Wednesday, April 21, 2010

Amy Winehouse Meroyan !


Monday ...11.13 malam. Lokasi, Mutiara Damansara. 
Selebriti blogger pengkritik makanan terSOHOR , Amy Winehouse dilihat meninggalkan sebuah restoren exclusive Jepun bersama pengawal peribadinya.

Nape? Korang x kenal? LOL

Monday, April 19, 2010

Perihal Tahi lalat



Orang dulu2 (including my aruah mak) cukup suka bertahi lalat. Tahi lalat di muka MANIS katanya. Pernah rasa ker? lol

So, basically bila berdandan...my aruah mak akan terangkan tahi lalatnya. Terangkan?

Nie nak terangkan la ni. Maksud terangkan ialah amik celak tu hitam kan sikit tahi lalat tu kasi jelas..kasi terang so lebih obvious. Barulah lebih manis wajah tu bila bertahi lalat. Antara contoh artis yg bangga bertahi lalat ialah supermodel kat bawah ni dan Dato' Syarifah Aini.

Tahi lalat bawak TUAH ke?


Zaman sekarang, kalo bertahi lalat lagi nak cover. STRESSS bila ada tahi lalat...hahaha.Tepek foundation or bedak lebih sikit. Yang nak buang tahi lalat pun ada. lol. Kalo rasa nak buang tahi lalat boleh pergi ke Summit USJ tu...ada kedai buang tahi lalat kat LG floor...hahahaha. Yang pasti... kebiasaan yg ray dengar....tahi lalat yg nak dibuang ialah tahi lalat dimuka. Tak plak ray dengar ada kes nak buang tahi lalat  di lokasi lain seperti dipunggung kiri. Ada ke yg nak buang tahi lalat ditempat tersembunyi yang orang lain tak nampak? kekeke


Saturday, April 17, 2010

What can Dato' Siti Nurhaliza do?

Siapa tak kenal Dato' Siti Nurhaliza kan? Penyanyi no 1 Malaysia katanya...

Ray ada sorang kawan yg sangatlah meminati Dato' Siti Nurhaliza....die hard fan. I always considered her as FANATIC fan tahap meroyan. Everytime she heard Dato' Siti's song, she will go GAGA (basically flip out and demanding people around her to shut up so that she can listen to her song). Padehal lagu tu dah beratus kali diulang dengar kat MP3 dalam kereta dia.



Even worst, she is trying very hard to look like her. The bad news is, she needs major constructions and lots of SIMEN lahh basically. Sebab nak jadi sebijik mcm Siti mcm kes mission impossible, she copied all the way how Dato' Siti wear her tudung and the way she dressed. Sorry to say, after tiru...not even close...

She also believed that Dato' Siti Nurhaliza can do anything.


Monday, April 12, 2010

Arisan Mak Dia


Term Arisan digunapakai sebagai aktiviti bulanan (social gathering) bersama rakan rapat atau saudara mara. Bukan saja berkumpul, biasanya mereka juga akan mengumpul sejumlah wang dan akhirnya duit terkumpul tersebut dijadikan sebagai lucky draw utk mereka yg join. Mereka juga akan secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah bagi mengendalikan aktiviti sosial bulanan tersebut.



Biasanya Arisan  adalah aktiviti sosial dikalangan golongan tertentu seperti mereka yg tinggal dibandar, bergaji besar dan berpangkat. Kaum wanita seperti isteri kpd all the Datuk's, Tan Sri's etc paling ideal dikaitkan dengan term Arisan. 

Tapi term tersebut hanya biasa kendengaran di Indonesia dan bukannya Malaysia. Aktiviti tersebut ada di negara kita cuma tiada panggilan tertentu diberikan.


Friday, April 9, 2010

iTalk uListen ! iTalkWhoa

Now italk.....u listen ( i talk ...you listen) Jangan tukar siaran...anda tidak tersalah masuk blog.

iTalk Whoa ialah portal yang membolehkan kita berinteraksi dan berSOSIAL dengan kawan2 tanpa perlu nak log in ke dalam beberapa website. Kalau 5 website...5 username dan password nak kena bukak~! Nak ingat kata laluan lagi. Pengguna dengan mudah boleh hantar email, check status kawan2 yg terkini, chat, hantar sms dan boleh buat call ke luar negara dengan rate yg sgt murah.



Subject (Mangsa): Cikgu Juli (Si Rabun IT) yang pernah mencipta laman web sosial berangan terhebat “MY FACE”. lol

Cabaran : Nak influence Kak Juli menggunakan iTalk Whoa. Beri penerangan pada dia sampai dia faham. Sebagai seorang Pengetua tadika, Kak Juli seharusnya didedahkan dengan teknologi terkini bagi memastikan beliau dpt berinteraksi, bersosial dengan berkesan. Yang penting ianya akan menjadi sesuatu yg mudah utknya. Al maklum la kan Kak Juli a bit rabun psal IT IT nieh.

Had masa : Dari rabun sampai celik dalam ertikata lain...sampai dia faham. Kasik wash pakai eye more sikit.
Dah ada jalan mudah....mestilah nak cuba kan? So, marilah bersama ray menjalani cabaran iTalk Whoa ni. 


Thursday, April 8, 2010

Blogger Designer Template : Terbaru (In Draft)



Blogger sekarang sedang draft aplikasi baru utk mempermudahkan blogger utk design blog masing-masing dengan sangat mudah. Blogger dah maju !!!! (Tepuk2)

Tak sia-sia loyal dengan Blogspot nieh ! Tapi still in draft sebelum ia betul2 diperkenalkan pada semua.





Dengan aplikasi terbaru ni, xpayah nak susah2 godek html code utk memiliki layout blogger yang sensasi !

Biasanya bila kita pakai HTML code utk layout blog, bila nak tukar selera layout, kita akan ilang data seperti external link etc pastu meroyan mcm ibu hilang anak.  Tapi dengan Blogger Template Designer ni, xperlu bimbang...data tersebut tetap ada tidak diusik.


Monday, April 5, 2010

Karipap Teacher Ayu

Jam 10 pagi. Waktu rehat. Kudapan. Recess. Break.

Makanan yg dibekalkan oleh Ibubapa dikeluarkan. Guru2 memerhatikan makanan yg dibawa oleh si kecil. Ada yang bawak sandwiches, karipap, nuggets, mee hoon goreng, roti dan sausages. Ada jugak yg bawak nasi lemak, scramble eggs dan pan cake. Lebih memeranjatkan ada yg bawak roti canai bersama kuah kari (yg di tapau terus dari warung), nasi lengkap dengan lauk pauk ayam goreng bersama telur dan buah-buahan. Makkk aiii....makan besar!




Terliur jugak tgk makanan yg dibawa oleh si kecil. Almaklum...tak breakfast pun pagi tadi. Guru kemudiannya mengarahkan si kecil membasuh tangan. Selepas semua basuh tangan, si kecil kemudiannya membaca doa makan bersama. Bahasa arab dengan maksud dalam bahasa melayu sekali.

Sambil doa dibaca, cikgu sibuk membuka bekal2 si kecil. Al maklum ada yang dibungkus bagai nak rak sampai susah utk budak2 nak bukak.