Monday, May 23, 2011

Crew Life 30 : Devil wears Kebaya (Finale)

Jarak yang sepatutnya sampai dalam masa beberapa saat, terasa tersangat lama.

“Excuse me, Adib...you want to see me?” tanya Amy dengan suara terketar-ketar. Pelik pulak rasa Amy bila memanggil nama bossnya yang jauh lebih berusia darinya. It’s a common thing to call your supperior simply by calling them with their names only. Without the Mr/Mrs or Abang/Kak. Yang peliknya, management people yang kerja on ground you have to address them apropriately but not your superior onboard.

Gambar Hiasan


“Yes, Amy. Do you know why I called you?” tanya Inflight Supervisor yang digeruni kerana mukanya yang sangat garang.

Amy hanya berdiam diri.



“I recieved report from your Chief that you are not performing well in your duties. May I know why?” tanya Adib dengan muka serius.

Amy hanya menundukkan kepalanya. Giving an excuse was not a good idea.

“I will obeserve you later. Please focus on your duties” Adib memberi amaran keras.

“Another thing, I saw you walking in the cabin without your uniform just now. Do you know that you are not supposed to do that?”

“I am sorry Adib...I promised it won’t happen again.

Sekali lagi Amy tidak memberi sebarang alasan. One thing that she learned from other senior crew is not to give any excuses.

“You can go now!”

Amy terus naik ke upper deck dengan muka masam. The idea that someone watching her performing her duties later, is not something for her to smile about. Dah la nak ngadap muka Cathy yg watching like a hawk...now another person is going to do the same.

Jam Malaysia sekarang menunjukkan jam hampir 9pagi. Amy sudah berada dalam kapal hampir 9 jam. Tiga jam lagi sebelum kapal mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. Local time in London now is 1am. 

Expected to land around 4am local time.
Amy menarik nafas panjang
.
“Haihhh...tarik nafas panjang nampak” tegur Rosley.

“Tak sabar nak get it over with” balas Amy.

“Hahaha..I know what you mean..me too. Dah terbayang bilik hotel dan bantal ni” tambah Rosley.

Amy meneruskan kerjanya. Dia memastikan segala linen mencukupi dan dilipat dengan betul . Amy dengan telitinya memerhatikan corak pada linen bagi mengelakkan dari terkial-kial didepan penumpang ketika ‘dressing the table’ kelak.

Selepas menyusun linen, Amy bertanya pada Rosley.

“Apa lagi yang I should do ya?”

“Toilets you dah check kan?”

Amy mengangguk kepala.

“Just do a quick walk in the cabin to collect empty glasses. Use normal tray ya not the silver tray”

Semasa Amy di kabin, Amy nampak kelibat Cathy naik dan terus ke galley.

Amy terus ke galley bersama gelas-gelas kosong, sampah sarap yang dikutipnya.

Amy cuba menghiraukan Cathy dan terus fokus untuk menyimpan gelas. Tanpa disengajakan satu bunyi kuat dari “glass cage” yang ditariknya.

“Syhhhhhh!!! Tarik perlahan2 xboleh ke? You want to wake up the whole passangers???” marah Cathy.
“Have you prepare your hot towels??” tanya Cathy.

Amy baru teringat. Dia tak sempat menyediakan towels basahnya lagi.

Hot towels ialah tuala kecil yang digulung dan dibasahkan seterusnya dipanaskan di dalam oven. Ia diberi kepada penumpang sambil mengejutkan mereka nanti. Ia digunakan untuk mengelap muka.
Rosley yang berada di belakang Cathy....menunjukkan tanda isyarat. Rosley menunjuk ke arah oven.
“yes..sudah..ada dalam oven” jawab Amy.

“Heat it now...! we will start waking up our passangers shortly. Rosley..start pouring your juices in 10 minutes time” arah Cathy.

Rosley mengenyit matanya. Amy membalas dengan “Thank you” tanpa suara kepada Rosley sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkannya dari dimarahi. Rupa-rupanya Rosley telah pun menyiapkan towels tersebut masa waktu rehat Amy.

Kelegaan jelas dimuka Amy. Ibarat diberi nyawa untuk hidup semula rasanya.

