Tuesday, June 28, 2011

Melanggan

Sekarang ni memang zaman melanggan kan? Sampai je hujung bulan, terus melihat segala bil langganan yang ada untuk dijelaskan.

Semakin moden kehidupan kita, semakin banyak bil keselesaan yang perlu dibayar.

Ada yang mungkin tak biasa dengan perkataan "melanggan". Rasanya  ramai yang lebih biasa dengan word "subscribe".

Rewind. 



Langganan pertama Ray ialah semasa berumur 10 tahun. It's a magazine for children. Korang pernah dengar nama majalah KUNTUM? hahaha. Ya...jangan tak tahu, yang Ray telah melanggan majalah KUNTUM seawal usia 10 tahun lagi. Setau Ray, majalah KUNTUM masih ada lagi sampai sekarang.I remembered that, kat sekolah dorang distribute borang langganan...balik terus  bagi kat bapak...pastu somehow my sister ended up filling the form for me. She even  beli wang pos lagik. Masa tu mmg lepas raya, so duit raya yang diterima disalurkan untuk menanamkan minat membaca. ecehhh.Mat KUNTUM la sangat an? lol.  Langganan itu hanya berkekalan selama 6 bulan sahaja. 



Selain majalah, menda lain yang boleh kita langgan masa tu ialah suratkhabar. Tapi melanggan suratkhabar boleh dikira sebagai "mewah" la. Hari2 suratkhabar dihantar ke rumah. Bangun tido, mandi,  amik suratkhabar dan baca masa breakfast. Gituhh lahh. Tak usah nak mengada nak langgan! Kedai Ipah depan rumah tu ada jual. Dalam 10 langkah je...xkan nak melanggan jugak kut? Tak pun suruh tuan kedai lempar kat laman rumah dan bayar masuk buku 555 kalau nak feel2 melanggan gituhh.

Langganan majalah atau suratkhabar lebih menjimatkan. Harganya lebih rendah jika dibayar sekali gus untuk tempoh tertentu berbanding membeli terus di kedai. Cuma masalahnya ialah xde duit nak bayar lump sum (sekali gus)..hahaha

Fast Forward.

Zaman Internet nan hado. Al-kisah nak improve knowledge and penguasaan Bahasa Inggeris. So, orang kata Readers Digest is good! Bila belek-belek, tak dapat dinafikan la. Decided untuk melanggan. Masa tu baru ada kredit kad...so xyah bersusah payah nak beli wang pos bagai!

After awhile, selain dapat bahan langganan (the actual Readers Digest) dapat jugak surat2 lain yang menjengkelkan. Surat yang kata peluang menang kereta la...terpilih la...bertuah la....bernasib baik laaa. Khakkkk tuiiiii. Terus ke tong sampah la ya. At one point, dorang hantar package yang merupakan sebuah "buku".Buku percuma? No...it isn't. Al kisah, baca dulu and then decide nak beli atau tidak. Dalam tempoh tertentu, kalau tak berminat...hantarkan semula. Dah jadi satu kerja la pulak nak menghantar semula. Ada sekali tu, ray terlupa nak hantar, the next two weeks, bil sampai. Auto deduction frm Credit Card katanya....Dalam tempoh langganan, macam2 hadiah sampai! sistem yang sama. Rasa mcm kena cabul...hahaha. (harassment). Bosan kerana hak asasi dicabul...langganan kemudian ditamatkan.

Fast Forward sikit lagi.

Kaedah langganan kini lebih berbentuk perkhidmatan. Contoh perkhidmatan ialah seperti CableTV, telefon, internet etc.



Langganan berbentuk perkhidmatan cable TV pertama ray ialah ASTRO.  Eh chopp...sebelum Astro...ray sempat melanggan MegaTV (cable tv milik TV3)...hahaha. Atas nama kemudahan, hiburan dan keselesaan, banyak perkhidmatan telah ditawarkan kepada pelanggan. Ray sendiri sekarang melanggan Astro, Unifi (cable tv, internet & telephone), Maxis, Credit card etc.

