Tuesday, November 9, 2010

Antara Tampar, Lempang & Pelempang Jepun



Korang pernah kena tampar? (SLAP)

Tak pernah? Tahniah. You must been doing something right as no one actually slap you yet. Keep it up.
Pernah tampar orang? LOL
Pernah rasa nak tampar orang? 

Tampar menggunakan satu bahagian anggota badan iaitu tapak tangan. Tampar menggunakan kaki bukan tampar namanya. Kalau guna kaki ia dipanggil sepak (saypak) , lain kali ray cerita pasal sepak...kita tumpukan bab tampar dulu. Bahagian yang ditampar pula biasanya ialah bahagian muka. Pernah korang dengar tampar perut? telinga dan tampar lutut?



Tampar ni biasanya digunakan antara dua jantina berbeza sebagai contoh isteri tampar suami, girlfriend tampar boyfriend dan kakak tampar adik lelaki. 

As you can see, kebiasaanya perempuan tampar lelaki. Kerap sangat kita tgk dalam drama TV kisah tampar2 ni. It's ok for girl to tampar muka lelaki. Tapi ada jugak lelaki tampar perempuan, cuma lelaki tersebut akan dilabel dayus for doing such a thing. Ada kawan ray ni kata, perempuan ni...nak dilayan sama rata (equality among genders)...apa yg lelaki nak...perempuan nak jugak, tapi part kena tampar dorang xnak plak.....equality kah kalo lelaki je boleh kena penampar? Katanya lahhh.



Kalau lelaki tampar lelaki...aiyomakkk kurang sesuai sangat la ya..agak kurang macho disitu..Ahmad marah kat Amin sebab rampas girlfriend dia. so dia tampar muka Amin. Tak kena sangat kan? lelaki tak tampar lelaki, lelaki akan tumbuk lelaki. Tapi kalau kes bapak tampar anak lelaki dia.....kira ok la....tak pernah dengar lagi bapak tumbuk anak sebab kurang ajar...wakakaka

Perempuan kalau tampar another perempuan dikira OK jugak. (first defense action for perempuan) rasa xsecure tampar muka org lain....Kalau tumbuk lain pulak ceritanya... x ladylike la kan?..Nak jadi perempuan melayu terakhir, paling garang pun tampar orang je! Kalau cakap pasal cara lain perempuan defense diri ialah dengan cara menarik rambut lawannya. Don't get me started pasal tarik menarik rambut plak...lol

Tampar ni actually, a very gentle gesture jika dibandingkan dengan adek beradeknya yang lain seperti lempang, tujah, sepak & sekeh. Tampar nak bagi sedar bukan untuk menyakitkan. Kalau orang tu pengsan pun, biasanya akan tampar sikit muka tu (access condition) bagi sedar sebelum proceed check pernafasan dan seterusnya CPA. Kes tak sedar diri pun (lupa daratan) pun paling terhormat kita tampar je.

Lempang, kira jahat sikit la...kuat sikit dan hanyunan maksima sikit. Impak pun kira maksima la jugak. Macam kat asrama tu...kurang ajar je junior...senior bagi pelempang sekali....tak pernah lagi dengar kes junior kena tampar...lol. Obviously the intention tu yang membezakan antara tampar atau lempang.

Pernah dengar istilah Penampar Jepun? kat mana letaknya kedudukan penampar jepun jika dibandingkan dengan tampar dan lempang? 

Bagi ray, penampar jepun sama je ngan pelempang.

Kelas kan? penampar pun boleh dilabel ikut negara. Dalam banyak2 negara, kenapa tampar dikaitkan dengan Jepun? Pernah korang dengar penampar Bulgaria? dan Amerika?

Penampar India? Apa ? ada? Dalam drama tamil agaknya.



Penampar jepun mendapat namanya dizaman pemerintahan Jepun di Malaya satu masa dahulu. Askar jepun akan memberi tamparan mereka dengan swing yg amat dasyat sekali sehingga bergegar kepala otak yang kena penampar tu. Swing 180 darjah. 

Ok..mesti korang nak tau...pasal ray dan tampar-menampar ni.

Pernah ray kena penampar jepun? Tak pernah. ray tak kenal anyone from jepun. 
Pernah kena lempang? Jawapnya pernah sebab buat bising kat asrama. Satu dorm memekak tah kenapa (tak ingat sebab apa). Seniors tu panggil malam tu lepas light out dan satu dorm kena lempang...huhuhuhu

Pernah kena tampar? Tak. Pernah kena tamparan wanita je - bukan secara fizikal (mcm lagu kumpulan elite tu). Tamparan yang hebat, setelah ditinggalkan...kekeke.

