Friday, September 3, 2010

IFTAR @ ASTRO SHAW

Setiap tahun, alhamdulillah ada jemputan dari pihak Tayangan Unggul (TUSB) @ ASTRO SHAW untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran mereka. Hence, every year I will make an effort to attend it. In 2008, di Palace of the Golden Horses, 2009 kat KL Convention Centre & this year di Mariott Putrajaya. 

Penghuni Meja PUAKA TEBING BIRU
In 2008, beriya-iya den datang berbaju melayu lengkap...sudah2 boleh dikira yang datang pakai. ikut tema..since then, ragu2 nak pakai baju melayu..hahaha. Pukul 6.45pm dah sampai, register dan terus masuk ke ballroom. Yang kelakarnya, setiap meja dimajlis tersebut diberi nama mengikut nama filem-filem terbitan TUSB and guess what meja yang kita orang duduk? PUAKA TEBING BIRU....lol




Duta Red Bull Unofficial - aksi lepas kenyang


Ada beberapa sebab kenapa ray beriya-iya benar nak attend.
Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), to my personal point of view banyak menghasilkan filem-filem bermutu. Setem, Baik Punya Cilok, Kala Malam Bulan Mengembang, Papadom to name a few. Plus, mereka turut melibatkan secara serius peranan pihak blogger dalam mempromosikan filem mereka. 



Pada masa yang sama, peluang ini turut ray gunakan utk meet & greet blogger2 yang datang. Kalau cakap pasal bloggers, sudah tentu RED MUMMY pun ado mencemar Diva. Senang nak spot Kak Merah kita ni....yang berbaju merah dan murah dengan senyuman. Ko kelas kak! LOL. Ambik ko ombak tsunami satu.

Kak red ...jom amik gambar!

"Ko ada blog ke?" lawak kak red selamba. Bila amik gambar je mesti nak berdiri atas alasan kena nampak rantai dan bag tangan...hahahaha, Sudahnya kak red, hanya gambar rantai mu saja yang ray paparkan dalam blog ini....kekeke

Red Mummy mencemar DIVA datang ke meja

As mentioned earlier, TUSB memang melibatkan blogger dalam pra tonton filemnya, majlis anjurannya, PR yang sangat best. So, jangan nak hairan sangat...sekiranya banyak beno filem terbitan Tayangan Unggul/Astro Shaw yang menjadi review ray dalam blog ini. LOL. nak kata kroni ke hapa ke...it's fine with me. Yang penting sekali, dorang very the OPEN dalam menerima kritikan pihak blogger dalam penghasilan filem2 terbitan mereka. Tak kira la...review positif ke negatif ke...diterima seadanya.

Ramai juga celebrity, nama-nama besar yang hadir di Hotel Marriott Putrajaya tadi. Tapi I am not the type yang celebrity craze, yang akan ambil gambar dengan artis...hahaha. Tak ambil gambar ngn dorang tak bermakna I don't support their talent ya. Afdlin Shauqi, Datuk Yusoff Haslam, Farid Kamil, Syarifah Amani, Lisa Surihani dan ramai lagi......

Bahana minum RED BULL selaku penaja, tak tido dibuatnya dan berjaya menulis entry ini...LOL
(bersama calon IMAM AJAMI)


So, I ended up....enjoying the food, enjoying meeting other fellow bloggers. Besides the famous faces, the best part attending majlis sebegini ialah bila berpeluang berjumpa dengan people behind the scenes of the industry. Artiste Manager, Crew2 Produksi, wartawan hiburan, producers (yg keluar duit), penulis skrip dan lain2 lagi.

I know that some of us...allergic dengan filem Malaysia. "Euwwww!" kata dorang. Gatal2 kulit tu...cirit birit tak berhenti2...naik ruam satu badan. "Sorry....I tak tonton filem melayu!!! Apa kelas?" Kelas sangat ke menonton filem barat tu? I watched jugak cerita barat, tapi tak terasa hebat pun....setakat tengok ...kelas hape? Tak dinafikan, dari segi kualiti tu berbeza...bajet berbeza....tapi itu bukan alasan utk tidak support produk tempatan. Give malay films some justice...at least watch it....To me, being patriotik bukan setakat mencintai MALAYSIA semata-mata, tetapi mencintai apa saja apa yang berkaitan dengannya. Filem Malaysia adalah sebahagian daripadanya. Kalau kita tak sokong siapa lagi? Kak Janet dari USA nak datang sokong? LOL. Hado?

Berjalan ke parking dengan bakal 3P - pengarah, pensyarah & pelakun


Tak dinafikan memang ada sesetengah filem tempatan yang buat kita rasa nak demam bila tengok tapi itulah warna-warni filem sebenarnya. Kalau busuk, berilah kritikan membina, bukan mengutuk. Kalau rasa diri bagus sangat, buat filem..tulis skrip dan get to know the industry before making pre mature judgement. Filem barat pun ada yang tak best jugak, rasa nak demam jugak tengok...cuma tak lepas ke Malaysia utk ditonton. Yang hebat2 je lepas ke pawagam kita ni.

Respek gila kat korang!


Lepas majlis... have to rush to Bandar Tun Razak, meeting up dedicated team dalam usaha mereka mengumpulkan derma, RM untuk tujuan amal. I will write about them in my upcoming entry. This Saturday, I will join them pergi Kuala Selangor untuk menyalurkan sumbangan yang telah terkumpul.

Around 1 am, balik ke Shah Alam menharung jem tart nanas di Federal Highway (bayangkan pagi2 pun masih jam lagikk). Sudahnya sampai rumah pukul 2pagi , tak leh tido akibat penangan RED BULL yang diminum selepas berbuka tadi. Sebab dah TOGOK setin kan...mesti kena mention nama RED BULL beberapa kali. LOL

PS: dapat jumpa Elly Editor Murai.com (baru promoted), Azlan (ex manager Aznil).





8 mulut cakap2 belakang:

Boni & Klaid said...

wah....meriah carutan kat page ni kan?????3p katanya....haha....

amin....

FaizalSulaiman said...

wah ray..seronok sehh:)))

bg faizal, filem2 TUSB memang mantap, kebanyakannya berkualiti mcm Kala Malam, Trauma, Anak Halal Histeria..byk lagi lah.

ni dok tunggu filem afdlin 'Misteri Jalan Lama' huhuhu

[r][a][y] eusouff said...

Boni & Klaid

3P... x cukup? nk tambah?lol


Faizal,
tadi sempat tgk preview trailer cite Misteri jalan lama tu...
agak gempak la..
lepas tgk makin teruja nak watch the whole thing.

Qarl said...

MAGIKA jom! tibe2

btw, impressed dgn DFC dgn usaha murni tuh!

g Kuala Sgor tu g makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram! meletop!

hehe

[r][a][y] eusouff said...

Qarl!
Ada kak Z kan? as nenek kebayan..hehe
harus la ditonton buah tangan edry abd halim kan? ;)

yup...
not easy to get people to donate

it's even harder to go out there and ask others for donation.

♥Syamelia♥ said...

wah! meriahnya event itew...
jumpa kak red lagi...
cian dia taw, x baik u juz feature rantai jer, sure bag dia 'makan hati' lol...
btw, i love the term mencemar DIVA... kelllassszx saggts...

thx for dropping by.. n yg penting, thx 4 informing us abt the jam... it saved us a whole lot as we terus divert 2 NPE...

hope our event work out well... insya..

edzlin007 said...

fuhh...kak red...meletup!

edzlin007 said...
This comment has been removed by the author.