Monday, December 12, 2011

Malu-malu kucing


Sebelum baca entry ni, cuba dulu layan lagu maha klasik nyanyian Hasnah Thahar ni.Membaca sambil mendengar lagu ni akan memberi kesan yang berbeza...hahaha

Pernah korang dengar simpulan bahasa/idiom  "Malu-malu kucing"? 

Maksud malu-malu kucing : Bersikap tidak menginginkannya kerana malu jikala terlihat. Dan sangat menginginkan jika tidak terlihat. atau Bersikap menolak ketika ditawarkan. Tetapi mengambil/menerima ketika yang menawarkan tidak melihat. Poning pulak den baco. Hahhh..shortpomnya "Malu Tapi Mahu"



Contoh: - Seorang gadis yang ditawarkan hadiah oleh seorang lelaki, tetapi gadis tersebut malu untuk menerimanya, dan kemudian lelaki tersebut berkata "baiklah hadiah ini saya letak  dimeja  ini untuk awak kalau awak mahu". Setelah lelaki itu beredar keluar..gadis tu dengan rakus mengambil hadiah tersebut.

One of my student pernah tanya soalan cepu cemas.


1- Apa kena mengena kucing dengan perasaan malu cikgu? Kucing saya kat rumah tu tak tahu malu pun!

2- Ada ke idiom Inggeris yang membawa maksud yang sama?

Adehhh maleh betul nak explain. Hahaha. Kids nowdays semua nak kena explain. Susah betul dorang nak figured out sendiri.

Jawab ray dengan mode loyar buruk....

1. Itu kucing kamu! Kucing cikgu kat rumah pemalu orangnya....LOL 
2.Pernah kamu dengar orang puteh kata "Shy-shy Cat" atau "Shy-shy Pussy"? X pernah  kan?  so...proverb ini mmg original buatan melayu punya.

I straight away google kat internet and show my student this picture.


Agak-agak la kan? LOL Pernah tengok kucing korang malu macam ni? hahaha.

lepas tengok gambar ni , one of my students replied.

"Kucing malu saya tak pernah tengok cikgu...kucing tengah menggatal pernah laa saya tengok"

"Gatal? Macam mana kamu tahu kucing tu tengah menggatal?"

"Kucing tu gesel2 kat kaki meja tu pastu guling-guling kat lantai..bunyi kucing tu pun macam gatal"

Tuuuu diaaaa....bab tu pandai pulak dorang buat conclusion sendiri.

Tapi ada logiknya apa yg student ray cakapkan tu. Ada ke kucing zaman sekarang yg pemalu? Sombong ada la...terutamanya kucing parsi yang bulu lebat tu...bukan main kekwat lagik!

I am beginning to have some doubt over the idiom "malu-malu kucing" Watching cats nowdays makes me wonder, how on earth did people actually come out with such idiom in the first place?

Maybe kucing doulu-doulu sangat behave, demure dan shy kowt! Mungkin jugak kucing sekarang  terikut2  terpengaruh dengan tuan (manusia) yg semakin hilang perasaan malu tu. hahaha.


PS: When the last time you heard someone say to you "Jemputtt...jemputtt makan...jangan malu-malu!" ?

7 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

disebabkan saya masih duduk di kampung, jadi kebanyakan kucingnya masih malu2 (imagine kucing kampung jalan tekepot kepot, duduk bersimpuh)LOL

Tapi betul la Ray.Kucing ni ngikut tuannya.

Manja Mazlan said...

hehe...=D
best entry nieh...=P

[r][a][y] eusouff said...

Faizal...
really?

terkepot-kepot? lol

[r][a][y] eusouff said...

thnks Manja.
=D

NUke_Rude said...

lol!
macam betul je. kucing skang ni mcm dah takde malu2.

cis!

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...
kucing lebih dikenali dengan catwalk nya dari sifat malunya.

kan??

reen afny said...

haha budak2 pun da pandai kan... memang kena explain betul2 tu. nanti dorang pikir bukan2 pulak kan. haha