Wednesday, August 18, 2010

Derma Anak Yatim..please

Tadi ketika mengisi minyak, ray didatangi oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 12 tahun.

"Assalamualaikum Pakcik!"

[ aiyooo panggil pakcik kaaa...hahaha....]

gambar hiasan


"Saya nak kutip derma utk rumah anak yatim" tambahnya lagi.

Tanpa berkata apa-apa, ray terus mengangkat tangan tanda rejection. Al maklum la kan tengah duk sibuk menjolok tangki minyak... masa tu la ko nak approach kan? Cis




Beberapa saat selepas tu, timbul pulak rasa kesian. Ray menoleh mencari kelibat budak tu tadi. Tgh berdiri kat hujung pam.....berdiri tengah panas sambil menunggu pelanggan petrol yg lain.

Terdetik difikiran....ya ke mintak derma ni...macam sindiket je....tapi rasa kesian tu ada

Curious punya pasal....Ray terus jadi wartawan edisi siasat. Terus ray panggil budak tu.

"Nama siapa dan datang dari rumah anak yatim mana ni?" 

"Nama saya Aini dari Kedah" jawabnya

"Wahhhh ! jauhnya datang...siapa hantar ke sini?"

"Naik kereta...cikgu hantar" jawabnya

"So, lepas ni terus balik Kedah ke ni?" ray bertanya lagi

Budak tu rasa kurang selesa...dari gerak tubuh badannya...nampak sgt dia tak tahu mcm mana nak respon.

"Ada rumah transit kat PD" jawabnya.

Pelik sungguh. Katakan la..rumah anak yatim tu ada 100 orang. Pastu so called "cikgu" or pentadbir rumah anak yatim ni akan buat road tour satu Malaysia. 10 hantar KL, 10 lagi hantar N.Sembilan....pendek kata semua stesen minyak yang ada kat Malaysia la ni kowt.

Kenapa kanak-kanak digunakan utk mengutip derma? Kenapa perlu buat road tour?

Ini bukan kali pertama ray jumpa budak2 mintak derma anak yatim kat stesen minyak. Tak terkira banyaknya didatangi kanak2 perempuan bertudung memegang resit dan beberapa gulung kalendar.

Kalau dah budak2 tu kena suruh kutip derma, cikgu2 rumah anak yatim tu buat apa? Nak kutip derma utk rumah anak yatim and then use anak yatim tu sendiri mintak sana sini ke? Apa kejadahnya mcm tu? (terikut2 pengacara edisi siasat la pulak)


Walaupun mencurigai tindak tanduk budak tersebut mengutip derma....ray rasa teramat kasihan pada nasib budak tu yang terpaksa berdiri berjam2 lamanya dibawah panas terik matahari. Kesian punya pasal ray hulur RM10. 

"Alhamdulillah...terima kasih ya pakcik...Pakcik nak resit?"

Kata dalam hati "Wahhhh kelas ..ada resit u ols"


Pendekatan Ray mcm ni...ada duit lebih... kita derma or sedekah. Ray rasa ragu2 sebenarnya. Sesetengah orang kata...kalau ragu2 baik terus x payah. Tapi for me....ray sedekahkan saja...kalo orang yg meminta derma tu ada niat nak menipu...biarlah tuhan yang tentukan. Tapi itu cara ray laaa..

Ada sesetengah yang block terus. Tak main laa bagi duit pada orang buta tepi jalan, peminta sedekah cacat kat pasar malam. Mereka lebih percaya sedekah atau derma dengan cara yang betul iaitu melalui organisasi tertentu, masjid dll.  Terpulanglah. Cuma tak perlulah marah2 dorang...kalau xnak bagi derma. Kalo x nak bagi...just say no....bila salam diberikan jawab je la.

Dorang berpendapat..sbb bila kita derma..seolah2 kita galakkan dorang mintak derma dengan cara tersebut. Bila kita beri...(dengan apa niat sekali pun) ia akan menggalakan sindiket tersebut.

By the way, bulan puasa ni saja...ada dua projek derma yang ray turut serta. Satu, projek bazaar ramadhan kanak-kanak tadika utk mengumpul duit utk rumah anak2 yatim di Seremban dan yang kedua, mengumpul derma utk keluarga2 miskin anjuran Dafi Fan Club. Layari http://www.dafi-fc.com/dafi utk keterangan lanjut utk menderma. 

Dear readers...korang pulak macam mana? Apa pula cara korang menderma? Korang layan tak org datang mintak derma ni?

Habaq kasi tau!

PS: Tak papa anda dek sedekah.

10 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

pernah berlaku di stesen bas butterworth.masa tu nak balik uitm penang.bagi sedekah kat budak2 kecil and ray nak tahu, dia lempar duit tu kat jalan sebab nilai dia tak 'menepati'citarasa budak tu.

saya ni mudah sgt kasihan.tp kalau tengah makan (esp kat shah alam), pastu org minta sedekah tgk dulu.kalau ada duit lebih baru bagi.kalau duit cukup2 untuk diri sendiri..hahaha say 'takpelah.maaf ye"hihi

[r][a][y] eusouff said...

umangggg aiii
lempar kat jalan? kureng asam tul

Faizal...like the word
"takpelah...maaf ye"

engku said...

hah, saya ditangkap jugak budak perempuan bertudung kat stesen minyak Jasin. muka sedih jer, bawak cd 2-3 keping. mula2 saya ignore jugak sbb sibuk nak sumbat minyak. dia tengok jer dgn muka sedih. masa nak masuk kreta, saya cakap gini jer `saya taknak beli apa2, saya sedekah jer ye'. budak tu angguk jer. dia jugak offer resit. tapi saya kata x payah la.

