Monday, August 23, 2010

3 Kisah 3 Reaksi @ Bazaar Ramadhan

Kisah 1

"Kak bagi sayur ni 3 hengget"

Alangkah terperanjat dan terkedunya pembeli apabila melihat si penjual menyenduk sayur tersebut dengan jumlah yang amat sedikit. Sejembut  sayur (penjodoh bilangan sendiri) dengan harga RM3 !!


Pembeli yang lain pula muncul. 

"Bagi sayur ni RM2"

"Kak, RM2...kita tak jual"

"Ya la DEK...bagi la RM3" (memerli si penjual kerana memanggilnya kakak kerana merasakan dirinya jauh lebih muda tetapi dipanggil KAKAK oleh penjual)

Pembeli yang pertama masih terkedu aka terkejut kerana dapat hanya sejembut sayur dengan harga RM3 merasa sangat geram. Tapi ditahan rasa geram itu kerana ibadah puasanya.

Dalam hatinya terdetik
Makkk aiii mahal nya sayur ko...imported kah?

Makkk aii kelas sayur ko....ada emas kah?

Hati busuk pembeli menyumpah..kalo tak habis sayur ko ni ...ko cekik lah sayur mahal ko tu utk sahur kang!



Kisah 2

"Boleh saya beli mee hoon ni dengan harga 2 ringgit" (punyalah maintain courtesy pembeli ni...bagus budi bahasanya...anak sapo lani?)

Disenduk oleh makcik tersebut mee hoon  kedalam bungkusan. Setelah disenduk, dia melihat semula portion mee tersebut (yg telah disenduk) dan merasakan agak terlebih. Diambilnya senduk semula dan mengurangkan portion yg telah ada dalam bungkusan.

Dari pemerhatian pembeli, yang disenduk keluar adalah beberapa UTAS mee hoon saja.

Dalam hati terdetik.

"Makk aiiii Kak...Mee hoon akak jual ni timbang KATI ke?"
"Berapa SEKATI?"

"Atau dikira ikut UTAS?"

Can you imagine that? Punyalah kedekut tahi idung masin (makcik mmg ada lubanh idong besar pun)  siap senduk semula dan kurangkan portion makanan tu. Dengan berbuat begitu, penjual akan dapat untung berlipat ganda hingga boleh beli MOTO kah?
Boleh bankrap ke kalau lepaskan beberapa UTAS mee hoon tu kpd pembeli?

Idok ler pembeli hadap sangat beberapa UTAS mee hoon tu tapi melihat penjual berniaga mcm tu amat menyakitkan hati.

Kisah 3

Pembeli tak pergi pun kedai kakak ni. Tak berani nak jengok pun juadah yg terhidang. Tiada pembeli menghampiri.

Mengapa? Why?

Kerana muka kakak tu mcm muka pembunuh bersiri. Muka mcm mak lampir nyah rapik yang ingin membalas dendam. 

Pembeli mencadangkan kakak tu harus dihantar ke kelas grooming Nurul Syukur kerana nak kena tone down sikit kegarangan tu. Shading kat idung juga dirasakan perlu. Kakak tu juga harus diajar untuk kelas senyum dan kalau tak boleh semyum sila buat pembedahan plastik.

Kalau none of the above works, takyah berniaga la kak.....try la casting cerita seram dengan David Teo.


Pada peniaga, agak-agak la bila berniaga tu. Memang lah mencari rezeki halal dan dapat untung berniaga di bulan Ramadhan. Tapi..apakah maknanya rezeki halal dan untung tersebut bila mendapat SUMPAHAN dan KEJIAN pembeli. Tak baiklah menyakitkan hati pembeli kan?

Pada pembeli, bawak lah banyak2 bersabar dengan dugaanNYA. Kalau ikutkan hati confirm dah cari pasal kan? Tapi kalau tak terkeluar dari mulut reaksi marah tu, anda dah dikira BERJAYA laaa.Tahniah!

Tak kiralah penjual atau pembeli, kita diuji pada bulan Ramadhan ni.

Pembalasan Allah lain harus diingat. Macam2 boleh jadi. Jangan sampai bazaar Ramadhan terbang melayang ditiup angin pulak nanti.



Kisah Bonus (ADVERTORIAL)
RAMADHAN BUFFET @ INTEKMA

Dari Blog Megat Eusofe
Klik disini utk review makanan di blog beliau

Untuk buffet ini . Harganya cumalah
RM 43.00 Seorang [ Dewasa ]
Rm 22:oo [ Kanak-Kanak ]
Setiap RM 1.00 akan didermakan kepada Badan
dan Kebajikan Rumah Anak Yatim.


