Monday, September 6, 2010

Lebaran Desa - Beramal Sambil Menderma

Salam satu Malaysia. (walauweiii)


Seorang pakcik yang mengidap penyakit  buah pinggang terpaksa berulang alik tiga kali seminggu utk rawatan. Setiap kali sesi rawatan yang mencecah ratusan ringgit, mengambil masa hampir 4 jam dan beliau terpaksa mendapatkan rawatan tersebut dikawasan yang agak jauh dari kediamannya.



Tanpa sebarang pendapatan tetap, bayangkan penderitaan yang harus dilalui oleh pesakit yang tidak berkemampuan.

Di Malaysia, atas keprihatinan pihak tertentu, nasib & penderitaan pesakit tersebut terbela. Kos rawatan beliau ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor. Pengangkutan utk rawatan turut disediakan secara berterusan.



"Kalau tak dpt bantuan, x tau la mcm mana nasib pakcik...mungkin dah xde lagi didunia ni" luahan hati pakcik ini yang amat bersyukur dengan bantuan yang diterima.



Sesi pertemuan Dafi dan pakcik tersebut yang sepatutnya hanya berkisarkan penderitaannya, sebaliknya tidak hanya meluahkan kepayahan tetapi turut meyatakan rasa kesyukuran dengan bantuan pihak Lembaga Zakat Selangor membantunya.



Seorang makcik berkeluarga besar yang kehilangan suami sejak beberapa tahun yang lalu menitiskan air mata dengan kehadiran kami. Menitiskan air mata kerana terlalu gembira dengan bantuan yang telah kami berikan. Keluarga makcik tersebut menerima bantuan dari PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin). Sebuah rumah telah didirikan untuk makcik sekeluarga berteduh bagi meringankan beban yang terpaksa dipikulnya bagi membesarkan anaknya yang ramai.



Rasa amat bersyukur kerana rakyat termiskin di Malaysia mendapat perhatian yang sewajarnya. Bukan cerita dongeng utk menyedapkan telinga mendengar tetapi kisah benar yang jarang kita perkatakan.

Walaupun mereka miskin tetapi mereka kaya dengan budi bahasa. Walaupun serba kekurangan, mereka tetap menjemput kami utk berbuka puasa bersama. Malah ada yang menjemput kami utk datang beraya bersama mereka."Kalau senang dan ada masa, jemputlah datang rumah makcik".

Dafi sampai jatuh cinta dengan budi bahasa mereka. "Rasanya mcm nak bawak balik je makcik2 yg comel tu" kata Dafi.

Begitulah serba sedikit cerita dari lima keluarga yang kurang bernasib baik di Kampung Bukit Kuching, yang kami kunjungi utk memberikan sumbangan yang telah berjaya kami kumpulkan bagi memeriahkan hari raya mereka tahun ini.

Singgah sebentar ke Bazaar Ramadhan Kg Bukit Kuching sebelum berbuka



Besar ertinya  kepada mereka dengan tanggungjawab kita membayar zakat serta membantu mereka dengan apa yang terdaya. 

Kadang-kala kita cepat mengeluh, segalanya amat sukar....tetapi kita lupa ada orang yang lebih susah dari kita. 

Kadang-kala terasa amat berat dihati kita untuk memberi sedikit sumbangan. Tidak akan papa dek sedekah tapi masih ada yang tetap berat hati utk berbuat demikian. Kononnya, "alah...orang kaya ramai...mintak lah duit dengan orang kaya tu" . Cepat sangat menuding jari sebagai alasan utk tidak bersedekah. 

Dalam dunia ni, setiap manusia ada bahagian masing-masing. Mungkin kita mampu, dianugerahkan rezeki tetapi dengan kesenangan itulah kita sebenarnya diuji. Adakah kita ingat akan kesusahan dan kepayahan orang lain?

Lebih menyedihkan, bila ada ruang lain selain wang ringgit utk membantu...seperti menggunakan kudrat yang ada untuk mengumpulkan derma, masih liat utk berbuat demikian...banyak alasan...banyak keluhan...."alah susah lahhhh nak kutip2 derma ni". Belum lagi mencuba tetapi telah mengalah sebelum tiba waktunya.

Gituhlahhhh...sangat melodrama entry ray kali ini.

HQ-rumah Pak Imam


Tak sabar rasanya utk bersua muka dengan lima keluarga ini sekali lagi dalam satu majlis hari raya yang akan dianjurkan kelak. Kepada pembaca blog ini yang ingin menyertai majlis tersebut bolehlah menghubungi ray. Pengangkutan disediakan. Satu bas rombongan cik kiah akan berlepas dari KL SENTRAL. Destinasinya sebuah kampung ditengah sawah bendang di Tanjung Karang. Bayaran utk menyertai kami cuma RM60, termasuk kos pengangkutan ke destinasi (pergi balik). Bayaran  tersebut juga akan menyumbang bagi membawa lima keluarga kurang bernasib baik  tersebut ke rumah terbuka tersebut. Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.

Berapa haribulan? 2hb Oktober bersamaan hari Sabtu.

Pls join me and Dafi to a different level of experience and excitement celebrating Hari Raya this year. I promised you that nothing is more rewarding than the experience that you are about to experience. Join us.


7 mulut cakap2 belakang:

Ku Adalah Aku... said...

as salam...

nice entry ray...touched giler...
simple but padat....no wonder lorr..

anyway...thanks for ur guide...kami semua dipandu oleh driver yg berpengalaman....hahaha...

hope tak serik dgn karenah kami...

and tak lupa pada kak amy...menceriakan....love u all...

♥Syamelia♥ said...

great entry!!!

well some ppl.. i fact most ppl (inc myself) would rather spent money on sumthg else but charity...
bila dah pg, baru la dpt rasakan dat ramai susah n need help...
even a single cent, may mean a lot...

it was a wonderful experience, lain dgn activity dfc sebelum ni...

ps:
apalah yg diriku ceriakan, waty?
-- luv u 2....

Qarl said...

2nd Oct @ Tg Karang?

InsyaAllah Ray

i'll update u later...

well, two thumbs up for Dafi & DFCs

*clap*clap*

FaizalSulaiman said...

nice entry ray.
apa yg ray ckp tu betul sgt. tak papa kalau sedekah. saluran kena betul dan niat mesti dengan ikhlas:)

faizal pernah pergi rumah anak yatim back in 2004, dengar cerita mereka..sangat sedih.kena dera masa masih tinggal dengan penjaga. tanyalah kat sorg budak tu, "dik, tangan ni kenapa?jatuh basikal ke?"

dia jawab..lebih kepada selamba "taklah bang,,kena cucuh dengan puntung rokok"

tergamam kejap.huhu.charity ni best.especially dorang senyum lega selepas dibantu. satu kepuasan buat kita yg menolong:)

edzlin007 said...

Harap bebanan mereka dapat dikurangkan dan gembira di aidilfitri nanti.

cute-lah anak2 makcik tu

armouris said...

info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

Pahitmaniscom said...

Betul kata Ray pasal ada orang berat hati nak derma. Contoh kak bukan orang kaya hanya makan gaji kerajaan dan suami sanggup derma dan kak sendiri atas setuju bagi pihak LGM cari dana derma kumpul wang derma pekerja2 LGM tempat kerja berjaya dapat wang secukup untuk beri boss Rosnani untuk menyampai pd fakir mikin. Hanya Allah tahu. Kak dan pihak LGM ucap terima kasih kepada Dafi dan VID2.