Wednesday, October 27, 2010

Doa sebelum majlis




Setiap majlis biasanya akan dimulakan dengan DOA. Doa agar perjalananan majlis berjalan dengan lancar dan agar diberkati olehNya.


Bayangkan...

Majlis tari-menari dengan tema pakaian pelbagai. Ada yang pakai jadi Cinderella, Snow White, Zorro dan macam-macam costume khayalan. Yang DRAG pun ada. Yang pakai seksi jangan cakap laaa kan.

Majlis juga ada persembahan nyanyian artis dan tari menari.

Persoalannya, sesuai atau tidak majlis tersebut dimulakan dengan doa?

Bayangkan Cinderella, Snow White dan beberapa wanita berpakaian seksi menadah tangan sebelum majlis. Tak ke KEKOK rupanya?





Cakap pasal kekok...teringat ray pada live telecast pada satu ketika dahulu. Sedang ustaz membaca talkin, TV fokus pada seorang wanita menadah tangan. Tangan yg jari jemari nya penuh dengan cincin lip lap lip lap berlian sebesar penumbuk hahaha. Agaknya bila dia nak amik wuduq...dia akan tanggal satu persatu cincin ditangan dan lepas wuduq sarung balik cincin tu satu persatu.

My reaction masa tu...OMG! okward and takkk sesuaiiii langsung. agak2 la bila nak pakai cincin berlian ko tu.

Alkisah dalam pesawat plak, seorang juruterbang beragama islam...memulakan penerbangan dengan doa di sistem PA dimana keseluruhan kabin mendengar doa tersebut. Tindakan itu mengundang rasa panik penumpang yang bukan beragama islam. Dah la masa tu baru je...beberapa bulan selepas tragedi September 11.

Akhirnya, penumpang2 ni membuat aduan dan juruterbang tersebut diberikan amaran keras agar tidak mengulanginya lagi.

Satu contoh, doa yang tak kena pada tempat. Rasanya, tak perlu berdoa dan diperdengarkan kepada semua penumpang. Cukup hanya dgn berdoa di dalam cockpit shj.

Ray juga pernah menghadiri majlis pelancaran yang tidak dimulakan dengan doa. Soksek soksek mulut tetamu mempersoalkan..kenapa tiada doa utk memulakan majlis. Ada kemungkinan pihak penganjur merasakan majlis tersebut tak bersesuaian utk dimulakan dengan doa. Sebab ada persembahan artis selepas tu.

Buat salah..tak buat pun orang mengata jugak. Habis camno?

Bayangkan anda sorang event planner. Adakah anda akan memulakan majlis tersebut dengan doa sekiranya anda merasakan ia tidak bersesuaian?

Apa pendapat korang?

5 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

pernah satu kejadian majlis pra graduan faizal masa final year diploma dulu. tema: road to the red carpet and ada afew girls pakai tiub saja.oh my..

my fren masa tu ditugaskan utk membaca doa.

memang kekok tengok gigirl ni tadah tangan mengaminkan..

habis baca dia beritahu.

"aku skip part ya Allah ampunkan dosa kami tu. Tak sesuai tgk depa pakai lagu ni"

depends on situation sebenarnya, ray.

Pala Maldini said...

Pada hemat aku, kita mulakan saja apa2 majlis dengan doa.. tak perlu lah panjang2.

kalau audient pelbagai.. baca doa dalam bahasa melayu je.. atau kalau pandai, bahasa Inggeris..

Baru diorang boleh appreciate..

Aku belajar dalam ISO 9001, sebagai auditor kita perlu hormat pada culture sesuatu tempat tu.. walaupun kita tak berkenan. In case of orang Islam, as long as tak melanggar syara'.. why not ?

Anonymous said...

islam ni the way of life..bukan main tang mane suke ambek guna pakai,yg xsuke tolak tepi...

time nk mula majlis kite doa(part 2 elok dah la,sebb memg dituntut dlm islam apa2 perkara pun elok dimulakan dgn berdoa), tapi dah kalau lepas tu ade lak dok menari bergencot sakan,dgn xtutup auratnye,kn dah namenye ambik islam nie sekerat2 je..samalah jugak dgn org nk minum arak.tapi die baca bismillah.pelik x?

nak berdoa boleh,tapi yg penting agak2nye mustajab x doa dalam majlis2 gitu?
bagi yg menganjur plak,kalau nk buat majlis elok,ade mula dgn doa,tulis je dalam kad jemputan tu atau inform bgtau pakaian formal atau lebih tepat lagi pakaian menutup aurat,kn seng cite..jadi sume org faham..

[r][a][y] eusouff said...

guys...tnks for yur comment.

appreciate it...

edzlin007 said...

Hmm susah juga ya.. saya setuju dengan Pala Maldini.

pada saya, majlis apapun boleh baca doa, cuma tak perlu panjang terutama kalau ia bukan majlis yg majoriti umat Islam.