Sunday, March 6, 2011

Jaga Tepi Kain Orang

Jika seseorang ingin mengambil tahu hal dalam/tepi kain kita, seseorang itu tentu ada tujuan tertentu. Sama ada ingin ambil tau atas tujuan busy body, dengki atau simply 'ambil berat'. 



Masalahnya macam mana kita nak tahu yang mana satu? Agak mustahil nak membaca niat seseorang. Tapi kita boleh menilai terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan tertentu. Siapakah yang ingin sangat nak tau pasal kita tu?

Antara seseorang yang kita anggap  rapat dengan seseorang yang kita tak berapa nak kenal. Ada kemungkinan seseorang yang rapat dengan kita, ingin ambil tahu kerana 'ambil berat' berbanding dengan seseorang yang kita tak berapa nak kenal.

Jom kita baca beberapa situasi dari kisah Salina dibawah.





Situasi 1

Kak Odah (jiran Salina selama 5 tahun). "Lewat balik semalam Lina?"

Salina memberi jelingan kepada jirannya itu.

Busy body betul la Kak Odah ni. Suka hati aku la nak balik cepat ke lambat ke! Kenapa ko kesah? Ko jeles kan sebab ko xdapat balik lewat. 

Itulah prasangka yang kita lemparkan kepada seseorang yang bernama jiran. Ada kemungkinan, Kak Odah hanya mengambil berat. Kepekaan Kak Odah disalah ertikan. Maybe she is just making a conversation.

Kepekaan Kak Odah sangat membantu sebenarnya. Jika berlaku apa2, Kak Odah lah orang pertama yang akan disoal oleh polis...yang dapat membantu siasatan polis...hahaha. Kak Odah ibarat security guard yang tahu apa yg berlaku. Siap hafal no kereta yang hantar Salina lagi...hahaha

Bila jiran bertanya soalan sebegitu..janganlah melenting....sepatutnya dijawab "Ya Kak Odah...banyak kerja tadi...tu yg terpaksa balik lewat tu" dengan senyuman.

Kalau Kak Odah tu tanya mcm kat bawah ni barulah maknanya dia busy body.
"Jantan hensem mana yg hantar ko balik tadi Salina?" 

hahahaha.

Situasi 2

Salina berkawan baik dengan Zizi. Rakan sekerja disebuah syarikat menjual penapis air. Dah 5 tahun kerja kat situ.

Zizi : "Ehhh...nak tanya ko sikit..aku tengok ko rapat semacam dengan budak Amier opis boy tempat kerja kita tu?"

Salina: "Mana ada...aku dengan dia xde pape la..pandai2 je ko menjaja cerita!"

Pertanyaan Zizi dianggap sebagai busy body. Apa hak Zizi nak tahu hal peribadi Salina? Cempeng punya kawan! Kain sendiri koyak rabak sebuk nak tahu hal aku plak!! Ko jeles kan? sebab ko xde bf...no life...sebukkkk je nak tahu hal aku!!!

Memang Salina ada skandal dengan Amier dan Salina belum bersedia untuk mengaku dan buat press conference.

Ada kemungkinan yang Zizi bertanya kerana dia tahu sesuatu. Dia tahu yang Amier tu laki orang dan penagih dadah. Duduk selang dua rumah dari rumah mak dia di Kg Bharu.

Memandangkan statement Salina kata yang dia xde pape dengan Amier maka, Zizi x risau lalu mendiamkan diri.



Terpedaya dengan Amier, akhirnya Nana mengandung anak sulung. LOL. Amier yang sudah beristeri mestilah tidak mahu bertanggungjawab an? Ketagihan dadah pulak tu.

Salina meraung macam orang gila. SETAN!!!! SETAN!!! Aku tertipu tertipu!!! 

Kalau lahhhh Zizi told Salina earlier, things could be different an?

Situasi 3

Salina berkawan dengan Rohana melalui FB. Dalam setahun ada la jumpa sekali. Almaklum, sorang tinggal di Pahang dan sorang lagi tinggal di KL. Segala luahan hati diluahkan Salina melalui YM. Chatting sampai ke malam.There's something about Rohana yang membuatkan Salina sangat selesa berbual dengannya. 

Zizi: "Weiii aku tengok selalu mengantuk datang kerja..apa saja yg ko buat malam2 ni?"

Salina: "Aku chat dengan sorang minah ni...nama dia Rohana frm Pahang"

Zizi " Rohana? Macam pernah dengar je nama tu!"

"Rohana Mutalip ke nama dia? yang jongang sikit tu" tambah Zizi.

Salina: "Ehhhh mana ko tau? ko pun selalu chat dengan dia ke?"

Serba salah Zizi nak bagitau. Setahu Zizi, Rohana Mutalip seorang yg pernah add dia dan add semua kaum kerabat Zizi termasuk Neneknya. Kelas ko! nenek Zizi ada FB. Ko ado??? lol.
Setahu Zizi, Rohana ni juga seorang yang kuat PROPA dan ramai dah jadi mangsa penipuannya. 

