Monday, April 25, 2011

Crew Life 29 : Devil wears Kebaya Part 9

Dalam perjalanan Amy ke crew bunk (tempat rehat crew), mata crew-crew lain memandang ke arahnya. Walaupun tanpa kata-kata, pandangan tersebut membawa pelbagai makna.



Kesian! Padan muka kau. Oh! inilah mangsa flight kali ini. Are you ok? Antara pandangan yang sempat ditafsir oleh Amy dari riak muka rakan sekerjanya.

Setibanya Amy di crew bunk, keadaan yang gelap menyukarkan Amy mencari bunk yang kosong. Amy antara yang paling lewat sampai kerana terpaksa menunggu lama menukar pakaian di toilet bahagian belakang kapal. Terkial-kial Amy dibuatnya. Nak dibuka lampu, marah pula crew-crew yang sedang berehat.





Crew bunk ialah tempat crew berehat. Ada 8 tempat tidur. Tak berapa nak tinggi kerana crew terpaksa membongkok ketika berdiri dalam crew bunk. Some crew call it coffin as it is just nice untuk you baring. 

Dalam kegelapan, tangan Amy dipegang. Terperanjat Amy dibuatnya. 

"It's me laaa...hik hik hik" suara halus seakan berbisik menyapa Amy.

Sapaan itu diikuti dengan nyalaan lampu picit. Barulah Amy nampak siapa yang menyapa yang memegang tangannya. Tak lain dan tak bukan, Nita yang bekerja di main deck.

"Atas I ni kosong...hik hik hik...." 
"Yang sebelah kanan I ni...our chief Cathy dah booking" tambah Nita.

Gituhhh la. Ingat hotel je orang booking. Crew bunk pun boleh buat booking ya. Selimut dibentangkan sebagai  tanda bunk tersebut telah dibooking. Biasanya yang berani booking ni ialah seniors atau yang ada pangkat.

Hanya yang tinggal disebelah atas..semua yang di bahagian bawah dah penuh. Bahagian atas menjadi pilihan terakhir kerana terpaksa nak memanjat!

Tepongeng-ponggeng Amy memanjat untuk naik ke atas. Sambil terbaring,  Amy berusaha membuka selimut dan mengalihkan arah air vent yang menuju tepat ke mukanya. 

Dua jam setengah masa yang diperuntukan untuk Amy berehat, digunakan sebaiknya untuk Amy menenangkan dirinya. Recharge. Tapi, setelah apa yang berlaku, bukan mudah baginya untuk terus tidur lena seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Amy cuba menutup mata namun di fikiran Amy, ibarat flash back, setiap patah kata-kata Cathy bermain-main dikepalanya. Walaupun menutup mata, fikirannya aktif memikirkan apa yang harus dilakukannya semasa meal servis nanti. 
Setelah beberapa ketika, Amy akhirnya lena.

Amy! Amy!

Amy dikejutkan oleh Nita. Terkejut Amy dibuatnya. Amy terus melihat jam nya sambil memikirkan yang dia telah over slept. Jam menunjukkan yang dia masih ada masa kurang dari 15 minit  untuk bersiap sedia dan kembali ke kabin.

Dengan segera Amy bangun dan mengemaskan bunk. 

"Ehhh Amyy..xpayah kemas la dear...! hik hik hik Kalau first rest baru you kena kemas...last rest xpayah lagi" kata Nita

Sekejap sangat rasanya. Dua jam (setelah ditolak masa bersiap) ibarat sekelip mata. 

Baru saja Amy menutup mata dan dalam beberapa saat dah dua jam! 

Amy turun kebawah. Alangkah terperanjat Amy apabila melihat begitu ramai penumpang yang beratur hendak ke toilet. Amy melihat jam tangannya sekali lagi. Amy hanya ada kurang 10 minit untuk bersiap.

Dalam 10 minit, Amy hendaklah menyalin pakaian, make up & membetulkan rambutnya. Kalau kat rumah buat rambut je dah 15 minit! belum make up lagi! Rambut Amy ni kena buat croissant  lagikkkkkkk. Adoiiiyaiii!

Amy berlari ketengah kabin dengan harapan ada toilet yang lain kosong. Tindakan Amy itu mengundang bahaya. Kalau dia dijumpai oleh Cathy...nahas! Dia pasti akan dimarahi kerana berjalan di kabin dalam keadaan tidak terurus atau serabai.

Nasib Amy agak baik. Kebetulan pula ada toilet yang kosong. 

Sebaik sahaja Amy masuk...alangkah terperanjatnya Amy bila memandang mukanya di cermin. Muka sembap dan siap ada garisan lagi mukanya..buruk sungguh! huhuhu

Kerana tergesa-gesa mengejar masa, Amy terus menyalin pakaian, touch up make up dan membetulkan rambutnya yang kusut masai itu. Setelah siap Amy terus naik ke upper deck untuk memulakan tugasnya.

Alangkah lega dihati apabila kelibat kelihatan. Yang ada cuma Rosley yang sibuk membuat persediaan untuk sarapan pagi.

"Good Morning Amy. I hope that u dah cukup rehat" sapa Rosley.

"Morning...yeah I did" jawab Amy sambil tersenyum menarik nafas lega. 

"Amy...your hair tu masih terkeluar...you better fix it before Cathy tegur...cepat pergi toilet depan" tegur Rosley apabila melihat rambut Amy yang tak menepati ciri-ciri grooming yang telah ditetapkan.

Tanpa berlengah Amy terus ke toilet kelas business membuat apa yang sepatutnya.

Beberapa minit kemudian Cathy muncul.

"Where's that silly girl? tanya Cathy.

"Ada...she is at the toilet..tgh replenish toiletries and cleaning the toilet" jawab Rosley memberi alasan.

"I am going downstairs. When she comes back, ask her to see me at First Class" kata Cathy.

"Ok" jawab Rosley sambil membuat hand gesture 'thumbs up'.

Beberapa minit kemudian Amy kembali ke galley. 

"Amy....Cathy wants to see you kat first class." tegas Rosley.

"Huh? why?" tanya Amy dengan perasaan cemas.

"I have no idea..." jawab Rosley.

Dengan tergesa-gesa Amy turun ke First Class untuk mencari Amy. But kelibat Amy tidak kelihatan. 

"Amy, IFS wants to see you" sapa Noreen. Noreen is working in first class and telling Amy on Cathy's behalf.
(IFS is short form for Inflight Supervisor - the highest chain of command after the technical crew)

"He is at seat 4A" tambah Noreen.

Alangkah berdebarnya hati Amy. Her legs starts shaking. Lutut lemah semacam. Somehow she feels that something bad is going to happen.

to be continued....




6 mulut cakap2 belakang:

Iman's Umi said...

Finally, smbg gak citer ni. Mmg klu I pn, rs kejap je ms utk rehat bl ada benda ptg nk kena settle, mcm x rest je rsnya. Tak sbr tunggu next episode...hehe

FaizalSulaiman said...

harap2 tak kena bala lah.

makin kesian tgk amy but rasanya itulah toughest matter yg dia kena pelajari. baca citer ni lagi best kut dr tgk awan dania.hahahaha

[r][a][y] eusouff said...

Iman's umi,
thanks for reading..
last one due next week.

Faizal,
ya ke best dari awan dania? hahaha
to me, awan dania is not really about the job...it's about dania.

edzlin007 said...

ala...suspen lg...

p/s: cite ni lg best dari awan dania. hik..hik..hik..

♥Syamelia♥ said...

ray,
next time i meet u.. do share with me abt 'crew's break system'..
byk benda that m curious off..

Nana said...

:)