Kelegaan yang dirasai Amy hanyalah sementara. Ketika sedang sibuk membuat persediaan sarapan, Amy dengan tidak sengaja telah menumpahkan sekotak jus dan terkena uniform Cathy.

“Stupid girl! Can’t you do anything right?” marah Cathy.

Amy cuba memberi tuala kpd Cathy utk mengelap jus yang terkena di uniformnya tetapi usahanya itu disergah Cathy. Tuala yang diberikan Amy dicampak Cathy ke lantai.

“Get out from the galley!!!!!”

Amy terus keluar dari galley. Sebaik sahaja keluar alangkah terperanjatnya Amy apabila melihat segala apa yang berlaku telah diperhatikan oleh Adib dari jauh.

Amy yang menahan sebak bergegas lari ke toilet. Sambil melihat wajahnya di cermin, Amy gagal mengawal perasaannya lalu menangis .

Gambar Hiasan


Melayan perasaanya sendiri, Amy memujuk hatinya untuk kembali semula bertugas. Dikesat air matanya dan keluar dari toilet seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Kabin sudah diterangi lampu dan penumpang sudah mula bangun. Amy bergegas ke galley dan mendapati Cathy tiada disana. Mungkin Cathy menukar bajunya yang terkena tumpahan jus tadi.

“Are you allright Amy?” tanya Rosley.

“Yes..I am fine” jawab Amy dengan perlahan.

“Ok good..Amy..the show must go on....Here the hot towels and you may start” pujuk Rosley.
Sambil menarik nafas, Amy memulakan tugasnya.

In her mind, she wants to get everything over with.

Sebaik sahaja selesai giving out the hot towels, Cathy kemudian muncul dengan memberikan renungan kebencian.

Buat kali pertama, Amy berjaya mengendahkan renungan tersebut dari mengganggu emosinya.

“Tenunglah sampai terkeluar biji mata ko...aku pedulik apa...pi la mampos!” bisik hati Amy.

Fokusnya ialah memberikan perkhidmatan terbaik untuk penumpang. Senyuman diberikan dan layanan diutamakan.

Fokus Amy terhadap tugasnya mula mendatangkan hasil. Walaupun terdapat gangguan dan suara jahat Cathy yang cuba menganggu emosinya, ternyata dapat ditepis oleh Amy dengan fokusnya terhadap penumpang.
Ketika Amy menghidangkan makanan, kelibat Adib turut kelihatan. Dari jauh Amy melihat Adib berbual-bual dengan Cathy sambil memandang kearahnya. Sekali lagi dipersetankan gangguan itu.

‘Breakfast service’ berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Selepas tamat servis, Amy menghabiskan banyak masanya berbual-bual dengan penumpang. She decided to make a good conversation with Mr Terry, Mr and Mrs Jacob dan even mak datin yang bernama Datin Maimon yang agak diva yg membuatkan kebayanya terkoyak pada awal penerbangan tadi.
Datin Maimon wasn’t that bad after all. Throughout their conversation, Amy found out that Datin Maimon (the earlier one yg datang bulan version) ialah seorang Datin yang sedih kerana terpaksa meninggalkan suaminya. Datin Maimon got very emotional and somehow effected her mood.

Mrs Jacob was very happy simply because she had all the liquid that she needs. 
Mr Terry yang mengenyit mata earlier, making his moves by giving Amy his name card asking her to keep in touch.

“I am expecting to hear from you...Amy ..don’t you dare dissapoint me” kata mat saleh yang bernama Mr Terry dalam percubaannya mengorat Amy.

Setengah jam kemudian, terdengar bunyi pengumuman untuk mendarat. Batu besar diatas kepala Amy ibarat mula diangkat dari kepalanya. Lega rasanya. London! Here I come.

Kapal 747 yang membawa lebih dari 300 penumpang itu akhirnya  selamat mendarat dan mula bergerak ke arah parking bay.

“Cabin crew, disarm all doors and cross check”

Amy mula teringat yang ianya belum betul-betul berakhir. Setiap penerbangan hanya akan berakhir selepas taklimat terakhir oleh 'Inflight Supervisor' bila sampai di hotel penginapan kelak. Walaupun bimbang tentang apa yang bakal diperkatakan, dipastikan segala tugas selepas mendarat dijalankan dengan baik agar tidak menimbulkan masalah pada crew yang mengambil alih nanti.