Jangan lupa ya...credit card juga satu bentuk langganan. Ia satu perkhidmatan kewangan (kredit). Tiap2 tahun anda bayar subscription fees kan? Perkhidmatan berhutang namanya.

Remaja sekarang yang memiliki handphone juga cenderung melanggan perkhidmatan SMS. Ala yang type ON KASIH untuk dapat SMS madah cinta dan macam-macam ON lagi.

As you can see, dari melanggan majalah dan suratkhabar pada satu masa dahulu....kini pelbagai pilihan langganan ada tersedia. Semua memerlukan duit. Lihat saja peratus pendapatan anda pada perkhidmatan berbentuk langganan. Ray ada seorang kawan yang membelanjakan hampir RM1000 sebulan untuk langganan perkhidmatan di atas. Kalau pendapatannya RM10,000 sebulan ok lah tapi kalau hanya RM3000 sebulan adakah ia berbaloi? 


Tidak dapat dinafikan, ada yang melanggan perkhidmatan tertentu kerana tidak mahu ketinggalan zaman. Sebagai contoh "Nanti orang kata rumah ketuo kampung Haji Jamil takdo Astro...mano nak lotak muko??" sebab nak jago muko...haaa bayar la yuran langganan tu.

Contoh lain.

Kawan datang ke rumah. "ehhh..rumah ko takde ada astro ke? Sedihhhhhh!!!!"
"Laaaa..rumah ko pakai aerial lagi ke? 80an sangattttt!!!"
"Wahhhh banyaknya koleksi magazine!!" kata tetamu " Owh! I memang subscribed magazine tu semua" jawab tuan rumah dengan jobonya. "Kelasssss!!!" balas tetamu. kembang lubang hidung bila dikatakan kelas.


Moral of the story. Ukur baju dibadan sendiri. Langgan perhidmatan yang perlu sahaja dan mengikut kemampuan masing-masing. 

PS: Astro naik harga lagi bulan depan. Dengar2 ada pakatan nak boikot. Ada ke yang sanggup hidup tanpa Astro?











7 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

pernah langgan ana muslim.hehehe..seronok sebab majalah tu cantik2 gambarnya.

ada dengar gak pasal nak boikot astro tu.kita tengok nanti:P

[r][a][y] eusouff said...

ana muslim? hehehe

yup...tgk mcm mana nanti.

acap said...

kuntum? wahaha legend sungguh. dulu mak slalu langgan, dekat 3 tahun jugak untuk kitorang. asal ada isu yang ada free gift, haa confirm ada yang nanges lah. berebut -_-"

nak boikot astro. hmm, rasanya, baik bakor je astro kat bukit jalil tu, baru diorang tau kuasa pengguna. LOL

[r][a][y] eusouff said...

heehehe
berebut nak baca kuntum? hahaha

yg org nak boikot tu sbb geram. astro untung besar kerana manapoli pasaran. Aerial tv pun susah nak cari skrg ni. every house ada astro skrg ni

edzlin007 said...

hmm nak boikot astro mmg sukar, terutama kwsn yg rumahnya ada ariel 80an pun tak dpt siaran yg clear. gambar goyang2 hitam putih kekadang.

hebat kuntum ni, berzaman tahan

[r][a][y] eusouff said...

betul tu edzlin..but soon bila unifi dah besar coveragenya, astro akan menghadapi saingan hebat.

if astro continue naik harga, pelanggan secara berperingkat akan beralih arah.

acap said...

of course, nasib baik ada unifi. tapi kena ingat jugak, astro dah monopoli awal awal dan hak hak penyiaran epl, tv series dari luar, dan banyak lagi, dah ikat janji untuk beri program program tv diorang eksklusif hanya untuk astro di malaysia. so, nothing to do, except, contract tersebut, dibatalkan.

ps:bengang jugak astro naik harga, tak pasal pasal ayah buang pakej -_-"