Friday, January 28, 2011

MyKad Vs ATM Card

Haihh...canggih betul MyKad & ATM card! Ada cip yg membolehkan ianya diBACA atau dalam bahasa omputeh ...smart card that can READ. Jangan main-main ya. Kecanggihan teknologi yang harus kita banggakan.

MR BEAN pun ada MyKad tapi MyKad yg xleh READ


Tapi sejak Puan Sarkonah memiliki MyKad ni, tah berapa kali tah....bila duk cucuk kad tu...katanya tak boleh read. Sebagai contoh urusan di bank.

Suatu petang di  bank terbesar di Malaysia.

Puan Sarkonah : "Cik, saya nak perbaharui kad ATM saya ni....dah terbelah dua dah."

Miss Dina Denial : "Oh! masih boleh pakai ke?"

Puan Sarkonah : " Tu la yg saya heran tu....dah terbelah dua..tapi masih boleh pakai..saya letak cellotape ni ha...sebelum terbelah tujuh...saya nak ganti dulu" 




Bagus kan Puan Sarkonah ni...very the GEDEBAN (advance)...she think ke depan utk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Miss Dina Denial : "Ohhhh..tak jadi masalah puan" " Sila tunggu"

(Tunggu giliran)

Bila tiba giliran Puan S, (malas nak taip nama penuh)

Miss DD : "Maaf ya puan....sistem down....puan nak tunggu ke atau nak datang balik esok?"

(sistem down biasa sangat kita dengar kat bank2 sekarang ni)


Puan S mengambil keputusan untuk menunggu. Alahhh bukan nak buat apa pun...Puan S free sepanjang hari...sebab amik cuti nak buat kad ATM.

Puan S yang menunggu ibarat DOWN syndrome, menunggu tanpa mengetahui bila sistem yg DOWN tu akan UP. Dah masuk 7 kali Puan S, UP & DOWN naik tangga tapi system tak jugak UP UP lagik. perut dah naik kembung minum air teh ais kat kedai mamak bersebelahan bank tersebut.

Puan berdoa kehadrat ALLAH SWT agar penantiannya dipendekkan. Allah maha mengasihani, doanya dimakbulkan. Akhirnya sistem yg DOWN tadi dah UP.

Miss DD : "Terima kasih kerana menunggu..Boleh beri saya Mykad puan"

Puan S malu nak tunjuk MyKad dia..so amik la MyKad Abg Sponge Bob



Puan S mengeluarkan beg tangan COACHnya. Dikeluarkan pulak purse LV dari beg tangan COACH itu dan seterusnya dikeluarkanlah MyKad.

Miss DD mencucuk MyKad Puan D ke dalam mesin pembaca yang serba canggih tu.

Miss DD " Hurmmm...tak baca la Puan" lalu dikeluarkan MyKad tersebut  dan diambil pemadam yang ada gambar sponge bob  lalu ditenyehkan pada cip kad tersebut.

Miss DD "Kita cuba sekali lagi ya!" Selepas dicucuk buat kali ke 2, masih tak boleh dibaca kad iteww.

Miss DD "Masih xleh baca la Puan...kad xboleh baca saya xboleh nak ganti kad ATM puan ni"

"Melainkan puan ke cawangan di mana puan bukak akaun ni"

14 tahun lepas, Puan S membuka akaun tersebut di Kota Kinabalu Sabah dan kini dia berada di cawangan Senawang.

Miss DD memang BIMBO. Agak2 la nak buat suggestion tu kan. Cadangan yg tak masuk akal!

Ini bermakna Puan S ada dua pilihan. Buat kad ATM di Kota Kinabalu (book air asia flight) atau mengganti MyKad nya di pejabat pendaftaran berhampiran. 

Ini juga bermakna, Puan S kena amik cuti lagi utk menunaikan hasratnya untuk menganti Mykad dan Kad ATMnya. Harus diingat, hanya cawangan tertentu yg boleh issue MyKad serta merta.

Soalan cepu emas : Berapa harikah cuti yang harus ambil untuk tujuan tersebut?

Nota: Ada bank yg tidak menerima proses buat kad disebelah petang. 

Sila jawab.

Katakan la, buat permohonan ONLINE utk MyKad (Save one day utk buat kad). Pick up MyKad sebelah pagi....then terus ke bank disebelah petang! Seperti yg ray katakan tadi....ada bank xterima urusan menganti kad disebelah petang. So, dua hari jugak la nak selesaikan urusan tersebut?

