, semakin banyak bil keselesaan yang perlu dibayar.

Ada yang mungkin tak biasa dengan perkataan "melanggan". Rasanya  ramai yang lebih biasa dengan word "subscribe".

Rewind. 



Langganan pertama Ray ialah semasa berumur 10 tahun. It's a magazine for children. Korang pernah dengar nama majalah KUNTUM? hahaha. Ya...jangan tak tahu, yang Ray telah melanggan majalah KUNTUM seawal usia 10 tahun lagi. Setau Ray, majalah KUNTUM masih ada lagi sampai sekarang.I remembered that, kat sekolah dorang distribute borang langganan...balik terus  bagi kat bapak...pastu somehow my sister ended up filling the form for me. She even  beli wang pos lagik. Masa tu mmg lepas raya, so duit raya yang diterima disalurkan untuk menanamkan minat membaca. ecehhh.Mat KUNTUM la sangat an? lol.  Langganan itu hanya berkekalan selama 6 bulan sahaja. 

Friday, June 17, 2011

Lawak Sengal : Hipotesis Kentut



Pelbagai jenis manusia dalam dunia ini. Tapi agak sukar untuk kita mengenal dengan pasti , jenis-jenis manusia tersebut.  Dalam satu eksperimen berskala besar , mendapati jenis-jenis manusia dalam dunia ini boleh dikaitkan dengan Kentut.

"Dengan membuat pemerhatian cara seseorang itu kentut sahaja, kita boleh mengetahui jenis manusia apa manusia itu..sungguh mudah" "Hasil pemerhatian saya selama dua bulan melihat dari gelagat 200 orang manusia, saya telah dapat mebuat satu hipotesis"

Dr. Amy Christina dari Universiti Cardoba membuat kesimpulan di atas yang agak kontroversi apabila mengumumkan hasil kajiannya di Shah Alam baru-baru ini.