Saturday, July 30, 2011

MasterChef Malaysia

Tak sabar rasanya nak menonton MasterChef Malaysia. Tengah duk imagine mcm mana la agaknya nanti MasterChef Malaysia ni. Lebih-lebih lagi jika jenis makanan utk versi Malaysia ini lebih Malaysian....and not so western as we seen on other MasterChef.



Tadi ray tengah2 layan channel kat Astro ni. Kebetulan masa iklan..pasal MasterChef Malaysia...AKAN DATANG katanya. Ya, Masterchef USA, MasterChef Australia, Junior MasterChef Australia yang sangat-sangat popular di saluran Astro World tu akan dibuat versi Malaysia lak!

Masa kecik2 dulu cukup pantang tengok rancangan masakan. Bored gila. Ya..puan-puan...masukkan gula setengah cawan...bla bla bla. Pastu kat hujung rancangan, dia keluarkan resepi...yang bengongnya kejap gila tak sampai 10 saat dan expect penonton boleh salin laaaaa..haram. Kalau bulan puasa, petang2 waktu tu la tayang rancangan masakan...menguji iman sungguh! After awhile, Chef Wan muncul membawa sedikit kelainan dalam rancangan masakan di Malaysia.  Not a fan but other people seems to enjoy tengok keletah Chef Wan. Idok ler skema dan membosankan.




As I grow older and growing lemak (still growing)...my love for food increased. Dalam airlines, as a crew you must have knowledge about food...so, kenalah belajar sikit2 about food ni. Suka makan tapi part masak tu a bit kurenggg. Then, keluar program IronChef...suka gila tengok...hahaha..pastu sikit2 mula minat tengok Asian Food Channel. Pastu keluarlahhh MasterChef pulokkk..minat jugakk.

I could not imagine how Malaysian version would be.

 In my mind....

Gambar Hiasan


Cabaran Saringan
1- Kopek bawang paling laju. (keluar air mata tolak markah)
2- Kupas kulit kentang (paling licin dapat markah lebih)
3- Tumbuk sambal belacan 
4- Ayak tepung berganti-ganti (ayak tepung paling banyak lebih peluang terpilih)
5- Tumbuk Kerisik 




Cabaran Invention

Menghasilkan apa-apa hidangan berdasarkan 3 bahan tersedia (kena pilih satu)

1- Belut
2- Ikan keli
3- Kaki ayam

Cabaran Penyingkiran

Nasi goreng yang tersedia tak cukup sedap. Rasa nasi goreng tersebut.  Pilih 5 bahan dari yang tersedia di atas meja. Kena bagi sedap dalam masa 10 minit..lol

Gambar Hiasan


Quick Challenge

1-Buat satu jenis makanan berdasarkan either cencaluk, budu atau tempoyak.

2- Tebar roti canai dalam masa 10 minit.

3- Goreng kuey teow mengunakan maximum 5 bahan.


Cabaran Imuniti.

Bertanding dengan Linda Onn buat My mom Chicken rice. Kalau buat lagi sedap dari Linda Onn...Linda Onn kena tutup kedai dan peserta dapat imuniti on the next round.

Cabaran Terus Menang.

Lawan masak rendang dengan Chef Wan. Kalau lebih sedap dari Chef Wan, rancangan akan dihentikan serta merta dan peserta terus diumumkan sebagai pemenang MasterChef Malaysia.

Cabaran berkumpulan.

1- Rosmah Mansur nak buat hi tea untuk isteri-isteri menteri. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Bajet ciput je RM500. Kalau dapat buat Rosmah tersenyum puas...kumpulan tu menang. Kalau Rosmah tak senyum, keputusan diadili oleh isteri menteri yang lain. 

2- Sediakan makanan tengahari untuk 1000 jemputan untuk sebuah majlis perkahwinan. Kali ini pengantin dan tuan rumah jadi juri...pilih masakan mana yg lebih best. Setiap kumpulan buat dua main dish, one sayur dan one pemanis mulut. 


Gituh la...imaginasi merepek ray tentang MasterChef Malaysia...hahaha..mengisi ruang blog yang telah lama ditinggalkan kerana kesibukan. Kalo ginilah gamaknya MasterChef Malaysia, jatuhlah rating....dah jadi MasterLawakChef la pulok.


PS: Kat bawah ni, ray jumpa gambar2 sebuah sekolah memasak di Mexico. I am impressed!!







7 mulut cakap2 belakang:

Anonymous said...

I hope they dont choose contestant yang memang tau kerja dia masak.

contoh: Chef restoran. Mahupun pelajar kulinari.

I'm sick of these dah tau punya contestant. Cam Mari Menari. Motif ada peserta yang pekerjaannya penari professional?? It's just not fair. Biarlah orang tu memang pandai masak, tapi bukan chef.

[r][a][y] eusouff said...

true...mcm la xde talent lagi out of milllions of people kt Malaysia ni kan?

kalo ikutkan format masterchef ni..(berdasarkan series yg ditayangkan) dia xkan amik people who are already a chef. Harap2 dorang buat menda yg sama la kan so that orang akan rasa lebih adil ;)

Pala Maldini said...

cabaran masak kenduri tu aku setuju... tapi, actually cabaran tu dah ada dalam "Jaguh Kampung" yang dihos kan oleh Ogy tempohari...

Anonymous said...

lol.. knowing malaysia..pasti ada ler tu

chef besara, bekas chef, pelajar diploma chef...

mereka2 ini tidak layak masuk. Diulangi, TIDAK LAYAK.

[r][a][y] eusouff said...

hehehe..
true...pasti ada
then diamkan dari org lain tau


Pala,
really..jaguh kampung dah buat?

solomolo said...

tak sabar nak tunggu kuar kt TV...

edzlin007 said...

Lol
erm, cabaran abg ray buat tu, rasanya ada npk dlm jaguh kampung.

cantik tul sekolah chef kat luar tu.