Edisi Siasat : Ray pernah ajukan soalan pada seorang kawan yg bekerja di pejabat pendaftaran negara. Soalannya, kenapa la MyKad ni kerap sangat mendatangkan masalah. Jawabnya, kebanyakkan MyKad tak bermasalah sebenarnya, tapi mesin pembaca MURAH yg dimiliki bank tidak berupaya membaca kad dengan baik. Mesin pembaca kad MAHAL di pejabat beliau boleh membaca kad tanpa sebarang masalah. Beliau juga memberitahu Ray, menggunakan PEMADAM spiderman bukan caranya malah lebih merosakkan kad tersebut.

Tiada siasatan dibuat pada pihak bank (belum buat lagi - tak sempat)

Dari pemerhatian Ray, MyKad ni tahan lama tapi asyik xleh baca je...dah jadi kad BUTA HURUF. Kad ATM pulak terbalik...dah patah dua tampal sana sini masih boleh pakai la pulokkk. Haihhh!

Beberapa orang yg Ray kenal mengalami masalah yg sama. Kes terbaru, one of my staff nak bukak akaun bank pagi tadi terpaksa balik sebab MyKadnyatak boleh dibaca oleh pihak bank. My sister pun pernah kena menda yg sama..kalau dikira ada la 10 orang!

Susah bebeno ya. 

Ray pernah pergi ke ASB bukak akaun. Mykad xleh baca tapi still boleh bukak akaun. Siap pakai cap jari u ols. Xde teknologi canggih kad2 bagai. Bukan pakai mesin tau...pakai ink! pastu lap pakai tisu.

One of my staff told me, ada bank dia pergi amik cap jari pakai mesin tapi xleh baca jugak. Last2 salahkan jari dia sebab greesy. Solution : tepek bedak!

Technology is great but biarlah Technology that works! 


PS : Takde kena mengena dengan pemalsuan Mykad yg tertera di dalam blog ini. Credit to google image..LOL

11 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

faizal pernah kena cap jari takle baca guna mesin otomatic kemudian si pegawai bank tu telek2 la muka ni macam la kita ni penipu.hahahaha..

sekali, ghopenye, dia tak tekan langsung:P

word verification: sitam

tetiba teringat karakter ida nerina dlm cite pontianak harum..hahaha

Muhammad said...

buahahahahahahahahahahahahahahahaha
amat 'sesegar tahi' sungguh, posting kali ini.

berguling ketawa waktu membaca.
bauaahahahahahahhahahaha

tulah
kad atm lagi power lagi ID card now.
so how ??

NUke_Rude said...

paling best bila nak buat pasport. stage 1: guna card-reader utk verify cap jari.
stage 2: tenyeh cap jari dgn ink atas borang permohonan...

hhaahha.

[r][a][y] eusouff said...

Faizal,
telek muka sebab kerana rupa sgt photogenic mengalahkan artis kowr...lol

lain kali tampar je muka kerani tu atas kebimboannya.

[r][a][y] eusouff said...

Muhammad,
ahaks..sesegar tahi la sangat! lol

maybank kad skrg kena gosok mcm lampu ajaib aladdin an? hikhikhik

[r][a][y] eusouff said...

nuke,
step 3 : tenyeh cap jari middle finger kat dahi krani tu kalo lambat sangat...lol

bila masuk US, immigration dia ask for utk middle finger utk verification, I wonder why...ahaks

Ashraff Mokhtar said...

hahahaha! acap baru buat IC baru semalam, dicopet -_-"

kena bayor 11 ringgit. sebab pak polisi tu tulis kat report TERCICIR. dia kata kalau report tercicir kena bayor -_-"

Pala Maldini said...

bab cap jari tak leh dibaca oleh pengimbas tu aku setuju.. mungkin sebab dah banyak sangat jari di scan buat mesin tu "gila" agaknya.. ehheeh

Adi Luqman said...

okay. baca post ni sambil gelak tak henti2!

nasib baik i tak gune mykad as atm card. ingat lagi kena tuka mykad sbb imegresen takleh baca kad i..nak buat paspot! menci! seb baik sebelah sebelah je...

edzlin007 said...

hahaha good info. mmg banyak kes mykad takleh baca. teknologi cip ni kekadang nampak menyusahkan pun iya juga.

[r][a][y] eusouff said...

Adi,
kan? after how many years pakai myKad ni...the same problem happen an?

mencikk