Tuesday, February 8, 2011

Satu Ketika Dahulu : Jatuh Cinta

Halooo...jangan nak excited sangat. Unfortunately, apa yg bakal ray tulis bukan kisah cinta terkini. LOL. Kisah cinta zaman dewasa terlalu tragik untuk dipaparkan ke dalam blog. Ada tikam2...ugut2. haha. Inikan lagi untuk dikongsi. Menyedihkan.

So, ini bermakna anda akan disogokkan dengan cerita cinta tahun 80an. 



Aiyooo...ray! vintage sangat. Yes! I know...don't have to remind me about my age ok. As I am older than most of my readers, selalunya ray akan share  moment2 vintage dalam blog ni. ( orang tua kan selalu cerita kisah2 silam..lol)

Sunday, February 6, 2011

ITIK HITAM


Sinopsis
Sebuah syarikat penerbitan drama tari makyong, bakal mempersiapkan Musim baru teater makyong "Ratu Itik Seranti - dengan format 3D".Dengan membuat pemilihan baru  bagi menggantikan bintang lamanya yang sudah uzur, iaitu Primadonat Fatimah Hj Ali. Pemilihan dibuat dengan sangat teliti, bagi memberi gambaran yang lebih tepat. Lagipun, Primadonat Fatimah, telah bolot award berlambak-lambak. Hasil tarian terkedek beliau,yang sangat itik, lagi mengitikan.Watak Itik seranti Hitam dan Putih, adalah sebuah hasil karya agung Megat Eusofe, seorang pengusaha itik air, yang menjadi penulis skrip drama tari selepas kandang itiknya hanyut dilanda Tsunami.

Nora Zabidin (lakunan Amy Portman), seorang penari makyong jalanan telah di pilih, untuk membawakan watak utama bersama penari muda yang lain. Ini termasuk pendatang baru Lolita Latiff (lakunan Nita Kunis). Nora tinggal bersama ibunya yang gila glam dan suka menconteng kertas. Ibu Nora, adalah seorang penari yang gagal di masa lampaunya. Stress kerana tak pandai berdansa, buat ibunya menjadi mental. Dia sentiasa mencuba untuk mengawal sebahagian besar hidup Nora.

Wednesday, February 2, 2011

Meluangkan Masa Bersama Rakan VS Twitter

Setelah penat bekerja, masa terluang digunakan untuk bersama rakan-rakan tercinta. 

Masa terluang akan digunakan untuk duduk berbual-bual. Ya la, catching up with things kan? Eye to eye....xsama dengan bercakap on the phone or chat dalam internet kan?



Masa tersebut dianggap 'value' times. Bersusah payah merancang temujanji, mengharung trafik dan sebagainya adalah sebab mengapa masa terluang tersebut dianggap sangat berharga. We need human interaction, i mean the real socializing skills bukan virtual dan terletak pada jari jemari anda.

Meeting up with friends. Spending value time with them. Setakat manakah kita menghargai masa terluang tersebut?