Friday, July 1, 2011

BERSIH

Tuan Hj Saadon dan Ustaz Ramly adalah calon YB di kawasan DUN, Setanggi. Dalam pilihanraya yang lepas  Tuan Hj Saadon menang pilihanraya (bermakna dia the current YB lah).


Bila Tuan Haji menang, keluar macam-macam cerita. Ada yang kata, Tuan Hj ni main politik wang. Ada juga yang kata banyak undi hantu kat kawasan tu.Media buat fitnah tentang parti lawan dan laporan berat  sebelah. Pilihanraya dikatakan tidak BERSIH.



Tuan Hj x layak ! parti yang diwakili Tuan Hj Saadon...tak layak memerintah. Ustaz Ramly dan partinya  yang paling layak.

Setelah tiba pilihanraya yang seterusnya, Ustaz Ramly pula menang besar. Tersengeh penyokongnya. Tiada isu yang  dibangkitan oleh penyokongnya. Statement Ustaz Ramly "Kemenangan saya adalah tanda kepercayaan pengundi kepada saya...terima kasih SPR" Eh! orang dah menang kan? ada ke pihak yang menang nak complaint?


Penyokong Tuan Hj plak (bila kalah) membuat analisa sendiri. Antaranya, pengundi dikatakan dirasuah dengan hamper. Bila ditanya (kaji selidik) pada salah seorang pengundi yang bernama Puan Sawiyah, makcik ni kata...undi Tuan Hj xpernah dapat apa-apa. Tambah Puan Sawiyah lagi, dia menerima hamper dari penyokong Ustaz Ramli yang datang berkunjung ke rumahnya sebelum pilihanraya.

Isu pengundi hantu juga turut dibangkitkan. Sudah tentu....pilihanraya turut dikatakan tidak BERSIH!

Mudah kan nak paham dari senario yang ray reka di atas?

Apa juga situasi, setelah ditonggang terbalikkan berpuluh-puluh kali , isu yang berulang adalah SAMA. Yang menang akan diam. Yang kalah pula ...tak akan berpuas hati....timbulkan juga isu.  

Kalau macam tu, bila agaknya pilihanraya nak BERSIH?

So, would I join perarakan/perhimpunan BERSIH itu?

Agak-agak korang?

No I don't think so lah. On that day...im busy memBERSIHkan rumah.

Setiap manusia ada hak masing-masing. Bila kita bercakap tentang hak kita, ada kalanya pihak lain akan terasa kerana secara xlangsung hak mereka pula yang akan dipersoalkan. Sebagai contoh, hak yang berbaur perkauman. Bila kita melaungkan hak orang Melayu, secara xlangsung bangsa lain akan terasa k. Mereka akan kata, bagaimana pula dengan hak mereka?

Lagi satu contoh. Dorang yang nak berhimpun tu nak hak dorang untuk membantah. Tapi bagaimana pula dengan hak orang yang tak nak berhimpun, yang xnak kacau bilau, yang xnak jalan jem, taknak kedai tutup dan sebagainya.


You expect people to respect your rights but you never show any respect of other people's right?


I don't agree on what they are doing....Ray akui  pilihanraya di Malaysia mungkin ada kekurangannya...tapi i don't like the idea of berhimpun di jalan. Saying out loud ibarat membuka pekung di dada. Tapi at the same time I don't expect them to stop from doing it...because I can't.  Suka hati dorang la. If anything bad happen, senang la rakyat nak tuding jari ke arah mana. Eh! lepas tu jangan xngaku dan ngelat plak!

Yang pasti, Tokey jual t-shirt kuning tersenyum gembira kerana business t-shirt nya mendapat banyak tempahan.




Ambiga, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) nak menang hadiah nobel price kut.  Teringin nak mencatatkan nama dalam dokumentari "Hari Ini Dalam Sejarah". Nanti akan ada filem blockbuster pasal kisah pahit getir Ambiga memperjuangkan hak rakyat....menuntut keadilan. Sensasikan berita part  kena tangkap polis kerana tidak mengikut arahan mereka.

Kerajaan pulak kenalah telus bab-bab pilihanraya ni. Kena kaji betul2 kenapa segelintir rakyat menganggap isu tersebut relevan. Find a way how to buang rasa ragu-ragu tu. At least try to do something ...walaupun something tu, it's not good enough for sesetengah pihak. (ya la kan susah nak puaskan hati semua orang - mcm kisah pilihanraya ray di atas)

Kita berdoa je la agar xde menda yg xelok terjadi pada imej negara yang kita cintai ini.



PS: Ini adalah entry berjadual yang telah ditulis beberapa hari sebelum ianya dipublishkan. Harap maklum.



5 mulut cakap2 belakang:

Pala Maldini said...

harap2 juga mereka yang berhimpun tu.. tolong2 lah BERSIH kan longkang2 dan tong sampah2 di sepanjang perjalanan diorang tu...

FaizalSulaiman said...

suruh depa BERSIHkan KL la banyak sampah tu

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

btol2...
haa!!! follow me k..

Queen F said...

nak harap diorang bersih balek tempat yang diorang berhimpun tu? haraam jangan harap laa.. selama ni sampah kat malaysia pun banyak je tepi2 jalan tu..

edzlin007 said...

baru baca ini skrg. saya nak kasi link ini kepada rakan2 ku yg terlupa diri hari itu. suka cerita rekaan abg ray kat atas tu.