Langit Pertama said...

Biasanya tak bagi.. Nak2 kalo budak tu muka cam bukan Melayu...

Tak tau la sindiket ke tak, tp tak suka tgk budak2 minta sedekah. Cam jd mangsa aniaya je..

Harap2 bila tak bg sedekah, dorang hentikan keje cenggini. Baik masuk Bersamamu TV3...

cik Miza Bob said...

saya pn ada pengalaman nak kat butterwoth time nak balik ipoh kalu x silap.
budak pakai tudung ni naek bas, then maen campak je kad yang ada tulis ayat Quran dari tempat duduk depan sampai belakang && collect duit dari belakang bawak ke depan. yang kite ni baru duduk, duit pn dalam beg(beg balik kg) mmg xnak la susah2 nak cari purse. tak pasai2 kene maki ngn budak tuh.. terkedu kejap. sampai sekarang berfikir, die yang nak mintak kat org, tapi kenapa dengan cara macam tuh..

miza penah dengar ustaz cakap bab2 bagi derma kat budak2 ataw yang kita tahu sindiket nih.. apa yang kita bagi, selagi ikhlas kita dapat pahala.. itu antara kita ngn tuhan.
kalau yang meminta tu menipu ataw watever, itupn antara dia ngn tuhan jugak..
yang penting niat kita..

=))

Lina said...

well, bila baca nie.. teringat plak tadi petang Lina pergi Geylang.. haha.. tau tk kat maner tu? :p

ohkay then baru beli mknan.. so kat tangan ada balance duit.. tiba2 ada pakcik ni hulur tangan mintak duit.. i was like freak out already laa.. dah takut cuz mcm tiba2.. then he was like forcing.. furthermore i'm like nak kata tkda duit langsung tu bkn tkda.. tapi mcm still nak jimat2..

i really dah takut.. so i walked away.. the pakcik followed and dia mcm cuit me laa. i really freak out laa.. kalau dah mcm gitu.. mcm maner nak fikir straight kan? mcm maner nk fikir betul2 kan?? so end up tak derma.. eventho kat tangan dia i think ada plastic bag.. tapi tktau dlm ada makanan ke ape.. end up dia walked away.. entah laa.. now dah balik baru rasa kinda guilty.. tapi tu lar like i said, terperanjat and jadi takut dibuatnya..

- Lina RD

Ku Adalah Aku... said...

salam..

kes kanak2 lingkungan umur 13-16 tahun amatlah popular...disekitar bangi je..tak terkira ray...so far setiap kali meja makan ty dikunjungi oleh kanak2 nie...ty selalu tanya..

Q: dari mana dik?
A: dari Kedah kak..
Q: umang aii..jaoh tu?..dtg dengan sapa?
A: dengan cikgu/ustaz
Q: cikgu/ustaz mana?
A: pergi amik kawan2 lain
Q: tido mana?
A: -silent-
Q: balik camner?
A: cikgu/ustaz amik
Q: bagi akak no hp cikgu/ustaz
A: -silent-
Q: takpalah dik..tapi kalu adik buat ni kerna Allah Taala...dan tidak tinggalkan sekolah..amik duit ni..tapi resit tu simpan.
A: terima kasih kak. akak nak minyak tak?
Q: uiks!..ada ke?..ha leh la..tapi duit ni adik gi makan ok...
A: terima kasih kak.

lokasi yang ray maksudkan tu mmg wujud...dan selalu mereka gunakan KEDAH sebagai tempat asal...walhal mai dari Pee Dee je..sebab waty penah follow van depa.

kalu ikut hati...mau report je..kesian kat budak2 tu..yang seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran...

sejauh mana benar sindiket ni..kena panggil TV3...

p/s: tu tak masuk kes pak haji duduk depan BANK...dengan tabung derma. alasan nak bina masjid...masalah nye bila kita derma..leh plak pak aji tu salam siap sentuh lengan lagi..adoiii...camno tu...WALLAHUALAM...

Pala.Maldini said...

Senario biasa ni.. stesen minyak & kedai2 makan.

Aku menderma ikut siapa yang minta derma.. pilihan aku :

1) Orang buta --> paling aku kesian
2) Orang cacat takde kaki

Lain2 semua selalunya aku reject, terutamanya, yang masih ada kederat tangan dan kaki..

edzlin007 said...

erm...bapa saya pernah terlibat dlm ops tangkap sindiket2 ni. memang dah banyak kali jumpa. saya kadang2 tak faham juga, waktu bila mereka belajar, ada yg hari sekolah pun datang ke tempat awam.

baru-baru ni, masa isi minyak, ada polis baru nak tanya je, adik tu lari terus..membuatku bertambah musykil je.
alangkah bagusnya masa mereka diluangkan dengan pelajaran, dan organisasi kutip derma cara yg betul. kalau tak salah, buat apa lari.

acap said...

panggil karam sing walia baca entry ni . gi risik2 kot kot ada kat area shah alam ni. hohoho