Saturday, December 25, 2010

Crew Life 27 : Devil wears Kebaya Part 7



Jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Akibat diperli, hilang selera Amy nak menjamah makanan yang ada. Sebaik saja tamat servis sebentar tadi, lampu kabin dimalapkan dan sekarang terus dipadamkan bagi memberi keselesaan pada penumpang. Lampu kabin boleh diubah-ubah. "Mood lighting" diberi nama. Nak makan, mood lampu mcm ni, masa boarding lain pula mood lampunya. Canggih sungguh! Rumah Amy xde mood lighting ni....cuma ada lampu kalimantang panjang yg terang benderang. Tahi hidung kat dinding pun boleh nampak!

Berada 33 ribu kaki di udara, dalam persekitaran yg terhad memerlukan suasana yg tertentu bagi mententeramkan penumpang. 12 jam dalam kapal, tanpa mood lighting, tanpa layanan, tanpa hiburan, tanpa makanan akan membuatkan penumpang merasa bosan.




Hampir semua penumpang di kelas perniagaan (business class) menukar mode kerusi ke flat bed (condong 45 darjah)bersedia untuk dibuai mimpi. Nyaman sungguh ketika berada di kabin. Amy berjalan-jalan dikabin  bagi memastikan penumpang selesa....membantu mereka apa yg patut. Ada juga yg terkial-kial duk tekan butang tu butang ni sebab nak tukar mode kerusi. Ya la kan, benda canggih..tak biasa pakai.  Ada la seorang dua yang masih mengadap personal skrin menonton filem blockbuster kegemaran mereka. Sunyi sepi kabin, jauh berbeza dengan apa yg berlaku tiga jam yang terdahulu.

Sebab terlalu sibuk, barulah sekarang Amy terasa yg tekaknya sangat kering. Baru dia perasan..rupanya setitik air pun tak diteguknya sejak kapal berlepas. Amy terus ke galley. 

"Amy...makan?" tanya rosley yg sedang makan. "Sila2" jawab Amy maintain courtesy. Disebelah Rosley, Cathy sedang mengaturkan waktu rehat utk crew. Lagi lima jam lebih utk servis seterusnya. Biasanya waktu ni, crew yang bertugas diberi waktu rehat secara bergilir-gilir. Dua jam setengah seorang. Rosley dijadualkan berehat dahulu (1st rest). Selepas tu baru Amy pulak (2nd rest). Cathy juga berehat on 2nd rest dimana beliau bergilir dengan seorang lagi Chief Stewardess yg betugas di First Class. Alamak! Ini bermakna...Cathy akan bersama  Amy sepanjang 2 jam setengah berikutnya.

Hasrat Amy nak meneguk air kegemarannya terpaksa dilupakan. Ini kerana Cathy sedang berdiri dihadapan SU tempat minuman bergas disimpan. Malas nak say "Excuse me"....tunggu je la...Cathy blah karang...barulah boleh minum. Rosley kemudian menerangkan kepada Amy, kedudukan beberapa barang yg diubah utk memudahkan Amy mencarinya kelak.

"Bowl utk Maggi, saya letak kat sini....semua condiments I dah warm up dalam warming cabinet. Maggi pulak belakang SU ni ya..." jelas Rosley.

"Kalau rajin, tolong I susunkan cutleries for breakfast service nanti. Tolong I letakkan salt & pepper on the tray sekali" 

"Cups dalam warming kabinet kalau dah pakai....ganti balik ya...sebab ni cups ni semua for breakfast. I letak cukup2 je"

"Oh ya..jangan lupa sandwiches ada kat cart ni kalau passengger nak"

"Ok ya...I pergi rehat dulu...I see u later" kata Rosley.

"Ok Rosley ...have a good rest" balas Amy. Agak blur jugak Amy dengan penerangan yang diberikan. Bila galley steward dah pergi berehat...ini bermakna Amy have to be in charge of the galley. She needs to know..what is where and how to manage the galley.

The cabin sunyi sepi. In the galley, Cathy opens her bar cart and starts questioning Amy.

