Thursday, October 14, 2010

Misteri kotak Sanita

Let me warn you.. This entry might not be suitable for you. If you offended by it...it's your own fault as i already warned you.

Sebagai anak lelaki seawal usia 5 tahun lagi, kerap kali disuruh ke kedai. Nak beli itu dan ini, pesan aje pada  budak laki2 ni....




Mak : Boy!! beli sekotak Sanita. Pastu beli sekali sabun basuh kotak FAB. Tulis dalam buku tau.

Al kisah dulu xde kredit kad kan...so nak beli barang main tulis je dalam buku tiga lima...buku kecik yang ada no 555 kat cover depan buku tu.



Boy : Achikkk...nak kotak Sanita satuu...dan nak kotak sabun FAB sekali....mak kata tulis dalam buku.

Kotak Sanita diambil dan dibungkus rapi dengan kertas surat khabar dan letak getah, kotak sabun FAB tidak dibungkus pun..main letak dalam beg plastik jer. Pelik dan heran dibuatnya. Bersusah payah achikk tu bungkus.

Dah berpuluh kali beli kotak tu, dan setiap kali beli mesti kena bungkus ngn kertas suratkhabar. Apakah? Terus memberanikan diri bertanya kat mak. Mak cakap "hadiah utk kakak"

Dalam hati...hadiah apakemenda every month dapat. Haiiii mak den ni..kokya pun nak kelentong...agak2 laaa..
kalau nak bagi hadiah pun...xkan menda yg sama...tak ke bosan?


Kotak Sanita ni warnanya kuning dan hijau.....ada gambar bunga2. Cantekkkk packaging nyer. Apa kejadah nak bungkus bagai.  Bila digoncang, mcm ada menda keras dalamnya. Nak bukak tapi kang jadi satu hal plak nak tampal balik.

Misteri betul kotak Sanita itu.

Gambar didepan biasanya membayangkan isi didalam. So, kalo gambar bunga...ada bungakah di dalamnya? or bijik benih? Kadang2 rasa mcm JAJAN pun ada juga terlintas dalam fikiran ni. Pada masa yang sama, all my sisters ada pergi kedai tapi kenapa dorang xbeli sendiri? Kenapa mesti ray jugak nak kena pegi beli.

After few years (masa tu umo 10 tahun) jadi agen penghantaran kotak Sanita (direct selling) I heard frm someone yang Sanita ni khas utk wanita - perempuan je boleh. Lagi la curious dibuatnya.

Then, ray realised ada word SANITARY kat kotak dan dengan gigih ray google kat dictionary. (masa tu TENET xde lagik).  The dictionary says that "Sanitary - adjective - of or concerning conditions or arrangements that encourage good health" dan " free from dirt and germs"

Whattttt? Even after referring to the dictionary, I still couldn't fully  understand  what it means. I understand that "dirt" is habuk and "germs" is kuman. FREE plak tu....PERCUMA habuk dan kuman? Apa kejadah nak beli habuk dan kuman? kena balut ngn kertas sokhabar? dan hanya perempuan je yang beli....APAKAH?

Misteri terungkai apabila a best friend of mine told me that it's a sponge yang akan dipakai oleh perempuan. Sponge? Pakai sponge buat apa?

Then he explained further, "Ala mcm pampers la!" Apa kes perempuan pakai pampers plak. Tak malu ke dah besar2 pakai pampers lagi...detik hati ray pada masa tu.

I understand at that time that my sisters malu nak admit yg dorang still need a pampers so that's why the kotak need to be wrap nicely. LOL. Bila ray form 1 baru ray faham girls condition with their period and all...hahahaha.

Masa dulu, kena discreet  bila  nak beli Sanita ni. X mcm sekarang, where you can simply get it on the shelves....xpayah nak bungkus2 kat kertas bagai.

Sanitary napkins zaman moden



Masa ray jadi cabin crew, ada la sorang chinese steward ni making a joke.

Al kisah seorang lelaki  yang telah mati and jumpa GOD. His previous life, he is a serial killer and love to hurt people and excited tgk blood. God beri peluang dia utk re born semula ke dunia. God ask him...you nak jadi apa?

I nak jadi apa2 pun tak kesah...I nak jadi things that is alive, can fly and suck blood. Katanyerrr.