Sebab 'care' punya pasal, Zizi decided to tell Salina the truth.

Zizi: "Salina, aku bagitau ko...ko jangan marah ya...Setau aku Rohana tu penipu besar...dah ramai kena tipu dengan dia...ko kena hati2 sikit!"


Guess what?

Salina sekali berprasangka. Salina menganggap statement Zizi as DENGKI. 

Tanpa mempedulikan teguran seorang rakan, dia lebih mempercayai rakan cybernya itu. Dia memberitahu Rohana..apa yg diberitahu Zizi. Dah nama pun penipu....Rohana menyerang balas dengan menabur cerita buruk tentang Zizi pula. Zizi dikatakan menjaja cerita kerana dengki dengannya. Katanya lagi, Zizi cering chat dengannya dan selalu memburuk-burukkan Salina.

Berdesing telinga Salina mendengarnya. Akibat termakan hasutan, persahabatan betahun-tahun lamanya musnah. Salina dan Zizi kini bermusuhan.



Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh melepet ke tanah juga. Dipendekkan cerita, Salina tertipu tertipu tertipu lagi.

Tak perlu untuk Salina mempercayai kata Zizi bulat2. Ada kemungkinan Zizi xtahu apa yg dia cakap. Apa kata take that statement as CAUTION dan siasat apa2 yg mencurigakan.

Setelah membaca situasi di atas...apa yg dapat korang simpulkan?

Pelik sungguh sikap Salina yang lebih mempercayai seorang rakan yg xberapa dikenalinya berbanding seorang rakan yang berada di depan mata yg dia dah kenal bertahun2. Sebaliknya melabel Zizi dan jirannya as busy body dan suka menjaga tepi kainnya.

Ya, memang benar. Ada sesetengah rakan atau jiran didepan mata yg lebih jahat! Tapi kita hendaklah bijak berfikir. Apakah keburukannya atau ruginya jika kita mempertimbangkan terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan. Proses dulu data tu dalam otak yg tuhan bagi tu.

Tahu untuk membezakan antara CARE-ambil berat dengan BUSY BODY. Kurangkan prasangka. Think positive dan bijak berfikir. 

* Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Tapi kalau terkena batang hidung tu, ia adalah secara kebetulan. Sila jangan prasangka buruk dengan apa yg ditulis. Jika anda masih berprasangka buruk, jelas sekali anda tidak mempelajari apa2 dari apa yg ditulis di atas.

PS: Lama tak blogging kerana sibuk. Try to write more soon.





10 mulut cakap2 belakang:

Wawa~* said...

lol nice writeups... mmg ada jg terjadi kt diri sndiri... tp bab zizi la... org caya ckp si 'rohana' tu lolol.. kdg2 pn ingt dh knal years boleh pcya..skali? hadooo... hahaha.. mcm2 kisah kan...

FaizalSulaiman said...

this is good writing ray!

ada gak kes mcm kita baik ngan member online/atau space buddy tapi bila kita care sikit, dia kata kita penyibuk. walhal kenal lama dah. mybi dia ambil langkah susah nak percaya orang gaknya..

edzlin007 said...

satu peringatan yg baik ni. bab rakan online tu tidaklah. tapi zaman skrg ni, kadang2 tanya khabar pun dah kata menyibuk. huhu

Pala Maldini said...

zaman sekarang ni.. dah ramai yang bercinta dan bertemu jodoh thru FB..

so, it's up to individu to judge which is good which is bad...

NUke_Rude said...

Amier ya?
dah beristeri... rupanya.
penagih dadah?? hahahahah.

menarik, menarik! hahahaha.

Farazila said...

masyarakat skang tak suka jiran bz body..pastu suka suki wat citer pasal org...

kdg2 ray org yg x rapat n x berapa kenal lebih telus dr org yg kita kenal bertahun2..

[r][a][y] eusouff said...

Wawa...kisah teladan
mcm kisah bangau dan semangkuk air..lol

faizal...
kan? jgn berFB kalo takut sgt orang jaga tepi kain tu...hahaha

[r][a][y] eusouff said...

edzlin...
really? tanya khabar dikatakan menyibuk. itu sudah parah.

xnak ditegur sila duduk bawah tempurung.


pala...

ramai juga yg tertipu & terpedaya.

how good is our judgement? depends la kan...betul3x


Nuke,
nama bini amier ialah Junainah...hahhaa
alahhh yg jual nasi lemak kat depan kolej MAHSA tu..kekeke

ko kenal ke amier tu bro?

Farazila,

Ya lilo..kadang2 bukan selalu.

Alahhh mula2 ok la sbb kita xkenal sgt..dah lama2 keluar la perangai buruk tu.

mIE said...

ye RAY kene lah rajin² update selalu...pasal selina tu nk kene pelangkung sekali tu hehehe

$uNmeloN said...

kekadang masyarakat kita ni mudah salah faham, selalu pikiaq negatif ja... Aduh Salina... kesian kat dia! :)