"What type of wines do we have onboard?"

"Red & White"

"I said what type!"

Sesi "Are you smarter than your Chief Stewardess?" bermula. If you are able to answer any question given, you will minus one of many points utk your superior carik pasal dengan you...if not....you will be tortured mentally throughout your flight.

Amy teringat pesanan makciknya. Bekas peramugari yang bekerja selama 10 tahun di awal tahun 80an. Katanya, orang akan cari pasal dengan kita kalau kita xperform bila kerja. Kalau lembab dan slow bila kerja memang confirm akan kena TEOW.

Kedua, kalau  xtau pasal hal kerja (secara teori) tentang procdure etc.

Ketiga, courtesy kita kena tahap keluarga bangsawan. If you have an attitude problem...confirm kes cari penyakit.

Yang terakhir ialah kerana muka kita. Kalau orang tak suka tengok muka kau....semua yg kau buat akan jadi serba tak kena. Tepek la bedak seinci kat muka..ianya takkan membawa sebarang manfaat.

Itulah dia empat faktor yang membolehkan, yakni membenarkan orang cari pasal dengan kita. Katanya lagi, nak buang semua tak boleh...nak kurangkan boleh sebab faktor keempat adalah diluar kawalan diri.

Kalau xpandai, boleh belajar dengan lebih rajin. Kalau kerja slow motion...bila dah biasa dan lama sikit  akan menjadi cekap. Sikap kurang ajar, boleh diajar.... tapi kalau muka ko orang tak suka....xboleh buat apa dah. Confirm akan kena jugak!!

Dalam kes Amy VS Cathy ni, sah2 Cathy x suka tengok muka Amy. Kerja Amy slow sebab still new. Now, kena tanya soalan plak...banyak xleh jawab pulak tu...dah 3 faktor dari 4.  Cuma Amy x kurang ajar je lagi...

Amy budak pandai. Top student in her batch. Entah kenapa tiba2, semua data dalam processor hotak Amy tidak berfungsi. Kena serang virus Cathy. Everything went blank. She have not eaten, tired, stressed....awal pagi plak tu (jam almost 4am). Antara alasan yg bermain dalam kepala Amy for not able to answer Cathy's questions.


Pandangan mata Cathy sudah cukup untuk menyatakan "you don't deserved to be a good cabin crew". Sambil bertanya dan mencekak pinggang, Cathy meneguk air lalu tersedak dan terbatuk2 kesakitan.

Padan muka kau Cathy! Tapi itu hanya imaginasi liar Amy. She wished that Cathy tersedak masa meneguk air yg diminumnya so that her suffering will end.

Selepas sesi soal jawab tamat, Amy yg sangat dahaga ..memberanikan diri utk membuat minuman...nak buat MILO ES !

As courtesy, she makes two. One for her and another one for Cathy.

"Cathy, I made MILO ice for you" pelawa Amy.

Sambil menjeling melihat Milo yang dibuat "Look at the color jer..I dah tau tak sedap!!!" balas Cathy.

" by the way..I xminum Milo!!! Next time ask first" tambah Cathy.

"owhhh ok...sorryyyy" jawab Amy dengan nada yg sangat perlahan.

Cathy went downstairs to the main deck. Nita, crew frm main deck naik ke atas.

"Haiiiii. Amy...are you ok?" tanya Nita sambil memegang bahu Amy.

Sebak Amy dibuatnya dengan pertanyaan Nita tu. Something that she needs to hear after what she have been through sebentar tadi.


To be continued...





6 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

sambung lagi!!!

sian Amy...

Pala Maldini said...

panas... panas!

ce cite lagi.. ce cite.. ce cite..

fashalolo said...

Cepat cepat sambung ray...
Tak saba ni =)

FaizalSulaiman said...

wargghhh
sambung ray, sambung!hehe

edzlin007 said...

kasihannya pada amy. abg ray...next! hehe

Adi Luqman said...

yey..dah sambung...best2..suke part die imagine cathy tersedak2...i pun leh imagine skali..ahaks!