Sunday, July 18, 2010

Bukan hari-hari beli

Kisah 1

In search of the perfect furniture...Last sofa was about 12 years ago.

Designer Sofa berbentuk BIBIR


"Tokeh, ini sofa berapa harga?"

Tokeh menjawab, "RM1,200 after diskaun" setelah menekan2 calculator yg keluar bunyinya irritating tu.

"Aiyooo Tokeh...manyak mahat! Kasi kurang laaaa" [ yg aku cakap pelat cina tu kenapa?]

"Aiyakkkk...sudah mulah lorr...Ini designer sofa whoa...important [imported] asat [asal] nya harga aaa lagi mahat !" gitulahhhh tokeh tu respond.

"Tokeh...Don't be like that! More discount please" [ motif tetiba speaking ]

Thursday, July 15, 2010

Kurang Hajo

Entry kali ni ray nak bercerita pasal "Kurang Hajo". Sambil bercerita, ray selitkan imej-imej kurang ajar sebagai gambar hiasan.

Anak sapo la ni?


Seorang nenek datang ke rumah anaknya. Saja je nak menjenguk, melawat menantu,cucu dan bertanyakan khabar.

Bila sampai, cucu buat statement

"Wan datang ni nak apa?"

Terkedu si nenek dengan pertanyaan cucunya. Si anak berdiam diri buat dekkk je as if tidak mendengar pertanyaan tersebut.

Friday, July 9, 2010

Seafood BERSERAH

Ini bukan review makanan. Ia sekadar catatan carutan yg dah lama tak kendengaran di blog ray ini.

Al kisah nak makan malam.


Nak makan seafood katanya. Malas nak bawak kereta. Decided nak jalan kaki ajo from hotel where I am staying. Keluar saja pintu utama, kelihatan signboard restorAn Ikan Bakar diseberang jalan. Teramat gembiranya melihat kedai iteww. Melintas ke seberang jalan yang amat sesak dengan kereta lalu lalang. Kena la melintas jalan. BERSERAH je la.



Berjaya melintas jalan itu dengan jayanya.

Tatkala menghampiri kedai berkenaan, kelihatan ramai orang! 
Berlandaskan kepercayaan tahyul, dimana "ramai orang bermakna makanannya sedap"...semakin yakin utk menjamu selera malam yang buas akibat kelaparan. BERSERAH je la. Harap2 makanan sedap dan ada meja kosong !

Monday, July 5, 2010

Crew Life 23 : Devil wears Kebaya Part 3



Datin Maimon: Excuse me! can you pls pass me my bag? (sambil menunjuk ke arah bag yg ada la 2 meter dari tempat duduknya)

Dalam hati Amy, makkk aii malas nak mampos Datin Maimon nieh...Ini pun nak mintak tulun kaa? Berat punggung kowt...tah2 sindrom sengal tulang sum2.

Datin Maimon : Oh no! Not  this bag. Can I have my LV bag. It's in the above compartment.

Amy pun carut lagi dalam hati....dah nyanyuk ke mak datin ni...letak mana pun tak henggat! Dibuka oleh Amy compartment atas tu....

Tengah Amy nak menarik bag LV tersebut.....KRAKKKKK. Alamak! koyak pulak bahagian ketiak kebaya ketat Amy. Aiyoooooo! Dengan segeranya Amy memberikan bag LV tersebut kepada Datin Maimon lalu bergegas ke bagnya mengambil spare uniform yg dibawanya. Tanpa berlengah lagi Amy terus ke toilet berhampiran utk menukar uniformnya yg koyak itu.

Selepas bersalin baju, sebaik saja keluar dari toilet terperanjat beruk Amy bila dihadapannya ialah Cathy dengan muka bengis sambil berpeluk tubuh.