Monday, September 13, 2010

Drama Raya

Takbir bergema.


Sebuah kereta berwarna silver, meluncur laju dipagi raya menuju ke destinasi. Lebuhraya lengang.

Selepas melepasi tol, suasana raya mula terasa.Kelihatan sebuah kampung dimana laman rumah di kawasan kampung tersebut penuh dengan kereta-kereta mewah. Anak-anak kecil berbaju raya, berlari-lari sana sini. 



Setibanya di rumah, tu diaaaa...pelbagai juadah tersedia. Lemang...check, ketupat segera...check, rendang....check, air berkabonat warna ijo...merah...check. Antara menu wajib. TV menayangkan program2 raya.

Amik pinggan, isi pinggan dengan rendang....dan makanan2 lain yang sewaktu dengannya. Kunyah sambil tengok TV.

Tengah syok makan...."Assssssssalammualaikum !!!!"


Kedengaran suara kanak-kanak diluar datang beraya. Dalam sekelip mata, rumah yang kecil, penuh dengan kanak-kanak. Dorang datang beraya....katanya. Selang lima minit shift group yang pertama berakhir, datang pulak group kedua. Bila dah tengahari sanak saudara pula datang bertandang.

Begitulah seterusnya, sehingga ke petang.

Dah namanya raya kan, apa lagi nak buat? Layan orang datang dan makan....makan dan makan lagi.

LOL...sakit perut dalam mode six packs...i wish...kekeke


Perut dah rasa semacam. Alhamdulillah, setibanya malam...perut tak buat hal..tak meragam. Alhamdulillah!

Raya kedua dikhaskan utk berjalan dari rumah ke rumah pulak. Dah pergi rumah orang kan? buat apa lagi. Makan dan makan lagi...

Juadah raya dihari kedua pula lebih berbentuk makanan pelbagai. Setiap rumah ada signature dish. Mee kari, Mee soup, Soto dan macam-macam lagi. Sambil menunggu makan menu special ni, duk mengunyah kueh raya...dan beskot2..togok air berkabonat pelbagai warna.

Selain menu special......menu semalam pun ada. Dah nama pun menu semalam, so kiranya makanan semalam jugak lah kan? Hidangan yang dipanaskan semula....dah lebih tu kan...hidang je la...kalo x sape nak makan? LOL

Aishhh..tau sgt yang it's not good for sensitive stomach but makan jugakkk.

Begitulah routine nya sampai lah ke malam...dari rumah ke rumah. 

Setelah kepenatan, masa utk tidur. Perut dah rasa lain macam. Ahhhh! persetankan rasa perut itu. Buat bodo je la.



Seperti yang telah dijangka, sesi open house...dari rumah ke rumah disusuli dengan sesi open toilet dari toilet ke bilik tidur, berulang-ulang kali. 

Apa yang masuk...akan pasti keluar. Kalau keluar sekali tu..xpe ...tapi keluar berkali-kali. Sama banyak atau lebih kalinya dengan rumah-rumah yang dah diziarah dalam masa sehari.

Oh! Sungguh seronok! Tak tido malam dibuatnya. Perut memulas-mulas. Nikmat sungguh.LOL.

Enoughhhhh !!!!!

No more open house  or sesi rumah ke rumah for me. Raya ke3, MELENTANG kat rumah (recovering) sambil menonton tv...huhuhu

Masa kecik, elok je makan banyak...idokk ler pulok perut buat hal. Dah kertua ini....episod drama keluar masuk toilet dah jadi sebahagian dari routine raya. 



Orang tua-tua pesan, makan tu hati2....jangan bagi perut terkejut OMG. Sebulan perut tak masuk makanan waktu siang2 tetiba pulak perut kena keja shift lebey dimusin perayaan. Mana perut tak meragam kan?  So, perut ni terkejut OMG....Bila perut dah terkejut OMG....hamikkkk kooo....

buang tahi la pun OMG la jugak kan.

Bila nak makan tak ingat Tuhan...bila dah terCIR BIR baru lah nak Oh My GOD bagai. Padan muka ko.

Sedar sekejap...raya tahun depan buat lagi! 

Syokkkknya raya !!!

(terus ke toilet setelah entry ni dipublished)


10 mulut cakap2 belakang:

NUke_Rude said...

haa.. tu la.. kemain lagi makan.. tak ingat dunia.

slamat berdrama dalam toilet.


salam aidilfitri ray! maaf zahir & batin.

[r][a][y] eusouff said...

Nuke...

kan? padan muka orang tu..kan?
LOL

selamat hari raya nukerude!
maaf zahir & batin

Ku Adalah Aku... said...

Salam Aidilfitri...

wah...kan dah pesan jangan mkn banyak...LOL...tak pasal2 entry ke 'jamban' sangat...

well...dah basuh tangan lom...kang entry lain pulak...hehehe....

weee....alang2...mail kat fb please answer...urgent...hahaha

[r][a][y] eusouff said...

hahaha
waty...kusangkakan selamat tapi hari ke 2...lain plak jadinya...

entry jamban aidilfitri namanya..

Wawa~* said...

makanmakanmakan... nak buat apa lg raya ni kannn LOL

FaizalSulaiman said...

salam aidilfitri ray:)

standard hari raya..nak2 kalau tandas kat umah ada 1 je..masakla jawabnya:P

Farazila said...

dah balik kl ker???huhuhu...sama r...tapi tahun ni x sakit perut sgt..makan beringat....

[r][a][y] eusouff said...

Wawa...kan?
xkan pegi umah org pose cantek je kowt...haha

faizal..
naseb baik perut x buat hal masa open house....lagi la seksa kan?
slmt hari raya to u too!

[r][a][y] eusouff said...

lilo,
yup raya ke3 dah balik.
makan beringat is so hard to do...haha

edzlin007 said...

hahaha perkara yang memang selalu berlaku saban tahun.

Selamat Hari Raya Abg Ray, Maaf Zahir Batin