Pernah ray tampar orang? Tak. Tampar bola adalah. Main bola tampar (volleyball)

Ada juga sesetengah perempuan yang jenis suka sangat nak lempang muka orang. Bila marah je..nak lempang! tapi dia lupa...orang lain pun ada tangan jugak...tangan yang boleh melempang muka dia balik...hahahah maka beringatlah!

Panggggg!!! Rasakan!!! Faridah menampar Aminah. (dengan mode sangat berpuas hati)

Panggggg!! Aminah membalas. (dengan mode padan muka ko)

Faridah terkejut dengan mode tersedar yg orang lain juga mampu menampar dia jugak. Baru disedari, menampar bukan hak mutlak dia sorang...(sambil berlari ke bilik menangis  dan menerkupkan muka ke bantal)

Rasanya, sekarang korang faham beza antara penampar, penampar jepun dan pelempang. Korang juga dah tau kegunaan dan kesesuaiannya (bila nak buat, siapa dan perlu ke x) hahaha.

Ray..... kenapa tetiba je tulis pasal menda ni? Agak2 korang?

PS: Sekarang ni...bila kena lempang boleh saman kat mahkamah. Bila rasa2 nak kena tampar, dapatkan saksi...hahaha


13 mulut cakap2 belakang:

Pala Maldini said...

eh, ini definasi kamus dewan ke ?

rasa2nya penampar dengan pelempang sama saja makna nya..

lain lah kalau tampar manja.. tak kuasa!

[r][a][y] eusouff said...

Ikut kamus dewan

tampar
1- pukulan dengan tapak tangan (tepuk dengan kuat)
2- Sejenis tumbuhan (sepetir)


melempang
1- menampar dgn kuat / menempeleng

pernah ada soalan peperiksaan yang ada pilihan jawapan antara menempeleng dan menampar.

so ray rasa ada perbezaan antara dua perkataan tersebut.


Ada pandangan lain?

FaizalSulaiman said...

apa2 makna dua2 nih tetap sakit.hahaha

pernah kena masa sekolah dulu.

edzlin007 said...

saya pernah tgk ada ibu ini menampar belakang badan anaknya bila anak tu nakal. err itu dipanggil tampar juga kan? tapak tangan

[r][a][y] eusouff said...

Faizal...

hahahaha
kira samalah tampar dan lempang tu sebab dua2 pun menyakitkan...gitu? hahahaha


Edzlin...
kalo ikut kamus dewan...(komen di atas)pukulan dengan tapak tangan dikira sebagai "Tampar"

bolehlah guna tampar kaki, tangan, muka, belakang dan sebagainya...cuma kita dah terbiasa dengan drama tampar pipi je...hahaha..tampar menda lain dirasakan pelik.

Pala Maldini said...

menempeleng tu apa pula ?

kalau 'back-hand' dipanggil apa pula ye ?

hehe.. sampai bila2 tak abis.. keh3x

sorry, dah macam kelas bahasa la pulak..

bottom line nya.. kalau kena, semuanya SAKIT!

Ku Adalah Aku... said...

experience???...

yup...pernah kena lempang...2x in my life...

pertama masa muda2 (sekarang pun muda)...kena lempang dgn cinta lama....hahaha...

kedua dengan along sebab ternaik suara...hahaha...

pengajaran...terlalu banyak untuk diolah...

tapi nak juga rasa mcm mana nak lempang/sepak/tempeleng....orang....hahahaha

iyllienaz said...

haha..curious jap nape entri pasal tampar lempang ni boleh muncul..mesti ada sebab ray tulis ni..haha

Wawa~* said...

LOL.. aiyomak ray.. bgitu mendalam crita ttg pelempang n penampar ek... i pun pnah kna... tp x sure penampar or pelempang... rasanya pelempang kut, sbb smpai terpelanting dr diri smpai terjatuh kt sofa - jarak lbih kurang 0.5 meter dr kawasan lempangan. hahahaha...

[r][a][y] eusouff said...

pala...

backhand...? sepak

sekali sekala cakap buta kelas bahasa..hahaha


Ty...
makk aiii
sampai 2 kali
hahahah


iyllie...
hahahah
yup bersebab tapi bukan sebab ray baru ditampar dan menampar org

[r][a][y] eusouff said...

wahhh..wawa
lepas kena lempss..terus amik measurement tape and ukur jarak

wakakaka

wahida said...

saya pernah terlempang adik masa sekolah menengah dulu..terus kena marah ngan mak...huhuhu...

Farazila said...

lilo suka ungkapan lempang...
coz selalu terkeluar dr mulut lilo..
tp x penah la lempang org x tentu pasal..

:P

"kang ku lempangkan"