Monday, December 19, 2011

Tindakan menurunkan bendera PM, kurang ajar atau tidak?

Kita sudah sedia maklum antara cara nak our voices heard towards the government ialah dengan cara berdemo. Berdemo di jalan, menunjukkan sepanduk, melaungkan rasa tak puas hati bertujuan menarik perhatian ramai. Sebagai tambahan dan penyedap, aksi berdemo/menunjuk perasaan ditambahkan dengan acara menurunkan bendera. Ray merujuk kepada tindakan sekumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)yang bertindak menurunkan bendera Najib di PWTC. 


Mereka sebelum itu, bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. 



Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. 

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno. Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Najib

Ray takde problem langsung dengan tindakan dorang ni.  Simply because it's their way of expressing their voices. Ray tidak menafikan hak mereka. Ada aku kesah? It has nothing to do with me. Marah pun tidak...suka sangat pun tidak.

If a primary school student ask you , what is this all about? "Kenapa dorang turunkan bendera tu?" Jawapan kebiasaan orang dewasa "Ini hal orang dewasa...kamu tak faham!...Dah besar nanti kamu akan faham". Senang je kan....just ignore it.

True enough...it's a complicated issue to explain to kids. Reminds me of a question "Where do babies comes from?" lol

Kids nowdays are smarter than you think. They sometimes will surprise you ! 

Instead of ignoring the question..I explained to him. 

"Pelajar-pelajar universiti  ini tak puas hati dengan PM kita." "Sebagai bantahan, dorang berarak dijalan...hantar Memo dan turunkan bendera wajah PM"

Disampuk oleh seorang budak lain "Macam berarak Maulud Nabi tu ya?"

Pulak dah...(malas la nak terangkan macam ni..hahaha)

"Itu lain ..tak sama...pelajar ini berarak sambil tunjuk perasaan untuk tarik perhatian PM untuk dapatkan apa yg dorang nak"
"Owh macam adek saya la....dia baring sambil nangis kat lantai Jusco sebab mama tak nak beli apa yg adek nak!"
"huh? mama kamu bagi x apa yang adek kamu nak?"
"Tak...mama saya memang kedekut"

LOL. Tak pasal2 ray tahu Si Munah Bt Si Polan dilabel kedekut oleh anak sendiri. Dalam hati rasa nak cadangkan untuk budak ni turunkan gambar mama dia yang ada kat dinding ruang tamu tu sebagai tanda bantahan..LOL

"Ehhh..tak baik cakap macam tu...Mama kamu berjimat cermat...mungkin apa yg adek kamu nak tu mak kamu rasa tak perlu dibeli...atau mama kamu nak pakai duit untuk beli benda yang lebih penting."

Dari soalan kenapa turun bendera muka PM...terus ke isu kedekut pulak...adoyyyaiii...

Ray pun ulang semula hal pelajar tak puas hati tu. 

"Kenapa turunkan bendera?...Kalau kita xsuka kita turunkan gambar orang tu ya?" sambil menunjuk gambar PM yang ada dinding.

Ray  tekankan, sebagai kanak-kanak...kita tak boleh bertindak begitu...Kita kena hormat pemimpin, Ibubapa dan orang yang lebih tua dari kita...kita tidak boleh melawan Ibubapa atau orang lebih tua dari kita...Kita tak boleh kurang ajar"

"Habis tu kenapa orang besar boleh buat?" "Orang besar xleh masuk neraka ke?"

(bila nak habis ni)

"Sama je.. Besar ke kecik ke...kita kena hormat orang yg lebih tua dari kita .Apa yang pelajar2 ni buat salah dan tak kena caranya".

Apa pun alasan atau kemarahan pelajar2 ini...dari segi moralnya ia dilihat sebagai satu perbuatan yang tak kena caranya. 
Ya betul...itu hak  mereka...tapi apakah values yang harus cuba kita gambarkan kepada generasi muda yang lain jika kita menghalalkan cara tersebut?

If you have your kids asking you the same question..would you ignore it or simply agreeing with such actions?

Pelajar sekarang dah bertindak sebegini...tah macamana pulak generasi akan datang bertindak pulak nanti...

Moral Values. Bila berpolitk..kenapa perlu ianya ditolak ke tepi?

Mahasiswa yang menurunkan bendera tersebut ialah seorang pelajar UPSI yang bernama Adam Adli. Bakal guru TESL. Dari sumber internet yang tidak jelas kesahihannya, Datuk Sri Anuar Ibrahim dikatakan mencabar pelajar2 ni utk menurunkan bendera Najib. Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan  sesetengah pihak diikuti dengan ugutan. Menerusi Twitter, Adam Adli dilihat berada di Bukit Aman membuat laporan polis.

Diberitakan serangan demi serangan juga telah dilakukan blogger dan facebooker terhadap mahasiswa berkenaan namun setelah dianalisis, golongan mahasiswa dan rakyat Malaysia lebih menyatakan sokongan kepada beliau. – GZDaily


 

7 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

1 thing that i just know...

PM pun ada bendera ya?!

nice...

[r][a][y] eusouff said...

tu la tu...only at PWTC.

Ps: teringin nak buat bendera muka sendiri letak kat tadika tapi takut ada anak murid tak puas hati nanti pegi turunkan bendera mukaKU itu...LOL

FaizalSulaiman said...

bila pelajar protes (dalam hal ni) actually dorang kena buat dengan cara yg betul.demonstrasi secara aman, orang kata.

sekarang ni meklumat memang cepat je sampai kan.haritu kisah si arif alfian (ke apa nama mamat ni, lupa habis)

[r][a][y] eusouff said...

yup...hantar memorandum bantahan tu sudah mencukupi rasanya

xperlu nak turunkan bendera ..kuak lentang atas jalan bagai..hahaha

bila nak dekat pilihanraya ni mcm2 hal plak kan?
hal2 yg bikin panas

yup..faizal Ariff Alfian...my sympathy to the parents.

Pala Maldini said...

I don't get it when people always says "itu hak mereka"

macamana pula hak orang yang mahukan bendera itu di situ ? bukan kah dengan berbuat begitu (turunkan bendera)mereka melanggar hak satu pihak lagi ?

[r][a][y] eusouff said...

Pala Maldini,

i don't get it either.
maybe apa yg dimaksudkan ialah hak dorang utk menyatakan rasa x puas hati dorang tu...

part bendera tu bagi dorang ni... hal kecik je...kenapa nak kecoh2 katanya...

nice way of putting it ..bro
tak hormat hak orang lain = kurang ajar?

Edzlin said...

Kadang-kadang risau juga tengok cara suarakan hak sebegini. takut kalau ada yang lebih berani dari ini.

p/s: kalau takde berita yg turunkan bendera, saya pun memang tak tahu PM kita ada bendera :)