Thursday, May 12, 2011

Ragam di hari sukan si kecil

Sukan datang lagi. It's a yearly sports event for si kecil at RSK. Sebahagian daripada kurikulum yang mendedahkan si kecil  pada semangat kesukanan, persaingan..bla bla bla



Yang paling excited dah tentulah si kecil yang dah practice berbulan-bulan lamanya. At RSK, si kecil dibahagikan kepada tiga rumah (rumah merah, kuning dan biru). Ada 10 games dan each game akan memberi mata. Mata akan dikumpulkan utk menentukan juara keselurahan. Pendek kata semua akan dapat medal lahh..cuma berbeza dari segi pingat la...gold, silver or bronze.



Dah masuk tahun ke 9 dah rsk menganjurkan sukan kanak-kanak ni. Things to be expected during the games are

1- Mood swing si kecil.

Budak-budak akan buat ragam bila parents ada. Mulalah menangis nak attention. Bila time practice elok je tapi bila parents ada, sebahagian dari mereka akan mula meragam.

Ada a few of them yang bila kat sekolah lain tapi kat rumah lain. Jadi kalau digabungkan, dorang akan mula buat perangai...ala2 culture shock gitu. Dorang xnak join or take part and lebih suka berkepit dengan parents dorang.


2- Parents yang over excited

Paham. Ya la kan, first time tgk anak-anak bersukan. Yang over ni kalau beri semangat xpe....tapi yang jenis over dan mula boo team lawan kumpulan anak dorang ni yg ray xberapa nak paham. Lebih over bila ada yang mula membantah keputusan...Ada juga yang xpuas hati sebab anak dorang masuk 1-2 acara je. Dorang nak lebih.....kalau boleh nak masuk semua without considering other point of view.

Tadika memang tetapkan setiap si kecil utk participate at least dua games just to be fair. Pemilihan jugak bergantung kepada kebolehan dorang. Kalau cikgu2 nak team dorang menang, ikutkan kebolehan ...ramai la yang tak amik bahagian. Setakat join perbarisan je la...hahaha

back to point no 1 tadi, ada yang disenaraikan utk take part tapi bila the actual event buat hal...langsung xjoin satu pun. Parents blame the school pulak.

haiii...nak ajar si kecil erti semangat kesukanan tapi at the same time nak remind yang dewasa jugak.

They are forgeting the whole point sbb kita anjurkan sukan ni.



3- Tekanan

At times sorakan jarak dekat dari Ibubapa memberi tekanan kepada si kecil. Dorang jadi takut. Ada yang masa practice perform well tapi on actual game...xmenjadi.

We often advise parents supaya tak turun dekat2 so that budak2 ni tak pressure, tapi selalunya tak dihiraukan langsung nasihat itu. Bila parents dah menjerit depan muka, tak ke 'sorakan' jadi 'gangguan'?

Kalau anak dorang masuk sukan olimpik, dorang nak buat camtu jugak ke? Ada ke sukan olimpik yang benarkan keluarga beri sorakan dari jarak dekat? hahaha

berulang2 kali emcee bagi peringatan tapi parents buat dekk jer....
alahai they expect us to teach their children about following instruction tapi dorang sendiri x ikut arahan. Camner tu?

4- Tak join

Ada segelintir Ibubapa yang awal-awal lagi dah beritahu pihak sekolah yang anaknya xdapat join. Alasannya, ada kenduri kahwin.

Tarikh sukan dah ditetapkan seawal bulan Januari lagi. Malah jadual aktiviti anak di sekolah untuk satu tahun  telah ditetapkan begitu awal...

No komen lah...kenduri kahwin lagi penting dari hari sukan anak mereka? Setelah dorang beriya-iya berlatih for what?

5- Tanya bila nak habis?

Dah nama pun budak2. To handle children will take time.  No point rushing them. Nak cepat habis sangat.
Ada yang beritahu...yang dorang ada hal...nak balik cepat. Lebih mengejutkan ada yang suruh acara anak dorang dipercepatkan atau didahulukan.

6- Tepukan

Ada masanya, agak susah nak buat parents bagi tepukan or sorakan. Tepuk ala2 main sep sep sep bom bom bom je. Alahai...sangat susah nak menepuk ya?

Tepukan dari 300 orang macam tepukan dari 10 orang. Bukan suruh bercucuk tanam...kenapalah susah sangat?



Apa pun ragam di hari sukan, penganjur kenalah bersikap positif. Malas nak layan ragam-ragam ni sebenarnya. Stick to the objective! yang penting the kids are happy. As parents (adults) they should know better by giving their full coperation.


Sebanyak 9 kali menganjurkannya, ragam2 yg ray senaraikan di atas tak pernah tak ada. If ragam tu datang dari budak2 sangatlah difahami tapi kalau ragam mak bapak pun kena ditanggung juga....susah juga...hahaha

Bila difikirkan kembali bukan semua parents buat ragam, segelintir sahaja. Ramai parents yang beri support and wishing us all the best. Mereka beri kerjasama dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak sekolah menjalankan tanggungjawab yang diberikan. They even say 'thank you' after the event tanda penghargaan. That one simple word, makes us feel appreciated. 

14 May 2011, hari Sabtu ni...bertempat di Centre Court, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi akan berrlangsung RSK Games ke 9. Doakan kelancaran majlis dan segalanya dipermudahkan...AMIN.



4 mulut cakap2 belakang:

iyllienaz said...

teringat dulu2, stadium paroi dulu la tempat mssmns dulu..

NUke_Rude said...

apsal aku time tadika xde pun trofi2 bagai ni.

hahaha!

Ri said...

ye lah.. sekolah rendah baru ada.
mcm sgt advanced bebudak sekarang ;)

edzlin007 said...

cantiklah medal mrk.