Sunday, February 6, 2011

ITIK HITAM


Sinopsis
Sebuah syarikat penerbitan drama tari makyong, bakal mempersiapkan Musim baru teater makyong "Ratu Itik Seranti - dengan format 3D".Dengan membuat pemilihan baru  bagi menggantikan bintang lamanya yang sudah uzur, iaitu Primadonat Fatimah Hj Ali. Pemilihan dibuat dengan sangat teliti, bagi memberi gambaran yang lebih tepat. Lagipun, Primadonat Fatimah, telah bolot award berlambak-lambak. Hasil tarian terkedek beliau,yang sangat itik, lagi mengitikan.Watak Itik seranti Hitam dan Putih, adalah sebuah hasil karya agung Megat Eusofe, seorang pengusaha itik air, yang menjadi penulis skrip drama tari selepas kandang itiknya hanyut dilanda Tsunami.

Nora Zabidin (lakunan Amy Portman), seorang penari makyong jalanan telah di pilih, untuk membawakan watak utama bersama penari muda yang lain. Ini termasuk pendatang baru Lolita Latiff (lakunan Nita Kunis). Nora tinggal bersama ibunya yang gila glam dan suka menconteng kertas. Ibu Nora, adalah seorang penari yang gagal di masa lampaunya. Stress kerana tak pandai berdansa, buat ibunya menjadi mental. Dia sentiasa mencuba untuk mengawal sebahagian besar hidup Nora.


Tokeh syarikat penerbitan/pengarah terkenal Hj Suman (lakunan Ray), mulanya amat ragu-ragu untuk memberi watak utama kepada Nora. Hj Suman mendakwa bahawa Nora, lebih sesuai menjadi Itik Seranti Putih..Kerana dia tidak cukup exotic, liar, gatal, miang, jahat bagi memegang watak Itik Seranti Hitam. Saingan Nora, Lolita pula...dikatakan lebih sesuai dengan watak jahat tersebut. Ada kemungkinan, watak itik seranti putih milik Nora mana kala watak itik seranti hitam milik Lolita.

Kerana mengejar kesempurnaan, watak itik seranti putih tidak memadai. Nora mahu kedua-duanya!.Bolot 2 watak, pasti dapat payment lebih.Fame dan Award pun,tak yah nak kongsi berdua.Namun,Nora ternyata kecewa dengan statement Hj Suman yg di siarkan di Melodi. Nora berazam untuk melakukan yang terbaik bagi memegang kedua-dua watak utama tersebut. Nora buat macam-macam benda pelik. Bagi  menarik perhatian Hj Suman dan membuktikan yg beliau sememangnya boleh jadi liar, gatal, miang dan jahat!

Perwatakan Nora mula berubah. Kerana terlalu inginkan watak utama tersebut, Nora menjadi paranoid dan mula marah-marah. Saingan utk watak utama, Lolita dimakinya hanya kerana menempah baju di kedai jahit Mei Ling yg menjadi kedai jahit kegemarannya. Status FB Nora pun semakin mengarut dan pelik. Dari pandangan mata Nora, Lolita sangat jahat dan cuba merampas watak tersebut darinya. Jelas sekali kejahatan mula menguasai dirinya. Bila ada krew produksi yang menegur.Pasti Nora meroyan sokmo.Terus di update twitter, " Jaga kain batik makyong korang sendirikk ".


Suatu malam, Lolita muncul di pintu rumah Nora dan mengajak Nora untuk pergi keluar clubbing bersamanya. Nora yang  pada mulanya enggan pergi, membuat keputusan untuk ke kelab THE BEACH. Nora berubah fikiran sebagai tanda protes dengan sikap ibunya yg terlalu mengawalnya.Mak Nora,yg dah sedia stress.Menjadi lagi tensi,kerana Nora pergi menari di lantai disko..tanpa mengajak beliau.

Sepanjang malam, Nora berjimba. Nora mengambil ubat  batuk cap ibu & anak seterusnya naik HI dan menjadi lebih tertarik pada Lolita daripada laki-laki  lain di club tersebut. Kerana hang over, Nora mula  tertinggal sesi latihan. Seolah2 Lolita cuba memperdayakan Nora seterusnya menggagalkan usahanya untuk memegang kedua-dua watak. Nora menjadi bertambah paranoid. Nora juga mula mengalami gatal-gatal (penyakit kulit),disyaki kurap dan ketuat [Kerana selalu guna kain batik yang sama,waktu sesi latihan]. Makin digaru,makin teruk.Kerana terlalu paranoid, kulitnya dianggapnya mula mengeluarkan sisik.

Dari seorang gadis yg sopan, Nora mula menjadi lebih liar. Sesi latihan yang terbaru memperlihatkan keupayaannya utk memegang watak sesi gelap itik seranti hitam tersebut. Tapi malangnya, Nora sangat paranoid  dan disiplin nya menjadi bertambah buruk. Nora mula berfikir yang bukan-bukan dan mula menunjukkan tanda2 yg bakal mengancam nyawanya. Nora juga meroyan di twitter dan FB.  

Apakah yg harus Nora korbankan bagi memegang watak yg diidamkannya? Dapatkah Nora menaikkan tarafnya dari seorang penari makyong jalanan kepada seorang penari makyong professional?




Q&A 
Ray...Black Swan kan (tajuk asal filem), ialah Angsa Hitam...kenapa tajuknya jadi itik hitam?
Jawapnya, filem ini ditaja oleh Kedai itik gantung Ah Seng. Tiada tokeh angsa mampu nak menaja filem semahal ini.

Siapa yg buat poster tu?
Megat Eusofe yg terbuat. Inspired dari status FBnya sendiri.

Kenapa asyik Amy je berlakun filem merepek u ni?
Amy contract berlakun seumur hidup!

Pengajaran ?
Jangan paranoid sangat dan terlalu mudah buruk sangka, terpengaruh kata orang. Boleh memakan diri sendiri.
Anda akan terperanjat melihat kesungguhan manusia mengejar kesempurnaan!




Watch the film (obviously not ITIK HITAM). Watch the real one! lol
Black Swan is soooooo good!!! two thumbs up!


10 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

this movie creating new name of thriller, kan ray? banyak gila twist and turn dia!

memang betul lah,ada certain part, meremang bulu roma tgk performance natalie portman!!

minta dia menang oscar this year!

[r][a][y] eusouff said...

faizal! true3x

patut menang oscar...

NUke_Rude said...

ya Allah ray....
ray.. ray...
ray.. ray....

AlexAlabasta said...

Serious horror that poster. Seram dowh!!!

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...
i know
hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Alex...

tapi sayang...
itik hitam bukan filem seram
haha

♥Syamelia♥ said...

ray poyossssss!!!!
berlakun seumur hidup la sggt kan...

there are part which really amuse me...
heheheheheee....

great trailer!!!
***clap***

Anonymous said...

I LOVE THIS POST!!!!
IT ACTUALLY MAKE ME LAUGH OKAY!!

HUHU.. THANKS FOR SUCHA LOVELY ENTRY.. :P

- LINA

[r][a][y] eusouff said...

amy portman & lina

glad that u both like it ;)

Effandey Surani said...

ya rabbi ray .

mana datang idea niehhh ! , hehehe