Walaupun kepenatan, sepanjang perjalanan ke hotel membuatkan Amy sangat teruja. Ini adalah kali pertama Amy melihat Heathrow Airport dan kali pertama Amy melihat kota London yang selama ini hanya dilihatnya melalui kaca tv. Bayangan Amy tentang kota London diselang seli dengan perasaaan tak senang tentang apa telah berlaku sepanjang 12 jam yang lalu. Seakan-akan positif thinking cuba melawan all the negative experience yang dialaminya. Oleh kerana dek trauma, agak sukar bagi Amy melupakan segalanya begitu saja.



Setibanya Amy di hotel penginapan, perasaan berdebar mula dirasainya. Menunggu apa yang bakal diperkatakan pada sesi taklimat oleh Adib selaku penyelia cabin crew.

“It’s a long flight and I know that everyone are tired..so I am going to make it very quick. I will only let u guys know where u guys will be working on the way back to Kuala Lumpur” jelas Adib.

Amy teruja kerana  tak sabar untuk bekerja dengan crew yang lain. Cukuplah apa yang dilaluinya dan tak sanggup rasanya nak mengadap muka Cathy lagi. 

“First class crew...Chief A, Cathy...Steward A, Rosley and Stewardess A...Amy”
“I maintained all of you in the same team” tambah Adib.

Alangkah terperanjatnya Amy bila mendapati yang beliau akan sekali lagi bekerja dengan Cathy dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Menggigil tempurung lutut Amy bila memikirkannya.

Amy mendapati crew lain turut  memandang kearahnya. Begitu juga Cathy serta 15 crew lain memerhatikan Amy dengan tumpuan bagi mendapatkan reaksi Amy dari pengumuman Adib itu tadi . Amy cuba mengawal reaksi muka walhal hatinya berkecamuk dan tidak tenteram.

Setelah sesi taklimat tamat, Cathy menegur Amy...
“ I will expect you to prepare and perform on our next flight ya.....If you don't, you will regret it and wish that you were never a crew” kata Cathy dengan senyuman  ketatnya lalu melangkah kakinya menuju ke lift lobby.

Amy was terrified. Ibarat disampuk setan Amy seakan-akan terduduk seketika. Her hands are shaking and having  difficulty to breath. Segala semangat and excitement Amy for Kota London bagaikan direntap dan dirampas darinya. Terngiang-ngiang perkataan 'stupid' dan jeritan 'get out from the galley' and terbayang-bayang muka Cathy di fikirannya.


It looks like that two days Amy in London won't be the enjoyable moment for Amy as she needs to prepare herself.  No piece of mind for the next two days.  Kena bukak buku and learn everything frm the start! this time it would be harder for Amy as she will be working in first class...lebih complicated service sequencenya if compared to business class. 

Sambil menarik trolley bag ke bilik hotel berjalan dengan perlahan dengan fikiran yang bercampur baur.....terlintas sekali lagi di fikiran Amy that she will have to go through everything all over again. She can't delete Cathy on her mind. Perasaan tak tenteram ini yang akan menghantuinya sepanjang 2 hari di London.

It's going to be a long 2 days in London.
It’s also going to be a very long flight on the way back. 12 hours of hell with a devil who wears kebaya.

THE END.

Cerita Devil wears Kebaya adalah imaginasi penulis semata-mata termasuk nama dan watak dalam cerita ini. Ianya digarap berdasarkan pengalaman tetapi bukan dari kisah sebenar. Beberapa perkara ditokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita. Harap maklum.

Cer kome cer komen...



7 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

gahhh

matila amy,,but i think she can do it!

thanks ray for a very good series!!

thumbs up!

f a t i n bt m o h d nasir said...

excited nak wait for next series :)) go go ray !

[r][a][y] eusouff said...

thnks faizal...

[r][a][y] eusouff said...

fatin,
versi amy kat academy plak lepas ni ya..hahaha

thnks for reading.

Cik JuneD said...

wuyyoooo..
best lar citer ni..xpenah miss kot.
leh dibukukan..
next series pelizzzz (^___-)V

NUke_Rude said...

ray!
applause! poke! tepuk!
please tell me that you'll continue this series..........

Adi Luqman said...

BRAVO!!! best gile citer ni!! sile buat season 2!