Monday, May 30, 2011

Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an

Berpeluang menonton Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an  (KMJ) semalam. Ray pergi bersama two of my best friends. Two toughest crictic yang pernah ray kenali. Throughout more than 20 years of friendship, I have heard lots of critics from these two people. Tough critics but yet very sincere.



I am not a fan of irama lagu 60an ni, but I am there to support another dear friend who happens to be the main cast dalam teater ni. Tak lain tak bukan, Gadaffi Ismail Sabri (Dafi).


Here are few points about KMJ. (pendapat peribadi dan my two friends)


1- Choreography dalam teater musical ni agak berterabur sikit. So much thing going on. Lebih memburukkan, sebab ada cast yg malas-malas nak menari. Buat asal boleh. As if you are in high school play! mengandaikan penonton membayar RM 5 untuk melihat mereka menari.

Penari lelaki terlebih gedik. Lebih gedik daripada penari perempuan. Camner tu? Orang di belakang ray berbisik...."mcm plastersin!". pastu ada suara dari jauh sebelah kanan menyebut 'DONAT'. Paaappp..terlintas di fikiran ray penari RTM yang pernah ray tengok kat RTM 1 satu masa dulu.

Kegedikan dan kelembutan tarian oleh penari lelaki tidak menjadi kesalahan sebenarnya. Tapi ia cuma menurunkan standard atau CLASS sesebuah teater muzikal tersebut. Karektor kan jantan so act like jantan la sepatutnya. Penari kena belajar acting jugak kalau mcm ni!

Penari latar xboleh over sebenarnya. Bila over seolah-olah nak outshine main cast yang ada. Masing-masing nak tunjuk hebat...At one point, ray tercari-cari penyanyi utama yang tenggelam dikalangan penari-penari yang over excited. Ada penyanyi yang terselamat dari jadi masa tenggelam hanya kerana baju kilat yang dorang pakai. Baju kilat senang nampak. I tot sepatutnya ada spotlight khas untuk penyanyi utama ni tapi nan hado.



Penari latar diselamatkan oleh kumpulan penari kanak-kanak dan remaja yang sangat bersahaja. Tiada kegedikan di situ. Dorang nampak so cute and very natural. They save the show sebab penonton amat menyukai aksi mereka. Ray rasa having the kids in KMJ is to attract young viewers.

Dari sini ray boleh melihat  kelebihan choreographer terkenal Pat Ibrahim berbanding choreographer KMJ ini. Rasanya tak salah membuat perbandingan dengan yg terbaik  kan? Walaupun ramai on stage, Pat berjaya membuatkan persembahan lebih teratur dan lebih tersusun. Pat juga pandai memberikan variety. KMJ, kurang variety,  tak tersusun sangat and as I said earlier gedik. 


2. Dari segi lakunan, as first timer...Ana Raffali dan Dafi tidak mengecewakan. Ada beberapa ketika Dafi dan Ana nampak trying too hard. Bukan mudah untuk melafazkan dialog dengan bersahaja (natural) kerana terpaksa menjaga kekuatan suara dan clarity of speech pada masa yang sama. Ia amat biasa untuk pelakun baru kerana pengalaman sahaja yg membolehkan mereka mendapatkan mood natural tersebut.



Lakunan mereka berdua memperlihatkan potensi mereka dalam bidang teater. Given time dan lebih peluang mereka akan sampai ke tahap yg ray maksudkan itu.Yang pasti lakunan Dafi jauh lebih baik dan berbeza jika dibandingkan dengan lakunannya di TV.



Dalam satu lagu tu, tengah Dafi nyanyi mic dia x function. Alahaiii.. After the show Dafi asked me " Ray! kenapa la ko datang malam ni..masa ada technical problem...huhuhu" Knowing that I am one of his toughest critic..hehehe.



I just smile and told him that he manage to overcome the problem. Pada masa mic rosak, sebaik saja Dafi menyedarinya...dia terus ke depan pentas dan menyanyi sekuat hatinya. Cukup kuat untuk suaranya sampai ke telinga ray ni ha...so well done for that!



Iqbal (Juara Pilih Kasih 1) lakunannya terlalu bersahaja. Terlalu bersahaja sehingga membuat  kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana terlalu selesa, Iqbal sebanyak 3 kali terpanggil nama 'ANA' instead of nama watak Ana iaitu 'ROSE'. Tiga kali ya. Iqbal juga adalah main cast yang menari asal boleh. Too relax thingking that he is going to get away with it. Bukannya beliau x boleh menari cuma mengada-ngada dan agak malas! terlalu selesa is not a good thing!

Memandangkan ia adalah persembahan kali ke 7, kesilapan salah menyebut nama susah untuk dimaafkan. I will tell u why.

