Sunday, January 9, 2011

Perihal Artis & Wartawan Hiburan di Malaysia

Wartawan dan artis saling perlu memerlukan. Bagai aur dengan tebing. Itulah ungkapan yg sering diucapkan oleh artis dan wartawan. Tanpa wartawan siapalah artis tersebut, dan tanpa artis...xde kerja pulak wartawan hiburan tu pulak kan? 



Kerap sangat kisah peribadi artis diketengahkan atas alasan peminat ingin dan berhak tau. Betulkah peminat nak tau? Majalah dan akhbar laris jualannya bila cerita-cerita sensasi tersebut dipaparkan. Rating program tv akan melonjak naik. Mungkin itu alasan utama mengapa wartawan cuba mendapatkan berita-berita dalam kain artis ke dalam media mereka. Alasan lain, hanya menjalan tugas.



Bukan saja sesetengah wartawan hiburan, sestengah blogger hiburan pun sama. Bagi menaikkan trafik, cerita-cerita sebegini  wajib dipaparkan. Sampai ada yang meredah masuk (skodeng) ke laman sosial  fb/twitter artis tanya untuk tujuan tersebut. Setiap gambar, perbualan diperhatikan. Bila dah heboh dalam internet, wartawan akan memanjangkan cerita  ke media elektronik mereka pulak.

Peminat pulak sekarang pun dah ada kuasa untuk melaporkan (pun dah jadi ala2 wartawan). Ada pengalaman bersama artis yang tak berapa nak elok, tulis kat blog peribadi, hebahkan kat FB & twitter atau sms je wartawan hiburan bagi menyampaikan berita sensasi tersebut.

Bila berlaku pertelingkahan atau rasa tak puas hati antara wartawan dengan artis, wartawan sudah tentu akan menggunakan pengaruh utk mendedahkannya, manakala artis pula akan menggunakan medium sosial mereka menyatakan rasa tak puas hati mereka kepada pembaca. Bila dah luahkan perasaan kat FB, kena balik! lol

Bila ada artis yg dikatakan menyombong dan tak melayan wartawan seperti sepatutnya pun akan jadi cerita sensasi. Alasannya, peminat berhak tau walhal lebih kepada perasaan peribadi yg sakit hati kepada artis atas layanan tersebut. Bila artis barat yang berjuta peminatnya tak melayan wartawan tempatan, tak pulak dijadikan issue besar. Kalau ada pun, sekejap je lepas tu dilupakan.

Tidak dinafikan memang besar pengaruh wartawan dalam kehidupan artis di Malaysia. Jika berlaku satu konflik antara wartawan dan artis atau cerita sensasi panas, biasanya lebih besar tamparannya kepada seseorang artis itu berbanding kepada wartawan yang menulisnya.

Ada juga artis yang sengaja mencari publisiti murahan. Yang ni xleh nak salahkan wartawan! Ya, sengaja kerana any publicity is a good publicity to them. Biar orang cakap pasal dorang dari orang tak bercakap langsung! Tanda kewujudan mereka dalam industri katanya. 

Bila sesuatu cerita disensasikan, janganlah lupa wahai artis dan wartawan...peminat bukan bodoh. Peminat boleh fikir sendiri. Larisnya jualan akhbar atau naiknya rating program tv tidak menjanjikan yg peminat menerimanya bulat-bulat. Kadang-kadang timbul rasa kesian dengan artis kat Malaysia ni. Tak semua cerita yg dihebahkan benar tapi mereka tetap menjadi mangsa. Artis kena tahu hak mereka. Kalau rasa teraniaya atau difitnah, apa yg boleh dorang buat. Biasanya hanya berdiam diri menunggu cerita tersebut surut. Takpun tunggu je sampai mati...baru dihargai dan disanjung. (berdosa mengata orang yg telah tiada tapi lupa pulak yg mefitnah itu juga satu dosa besar)

Menyedari hal tersebut, segelintir peminat sudah mula mengambil jalan menyatakan rasa tidak puas hati mereka di blog atau menubuhkan kumpulan anti wartawan/anti artis yang tumbuh macam cendawan kat FB sekarang ni. Ini adalah antara tanda-tanda awal yang mereka dah mula meluat dengan wartawan hiburan dan artis  di Malaysia ni. 


Unik sungguh hubungan antara artis, peminat dan wartawan hiburan di Malaysia ni kan?. Ya la kan, industri hiburan di Malaysia ni, bukan la besar mana pun kan? Sepatutnya, bila lagi kecil lagi senang nak dijaga. Kalau dah kecil dah terlalu banyak benda remeh...bayangkan bila industri dah besar. Tak semua wartawan dan artis buat hal tapi ianya ibarat disebab nila setitik rosak susu sebelanga. Yang rugi ialah industri hiburan itu sendiri.

Mungkin ada yg rasa tak puas hati dengan apa yg ray tulis ni. Bukan nak tunjuk pandai tapi hanya sekadar menyatakan pendapat. Most of my friends dan keluarga...tak ambil kesah pasal dunia hiburan di Malaysia langsung. To them, it's all rubbish and not  even worth to get their attention. Kadang2 dorang tak kenal pun sapa artis tu...hahaha. What they know is lagu ni sedap, drama ni best dan ianya menghiburkan dorang.  I don't blame them as I beginning to understand why.

Apa pulak pendapat korang?



10 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

Ni mesti dah terlike entertaiment reporter dlm fb tu kan?sometimes depa dok claim wartawan dan artis saling memerlukan.sick of that statement sebenanrnya.nak2 soalan dlm melodi tu. kita yg dengar ni pun panas telinga

analia buyani said...

wartawan skrg lebih b'minat nak heboh2 kan gossip je...diorang ingat peminat akan minat dgn gossip..huh please lah...org skrg dah menyampah la nak amek tahu psl2 gossip nih..

[r][a][y] eusouff said...

Faizal,

sebenarnya lama dah nak write abt it tapi mcm xsesuai utk my blog plak..hahaha.

pasal blog anti wartawan tu..ahaks ray baru found out selepas tulis entry ni..banyak pulak kata2 kesat mengutuk wartawan kat fb tu which ray rasa agak keterlaluan. Buat FB tu bagus jugak sebagai tanda protes tp rasanya kutukan berbentuk kejian xperlu.

[r][a][y] eusouff said...

analia,

betul. ray pun rasa muak. It comes naturally bukan dengan niat. Benda yg keterlaluan dan terlalu kerap memualkan.

Pala Maldini said...

perlu ada "wartawan" yang melaporkan kisah wartawan hiburan.. baru diorang tau macamana rasanya diaibkan..

[r][a][y] eusouff said...

Pala,
hahaha baru balance an?

Ashraff Mokhtar said...

Macam nampak sangat je orang kita ni suke bebeno dengan gosip umpat mengeji tu -_-"

walau apa pun terjadi, ana raffali tetap menang :p HAHAHAHA

ExBanker said...

Akak sama cam family u...tak ambik tau...melodi pun dah bertahun tak tengok...as u said...dah muakkk!!!

edzlin007 said...

saya beli majalah/akhbar part hiburan ni bila ada artis fav aja. tak baca pun gosip remeh. kalau nak baca pun kejayaan luarbiasa artis ke, album/filem baru ke.

keluarga saya pun sama mcm keluarga abg ray aja.

[r][a][y] eusouff said...

hahaha
muak is the word