Untuk Lebih Info Mengenai INTEKMA


15 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

wah ray.hehehe..tengahari review peniaga bazar ramadan.sesuai la kot coz kejap lagi depa nak turun beniaga.hahaha

heh, betul la. kalau rm 2 tak jual. singgit apatah lagi. bila tanya, mesti dorang jwb: harga minyak naik dik.olohaiiii..

kedekut tak membawa kemana-mana.jadiklah peniaga yg ikhlas dan murah hati:)

♥Syamelia♥ said...

hah! siap ada advertorial lg...
thx a lot...

btw, sedap ker sayur yg sejembut 2?
worth x?
kalu x, mkn warisan je la..
rm 15 pun, sah2 dia sedap...

Qarl said...

kalo bab2 write up yg ade2 anecdote ni, ray mmg power

berbuka di Intekma... nak! nak! InsyaAllah b4 abes ramadhan tahun ni

[r][a][y] eusouff said...

faizal...
betui betui
jarang bebeno ray release entry waktu tghari kn? haha

harga minyak naik dia tau?
naik angin agak2 peniaga tu tau x?

[r][a][y] eusouff said...

Amy,
harus la ada advertorial kan?
btw...sepanjang bulan puasa, setiap entry yg ray tulis akan ada nota kaki pasal INTEKMA buffet..hahaha


Qarl,
Thnks...hahaha
it's my 2cents. menulis dengan emosi.

yup...harus pergi
sbb worth it and reasonable price
thinking to go there again

NUke_Rude said...

ray:
suka je baca story ko ni bro. tapi kisah yg 3 tu mmg salu je jumpa. Nak bniaga, tapi muka msm mencuka.. camne?

AlexAlabasta said...

No satu tu memang standard, orang sekarang berniaga bukan sebab nak bagi pembeli puas hati, semuanya just ingat duit je. Takpelah, kite yang dah terbeli ni anggap je la nak membantu~

iyllienaz said...

ooh seriously yg kes 1 tu memang macam kelakar..patut di bulan ramadhan la nak amek part beri lauk lebih sikit pada pembeli..dan Tuhan akan lipat gandakan rezeki penjual tu..tapi nak pikir untung je, memang susah la..

bila dah masuk maghrib, kalau tak habis sayur tu, confirm harga yang sejemput sayur tu jadi 50sen kot..

omgpetch said...

likes this!

tak luak pun bbrp UTAS bihun yg dia amek blk tu la kalau bg. ade ke nk kurang2kan portion. dah terlebih bajet meletak tu, biarkan je la. ini, bagi kita nampak plak. ape la kedekut beno.

skrg peniaga mmg mcm tu. harga bukan main mahal, tp yg dibagi nye, alahaiiiii ciput btul. mega sedih!

engku said...

crita pasal bazar ni mmg kdg2 naik jer angin ni. hari tu beli la lauk, ikan sepat masak lemak cili api sekor, diulang.. sekor je yer & ikan parang masak asam pedas ngan bendih 3 ketul, ikan je sepotong jer ye. rm9 hengget.. bkn kat kl yer.. kat kampong jer... ternganga kejap..
balik rumah korek2 gak kot jumpa mutiara celah sepat tu... aduiii!

[r][a][y] eusouff said...

Alex,
u r right. just anggap je nk membantu. kalo layan sgt xkemana pown



iyllienaz,
kann? lepas berbuka saham sayur turun u ols..
x laku jugak cekik la sendiri utk sahur

jangan panaskan balik , jual the next day sudah...hahaha

[r][a][y] eusouff said...

omg petch,
dah ramai beno pelahap masa bulan puasa ni...hahaha
apa lagi...amik kesempatan la peniaga2 ni


engku,
ada jumpa mutiara celah ikan sepat RM9 tu?

ikan sepat enddangered species kowt> hahaha

[r][a][y] eusouff said...

Nuke,

but bro yg aku jumpa ni serious horror bila tgk muka dia.

Org lain pun x singgah...hahaha

edzlin007 said...

tahun lepas di shah alam dan KL, mmg jumpa gak peniaga seperti itu, dan yang tak suka bila makanan yg kita beli basi waktu berbuka. padahal beli pukul 5pm. karipap pula intinya sampai kena pakai teropong kut, mcm takde isi je.

syukur alhamdulillah, tahun ni pergi bazaar ramadan di kulim kedah sahaja. peniaga mesra, cuma makanan mahal mmg tetap ada. tak pasti sama ada nak untung lebih, atau tapak niaga yang mahal.

y@n@ M!B said...

sy pun pernah buat entry mcm ni..lg sakit hati klu food dah basi -___-'

maybe dorg ni nk cpt gi haji..tu kaut untung lebih *pk positif ni* =)