Friday, January 28, 2011

MyKad Vs ATM Card

Haihh...canggih betul MyKad & ATM card! Ada cip yg membolehkan ianya diBACA atau dalam bahasa omputeh ...smart card that can READ. Jangan main-main ya. Kecanggihan teknologi yang harus kita banggakan.

MR BEAN pun ada MyKad tapi MyKad yg xleh READ


Tapi sejak Puan Sarkonah memiliki MyKad ni, tah berapa kali tah....bila duk cucuk kad tu...katanya tak boleh read. Sebagai contoh urusan di bank.

Suatu petang di  bank terbesar di Malaysia.

Puan Sarkonah : "Cik, saya nak perbaharui kad ATM saya ni....dah terbelah dua dah."

Miss Dina Denial : "Oh! masih boleh pakai ke?"

Puan Sarkonah : " Tu la yg saya heran tu....dah terbelah dua..tapi masih boleh pakai..saya letak cellotape ni ha...sebelum terbelah tujuh...saya nak ganti dulu" 

Monday, January 17, 2011

Berguling bersama Nancy Sinatra

Quick entry from me this time. Korang kenal x Nancy Sinatra? Dari nama je, you may figured out...she is the daughter of Frank Sinatra.


Penyanyi ni yang femes sekitar tahun 60an. Lagu yg buat dia sgt femes sampai today ialah lagu  "These Boots Are Made for Walkin'". Nancy (cehh..mcm den kenal rapat) juga pernah berduet dengan bapanya menerusi  lagu "Somethin' Stupid". Lagu ni pernah dinyanyikan semula oleh Robbie Williams dan Nicole Kidman.



Sunday, January 9, 2011

Perihal Artis & Wartawan Hiburan di Malaysia

Wartawan dan artis saling perlu memerlukan. Bagai aur dengan tebing. Itulah ungkapan yg sering diucapkan oleh artis dan wartawan. Tanpa wartawan siapalah artis tersebut, dan tanpa artis...xde kerja pulak wartawan hiburan tu pulak kan? 



Kerap sangat kisah peribadi artis diketengahkan atas alasan peminat ingin dan berhak tau. Betulkah peminat nak tau? Majalah dan akhbar laris jualannya bila cerita-cerita sensasi tersebut dipaparkan. Rating program tv akan melonjak naik. Mungkin itu alasan utama mengapa wartawan cuba mendapatkan berita-berita dalam kain artis ke dalam media mereka. Alasan lain, hanya menjalan tugas.

Friday, January 7, 2011

Satu Ketika Dahulu : Gunting Rambut

Antara routine manusia selain mandi, berus gigi, cebok (utk muslim), mencukur (utk lelaki) ehhh lupa plak..woman jugak mencukur jugak! ialah memotong rambut.

Entry ni, ray nak fokus pada memotong rambut masa dulu2. Potong rumput atau species bulu ketiak dan yg sewaktu dengannya...yg tu lain kali lah ya.

Nampak x Bedak Holiday On Ice?..ahaks


Rambut semakin hari semakin panjang. Ini bermakna ia perlu dipotong atau di trim. Kenapa?

Banyak sebab kenapa rambut perlu dipotong atau di trim. Antaranya, supaya kelihatan kemas (rapi), ikut trend dan senang nak jaga agar x rimas.