Monday, April 25, 2011

Crew Life 29 : Devil wears Kebaya Part 9

Dalam perjalanan Amy ke crew bunk (tempat rehat crew), mata crew-crew lain memandang ke arahnya. Walaupun tanpa kata-kata, pandangan tersebut membawa pelbagai makna.



Kesian! Padan muka kau. Oh! inilah mangsa flight kali ini. Are you ok? Antara pandangan yang sempat ditafsir oleh Amy dari riak muka rakan sekerjanya.

Setibanya Amy di crew bunk, keadaan yang gelap menyukarkan Amy mencari bunk yang kosong. Amy antara yang paling lewat sampai kerana terpaksa menunggu lama menukar pakaian di toilet bahagian belakang kapal. Terkial-kial Amy dibuatnya. Nak dibuka lampu, marah pula crew-crew yang sedang berehat.

Friday, April 22, 2011

I've been so Lucky...lucky....lucky...lucky

I have been so lucky lately.

I will tell you why. For the the past few months, I have been receiving lots of phone calls telling me that I'm lucky. I am that lucky huh?



"Encik Rahman adalah antara pelanggan berTUAH..bla bla bla"

"Anda terPILIH dari beribu pelanggan kami untuk menyertai..."

"Tawaran yang diberikan pada hari ini sahaja melalui panggilan...bla..bla..bla"

Kalau dah dapat panggilan hari-hari dengan pelbagai tawaran, free itu dan ini... lucky apa kejadahnya?

Monday, April 18, 2011

Crew Life 28 : Devil wears Kebaya Part 8

"You ok kannnnn? I datang nak amik refreshment! Passengers I dah start lapar i ols...hik hik hik" kata Nita

Selain merasa terharu dengan teguran Nita, Amy tak dapat mengalihkan tumpuan matanya ke arah mulut Nita. Pemerah bibir berkilat dan basah yang dipakai Nita terkumat-kamit berkata-kata, membuatkan pergerakan bibir Nita yang glossy menjadi tarikan matanya.

gambar hiasan


"Heyyy Amy! you dengar x apa yg I cakap ni?  berangan ke i ols? hik hik hik hik" sapa Nita setelah Amy gagal memberi respon.

"Ohh ! I dengar..." balas Amy walaupun sepatah haram dia x dengar kerana sangat distracted dengan bibir Nita..lol