Mereka seakan-akan lemau. Ray paham kenapa mereka penat.   Banyak show la katakan tapi alasan itu tak sesuai kerana tidak adil bagi penonton yang membayar harga tiket. Disini, tahap professionalism nampak kurenggg...sebab persembahan tidak konsisten. Ia membuatkan ray terfikir untuk menonton show 1 utk hari tersebut dari show ke 2 bagi mengelakkan dari melihat aksi lemau mereka. 


3- Jalan cerita pada awalnya agak menarik tapi agak dragging di pertengahan. Ini adalah kerana terlalu banyak persembahan diselitkan. Pencerita membawa penonton ke zaman 60an. Di pertengahan KMJ, sambil bercerita itu ada adegan pesta....ada konsert (ada stage atas stage). Konsert tu je dalam 2-3 lagu. Then, kembali ke jalan cerita semula...after awhile kembali semula ke pentas. Kali ini persembahan majlis perpisahan pulak....Sama jugak few songs berturut2.



Menda ni ray dah expected sbb dari review yang ray baca, ia lebih kepada konsert dari lakunan teater itu sendiri. Ia ibarat iklan bagi ray. Tengah layan jalan cerita...mood cerita kita diberhentikan seketika (lama jugak!) then start balik. Ending dia mcm nak cepat habis. So, ada mood paksaan di situ. Bila dah mood seakan dipaksa, kick utk feel KMJ berkurangan.



4- Lagu-lagu yang diselitkan layan la jugak. Nice to see faces mereka yang hampir kita lupakan. It's an honour to see all of them perform on one stage.  Otai-Otai 60an memberikan persembahan yang menarik dan bertenaga. No complaint there. Cuma, kalau ia adalah 100% konsert, I would enjoyed them more. My mind have to cope up ngn jalan cerita, sedikit mengganggu my mood. But heyy that's me. My two friends seems to enjoy their performance!



Did I enjoy the whole performance? nampak mcm tak kan? sbb banyak komen negatif je kat atas ni kan.Alahhh ray banyak beno komen ko! Komen2 pun at least ray pergi la tengok jugak kan?

Sebenarnya, believe it or not... secara total...I enjoyed the show. 
Enjoyed watching a friend performing...nice to see kemajuan dalam karier kawan2. Enjoy tgk artis 60an buat performance sebab you don't see that every day ok! Itu yang mahal. Enjoyed tengok penari-penari cilik dan remaja perform. Enjoyed tgk babak kelakar geng2 Arja Lee & Baby Erin. Enjoyed tengok baju kilat2 dorang. Enjoyed gelakkan fesyen sense masa tahun 60an...lol



Yang paling ray enjoyed tengok babak Dafi kena belasah. Unfortunately no pics to share..hahahaha. Nak tgk Dafi kena belasah..pergi la tgk KMJ.

Another reason ray tengok KMJ ialah sebab nama watak yang Dafi pegang tu sama dengan nama ray..hehehe
(Rey/Rahman) wakakaka!








9 mulut cakap2 belakang:

nana_zz said...

i cant deny that dafi has improved a lot. i'm somehow proud of him after watched this theater. lakonan dia mmg ade improvement. and part kena belasah tu haa hahahahaa. and i seriously like the part yg dia nyanyi solo, vocal dia pun nmpk ade improvement. heheh.

[r][a][y] eusouff said...

nana,
not ever day kita tgk dafi kena belasah kan? hahaha

FaizalSulaiman said...

lengkap review ray!

congrats dafi.antara artis yg rajin belajar benda baru dan tahu nak improve diri dia utk menjadi lebih baik

edzlin007 said...

baguslah review abg ray ni...saya gi tgk semata2 dafi, tp mmg enjoy jugalah :) artis 60an best gak

[r][a][y] eusouff said...

Faizal...
review jujur niehh..hehe

[r][a][y] eusouff said...

edzlin,

thnks..hahaha kena review dengan jujur ..kalo x credibility kita akan dipersoalkan.

cakap best pastu bila org lain pi tgk
rasa xbest...

bila buat review lain nanti... readers dah tak akan percaya lagi dah..kan?

pahitmanis said...

Ray, semalam kak dan suami sudah pergi tengok KMJ dan tempat seat kami agak jauh mungkin Dafi tak nampak kami ada dan terpaksa balik dari habis KMJ tak dapat jumpa dafi, tolong sampai kirim salam dan puji gaya lakonan dafi hebat malam ini. Sebab kami pekak faham baca gaya lakonan mereka terutama terbaik dafi, Arje lee, Ana dan pelakon2 lama.

pahitmanis said...

Ray, oopp!! lupa nama kak Sharifah Radziah dan Syed Abdullah (pahitmanis)

Zik said...

dafieey.. baik punyer!!! hehe...