Sunday, March 27, 2011

Propa atau Drama?

"Nora, ko dah ada boyfriend?" tanya Fatin.

"Mestilah ada...we have been together 1 year, 2 months, 22days ago...muka bf aku sebijik mcm David Beckham" jawab Nora.



Propa ke Drama Si Nora ni?




First time Ray dengar perkataan Propa, masa jadi crew dulu.

Masa tengah sesi mengumpat pasal si polan, minah ni duk mencelah..."Ko gossip pasal siapa ni?"

"Pasal LS Budin tu la" (LS is short  for Leading Steward) balas salah seorang dari panel sesi mengumpat terancang ni.

"Ahhhhh...Si Budin yang kuat PROPA tu? Dah la gatal ya amat!"

"Yup...yang tu la..ehhh u know kan..wife dia crew jugak?"

"Yaaa laaaa..sape lagi...? laki PROPA bini DRAMA!!"

Terkelip-kelip mata ray trying to figured out. Nak tanya takut kena gelak dan dilabel outdated pulak. So buat pura-pura paham je la...lol

Soon I figured out that Propa tu datang dari perkataan PROPAGANDA.

Propaganda bermaksud manipulasi relatif secara sengaja dengan menggunakan simbol (kata-kata, sikap, bendera, citra, monumen atau musik) terhadap pikiran atau tindakan orang lain dengan sasaran terhadapkepercayaan, nilai dan perilakunya.

Dalam erti kata lain, Propa yang dimaksudkan dalam situasi diatas ialah orang yang kuat manipulasi, suka mengadakan cerita dengan tujuan atau niat tertentu. Sebagai contoh:

"Abang ada dua kereta kat rumah tu...dua2 tak pakai!" Nak menunjuk-nunjuk dengan harapan si mata duitan termakan dan terpedaya dengan katanya. Walhal, kereta cuma 1 je...tu pun kereta Kancil.

"Alaaaa...I xleh keluar la kat London...my BF nak datang...nak ajak I shopping...kita orang nak pergi Harrods!" Motif nak tunjuk yg dia ada CLASS dan ada BF mat salleh. Walhal BF xwujud pown. Sampai bilik hotel terbongkang tido.

Propa lebih kepada mengada-adakan cerita yang tidak wujud.

Apa bezanya dengan DRAMA?



Drama secara kebiasaannya ialah suka melebih-lebihkan cerita atau bertindak keterlaluan, lebih dari sepatutnya.

Contohnya, Paris Hilton kena masuk penjara 3 jam tapi menangis macam nak kena hukum gantung!

It reminds me of my Makcik yang kerap berdrama...siap pura2 pengsan lagi bila dia xtau nak handle masalah. Bila gaduh...dah abis modal...hampir nak kalah...buat2 pengsan as the ultimate ending. LOL

Drama lebih bersifat benar tapi dilebih-lebihkan untuk menyedapkan jalan cerita. Tak drama tak best...kena tambah sikit bagi ada impact. Nak tarik perhatian..hahaha

So next time, bila ada kawan-kawan buat perangai..you should able to identify sama ada dia drama or propa.
Im sure that you face menda ni frm time to time. Kadang2 susah jugak nak bezakan...hehehe. Lebih senang mengenal DRAMA dari Propa. Mana lebih bahaya? Propa lebih merbahaya bagi pendapat Ray la sebab kita susah nak tau bila kita ditipu dan sebab propa ni ada motif terselindung.

Tapi harus diingat, sekarang ramai yang buat dua-dua. Both propa dan drama.

Dah la mereka-mereka cerita, ditambah pulak effect salji turun...berlatar belakangkan lagu jiwang karat...tambah CGI sikit dan kipas angin bagi rambut mengerbang.
Takde la terms yang tepat untuk manusia yang mengabungkan Propa dan Drama ni. Kalau ada habaq kat ray naaa.

As human kita xleh nak elak la kan. Kita xleh lari from being propa and doing your own drama at times. Yang menjadi masalahnya ialah bila kita addicted and continue doing it sehingga memberi pandangan xelok dari orang yang berada disekeliling kita.

PS: Banyak propa dan drama kita lihat di laman web sosial kebelakangan ini. Oh! ya ..di surat khabar pun ada juga.


11 mulut cakap2 belakang:

solo molo said...

perkataan yg femes skrg nie...

NUke_Rude said...

lpas ni nak tuka term DRAMA dengan CGI pulak la.


hahah. "Ray ni kuat CGI nyer..."

ok gak.

Ku Adalah Aku... said...

posting yg sgt bagus untuk ty baca pagi subuh totok ni....thanks ray..sebab ray membuka mata ty atas terma diatas....

FaizalSulaiman said...

hehehehe

tp satu term yg akan dapat hasil dr kedua-duanya

'meluat'.hahahaha

si kacak bergaya said...

Blogger yg propa & drama pun ramai jugak skrg ni.. Menci lah!

Pala Maldini said...

propa + drama = wayang..

"Eleh, mamat tu main kuat main wayang"

Muhammad said...

propa+drama=Pembuat Tahi Segar !!

Muhammad said...

propa+drama=Pembuat Tahi Segar !!

Anonymous said...

i learned the word Propa-ganda masa i study history dulu!! haha.. byk psl politics laa.. :p

ehhh, i terasa tau!! yerla, i kan Ratu Drama.. haha!! tapi i berdrama for fun jerr.. :p cuma kadang2 tu kita perlu jgak berdrama.. tapi tkmo laa over kan.. ;)

- Lina RD

fyna said...

hehe..skrg slalu gak dgr ayat tue..




jom singgah n follow belog fyna.
;)

DDFABULOUS.COM said...

lagi propa lagi drama...x gituhhh