So, God send him to earth as MOSQUITOES. (boleh terbang and suck blood)




Tengah syok isap darah manusia, PETTTTTTTTT kena tepuk dengan tangan manusia and terus MATI.

Here he goes again jumpa GOD. God kata that dia akan bagi another chance..last one. He was asked to think carefully what he wants. He decided to be something that is not alive (tak bernyawa), have wings and suck blood.

Agak korang this guy jadi apa? Something that is not alive, have wings and suck blood.


SANITARY PAD.


At first I couldn't get the joke. I want to laugh but I can't. I don't understand the part yang ada WINGS tu. Sanitary pad got wings mehhhh? hahahaha

Again another mystery need to be solved. WINGS for what?

PS: Ada lagi ke KOTAK SANITA ni dijual di kedai?


16 mulut cakap2 belakang:

Ku Adalah Aku... said...

Ya Allah Rayyyy..sakit perut dennn....

hahahahahaha
kah kah kah kah kah....

p/s:wings tu bagi mengelakkan panties tu diserang dirk and germ....hahaha...so lebih bersih...

adohaiii...sakit perut baca...

Cik Miza said...

muahahahahah... nak gelak je..
kalau agak xpaham bout wings tu, try perati && tengok betul2 iklan pad yang dah melambak2 kat tV..

FaizalSulaiman said...

hahahahahahahhahahaha..aduhaii thanks ray,,again you make me smile sampai telinga gelak kuat2.

u wonder tak sekarang iklan sanitary pad ni banyak dalam TV. terbuka sekarang neh..

"tirus di depan, berbelah di belakang" LOOOL

$uNmeloN said...

hahahaha... aku pon dulu curios jugak nak tau, pasai apa depa bungkus... hahaha...

my pink diary said...

cerita pasal sanita nih teringat my lil bro..kecik2 dulu..dia ada hobby lekat sticker kt dinding umah..nk jadik citer..one day nih..my mum carik sanita nih..carik2 punyer carik xde..pastu tanya kitorg yg pompuan..kitorg kata x amik..then carik dalam bilik my lil bro..habis satu kotak..dia tampal kt dinding bilik dia..adesss...dia ingat mende tuh sticker..lagi haruuu..pening sungguh..

Pala Maldini said...

betul.. betul. Aku kecik2 dulu pun jadi despatch untuk beli sanita.. memang akan dibungkus dgn surat kabar.. till today, I still wonder why ?

iyllienaz said...

hahaha..lawak ok cite ni ray..sampai now ni ray dah phm lum nape ada wings??haha

[r][a][y] eusouff said...

Waty...
kelakar ek?
hahaha
igtkan sendiri baca sendiri gelak.


Cik Miza,
got it....hahaha

why 'wings' ? because it looks like a wing..right?
hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Faizal,
i saw that ad as well. its so funny kan?

sanitary pad tak lah begitu misteri lagi skrg

misteri dah terungkai..kekeke

[r][a][y] eusouff said...

Pala Maldini..
I wonder why too. Secara logik...katanya sbb they sort of want to be descent lahhhh agaknya.

Nak sembunyi kunun...At the same time, bila dah berbungkus suratkhabar terus org dah tau apa isinya..kan? apa lagi menda berkotak yg kita beli kena bungkus dengan suratkhabar kan?

hahahah

[r][a][y] eusouff said...

$unmelon,
depa malu kowt..chek lagi malu bila dipergunakan sebagai alat...hahaha

[r][a][y] eusouff said...

my pink diary..

LOL. that's funny! Imagine deco like that on the wall. hahaha Kreatif betul adek u too.

ray selalu jumpa plastik panjang2 yang diremovekan kat sticky part tu..x igt what i did with though..wakakaa

♥Syamelia♥ said...

rayyyy rayyy...
sanitary pad leh jadik bahan...
sggt kelakar...

edzlin007 said...

hahahaa penat tahan gelak baca posting abg ray ni.

masa saya sekolah rendah zaman 90an, pekedai dah tak balut dgn surat khabar, tp masa tu letak dlm beg plastik hitam. skrg je dah open. beg plastik lutsinar saje

[r][a][y] eusouff said...

amy...
apakah pengalaman sanitary pad anda? hahaha


edzlin...
tokeh kedai dah malas nak balut...hahaha
byk kerja
kikikiki

Aina Hanani said...

Sakit perut baca pepagi buta. Apa jadahnya abg Ray? LOL XD