Friday, January 7, 2011

Satu Ketika Dahulu : Gunting Rambut

Antara routine manusia selain mandi, berus gigi, cebok (utk muslim), mencukur (utk lelaki) ehhh lupa plak..woman jugak mencukur jugak! ialah memotong rambut.

Entry ni, ray nak fokus pada memotong rambut masa dulu2. Potong rumput atau species bulu ketiak dan yg sewaktu dengannya...yg tu lain kali lah ya.

Nampak x Bedak Holiday On Ice?..ahaks


Rambut semakin hari semakin panjang. Ini bermakna ia perlu dipotong atau di trim. Kenapa?

Banyak sebab kenapa rambut perlu dipotong atau di trim. Antaranya, supaya kelihatan kemas (rapi), ikut trend dan senang nak jaga agar x rimas.



Masa kecik, ray kena gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut tepi jalan. Kedai buruk je..standard setinggan. The kerusi kat kedai tu reminds me of kerusi tempat duduk kat klinik gigi yang menakutkan tu. Masa tu, mamak tu pun pakai baju putih mcm doktor gigi pakai.  lol. 

Disebabkan x berapa nak tinggi masa tu, kayu diperlukan (sebagai additional aksesori) bagi memudahkan mamak kedai gunting rambut menjalankan operasinya.

Seram kan? mcm kerusi letrik kat penjara tu...hahaha


Yang mengerikan waktu menggunting rambut ialah pisau yg diasah depan mata yang bakal digunakan mencukur bulu (baby hair) di bahagian tengkuk agar kelihatan kemas. (perlu ke tunjuk skill asah pisau depan customer?)

Diberanikan diri. Not so bad la. Cuma rasa geli yg teramat sangat. Bila dah geli...akan bergerak dan bila bergerak kena maki ngn mamak kedai gunting tu.

"Deiiii adekkk! jangan gerak...nanti luka!"




Bila dah gunting kat kedai mamak, jangan harap la nak tunjuk gambar Tom Cruise dan expect mamak tu tiru sebijik mcm tu kan?

Sepesyen je la potongan rambut tu. Dilumur minyak kelapa kat kepala pastu sikat belah tepi. Sebijik mcm rambut Abd Jalil Cruise (my dad). Lepas potong tu, minyak pelaris berangin disapu dibahagian tengkuk. Part tu ray suka sebab rasa lega sangat bila minyak tu disapukan. Ending dia. sesi tepuk belakang (urut). Punyalah kuat mamak tu tepuk sampai bergegar kepala hotak ray ni.

lampu belang2 wajib kat kedai rambut ya


Oleh kerana proses pembesaran jalan (arus pemodenan), kedai mamak tu hilang tah kemana. Tak pasal2 terpaksa menapak 5 km ke kedai gunting rambut yg lebih moden. Kedai mamak jugak...tapi versi moden dan ada benda lampu belang2 tu. Kat sini, advance sikit...ada majalah...boleh baca majalah free sambil menunggu giliran. Lagi satu ada katalog fesyen rambut....ecehhhh excited nieh sebab boleh pilih fesyen apa yg kita nak dan suruh mamak tu ikut.

"Deiii adekkk...mau gunting mcm mana?" 

"Nak mcm ni" (tunjuk gambar yg tak masuk akal)

"OK" sambil geleng2 kepala tanda setuju.

Masalahnya, tak serupa langsung! Sama je dengan mamak2 gunting rambut yg terdahulu. lol. 

bekas air utk basahkan rambut bila nak gunting


Basically, I am blaming the mamak la..for my bad hair day masa kecik dulu. Ada gak my friend yg sebaya yg rambut dia cool giler...rasa mcm nak tanya je...kedai mana dia pergi gunting..tapi malu doe. Jeles sangat! 

Bila rambut dah sikat belah tepi dan minyak yg dipakai SEKATI...maka teramat SKEMA lah imej ray masa sekolah rendah dulu. Bila dah Skema sangat..tidaklah tersenarai dalam list popular pown.

Bila dah masuk sekolah menengah, keinginan nak look different menjadi2. Dengar2 cerita ada salon cina gunting rambut kat bandar Seremban tu. (tetap ada benda belang2 tu) ! Tapi...makkk aiii MAHAL u ols. Tak termampu nak potong kat salon tu! belum campur tambang bas lagi !  lupakan saja.




Perbezaan semasa remaja yg termampu ray lakukan masa tu hanyalah (tetap gunting kat kedai mamak) penggunaan minyak CODE10 yg  telah ditukar ke bentuk GEL. Hebat GEL tu bro! boleh keraskan rambut so boleh bentukkan rambut yg diingini. Tapi kena sendiri bikin la kan!

Masalah lain pulak timbul. Rambut ray ni jenis degil dan lurus. Xmudah nak buat style ke hape ke. Hampeh!!
Selain meyalahkan mamak, ray juga menyalahkan rambut ray yg lurus dan degil tu sebagai punca kepayahan untuk mengikut trend rambut terkini. LOL.

Sudahnya TETAP belah tepi tapi KURANG MINYAK. Cuma sekarang lebih KERAS. Maintain sampai balik rumah. Taufan el Nino tak mungkin dapat mengubah rambutku pada masa itu.


Bila dikenang, kelakar la jugak. Bila ray tunjuk gambar ray masa kecik pada kawan2....first thing yg dorang akan kata ialah "Wahhh sikat belah tepi..SKEMA sungguh!". Tiada pujian yg kata ray ni comey ke hape ke. Dah la kulit itam rambut belah tepi plak tu...COMEY la sangat! ahaks

Akhir sekali ray selitkan gambar cara gunting rambut terkini. Kalau nak kelainan ikut lah. lol





Tak de kerja kan dorang ni? bapak gajah besar sikat yg dia pakai. Motif???




Eh! senyum plak nenek ni lepas tengok gambar tu...LOL

8 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

hahahahaha

gila nice entry ni! suka2:)

masa kecik2 takde pilihan sgt ray.folo ckp ayah,nak2 kalau ayah suh gunting botak.warghhh paling tak suka:)

besa gila sikat tu:PP

Pala Maldini said...

haha!

yang tang asah mata pisau cukur kat "tali-pinggang-kulit" tu memang seram... automatik bulu roma semua naik..

fashalolo said...

Boys je yg ada pengalaman gunting rambut di kedai mamak mcm ni. Pernah pergi pun sekadar sibuk ikut sama my dad and adik2 masa kecik2 dulu. Saje suka2 nak tgk diorg gunting rambut.

Kedai2 gunting mamak ni ada satu bau yg kuat kan. As for me...my mom yg guntingkan rambut masa kecik. Mcm jadi experiment dia pula. Memang nightmare klau potongan tak cantik -.-"

NUke_Rude said...

quite nostalgic entry ni. terus teringat rasa cuak bila ptama kali sideburn tu nk dicukur oleh si mamak tukang gunting!

Farazila said...

ray..tunjuk la pic ray belah tepi..nk sgt tgk cmner ler skema nyer?hikhik...

edzlin007 said...

haha. last sekali saya tgk kedai mamak yg lama2 ni masa sek men. skrg dah susah nak jumpa. nak tgk kena gi time tunnel kat cameron highland. ada semua perkakas kedai gunting zaman dulu.

[r][a][y] eusouff said...

thnks for the comments guys!

Anonymous said...

sape tau mane nk dpt lampu belang2 trademark kdai gunting rmbut? sent msj to yusnikarim_n9@yahoo.com