Thursday, July 15, 2010

Kurang Hajo

Entry kali ni ray nak bercerita pasal "Kurang Hajo". Sambil bercerita, ray selitkan imej-imej kurang ajar sebagai gambar hiasan.

Anak sapo la ni?


Seorang nenek datang ke rumah anaknya. Saja je nak menjenguk, melawat menantu,cucu dan bertanyakan khabar.

Bila sampai, cucu buat statement

"Wan datang ni nak apa?"

Terkedu si nenek dengan pertanyaan cucunya. Si anak berdiam diri buat dekkk je as if tidak mendengar pertanyaan tersebut.

Al kisah, selepas beberapa minit si anak keluar bersama cucunya kerana ada hal.

Sekembalinya si anak bersama cucunya, keluar statement ke2 oleh si cucu.

"Kenapa Wan tak balik lagi?"

Si anak masih berdiam diri.

Baiklah, katakanlah korang ada cucu mcm tu... apa perasaan korang dengan situasi diatas? Marah? Kecewa? Sakit hati? Kecik hati?

Si cucu baru berusia 9 tahun. Adakah alasan....alah kecik lagi....tak tau apa2 lagi....memadai? Dimana peranan Ibubapa memperbetulkan keadaan? Mana lafaz maaf bagi pihak anak yang agak kurang hajo dengan neneknya? Sayangkan anak sehingga sanggup melukakan hati ibu sendiri? 

Bila ditanya dengan beberapa rakan rapat, jawab salah seorang dari mereka "Kalau aku...aku tampar je muka anak aku...kalau cakap mcm tu" katanya dengan nada marah.

Walaupun tidak mencarut tapi pertanyaan tersebut amat kasar bunyinya. Mana nilai-nilai murni orang melayu yang terkenal dengan perasaan hormat dengan orang yang lebih tua darinya?

Sedih kan?

Anak sapo la ni?


Ray dengar cerita ni pun dari mulut orang lain. Tapi geram jugak la bila dengar.

Kisah yang berlainan.....pernah berlaku dimana anak seawal usia 5 tahun kurang ajar bercakap dengan Ibunya dihadapan seorang guru. Ibunya berdiam diri seakan tidak terdaya mengawal anaknya. Si guru yang menyaksikan anak muridnya berkelakuan kurang ajar dengan segera membuat teguran. Keesokan harinya, murid tersebut 'dibasuh secukup-cukupnya' oleh guru tersebut dihadapan murid lain. Hal dosa dan pahala diterangkan oleh si guru dihadapan semua murid bagi memberi pengajaran.

Usia yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa sering dijadikan alasan oleh Ibubapa atas tingkah laku kurang ajar anaknya. Mendidik anak tentang sopan santun, hormat-menghormati tidak perlu mengikut usia. Bilakah umur yang sesuai untuk kita mengajar anak tentang peradaban? 

Kalau Ray berperangai mcm tu, rasanya dah lama aruah mak cili mulut ray dengan cili padi sebagai pengajaran. Oh! itu cara lama...tak sesuai digunakan lagi sekarang. Macam tu? So, apa cara yang sesuai? Bila nasihat tak jalan, apa yang harus dilakukan?

Generasi sekarang rasanya ramai yang lebih kurang ajar kpd orang yg lebih tua rasanya. Cakap sesuka hati, maki orang as if it's cool to react that way. Hebat sangatlah ko...kalo ko carut kat FB telling the whole world? Hebat! meh sini ray bagi medal. Simpan medal tu penuhkan koleksi kurang ajar korang tu. Cukup 10 menang percutian ke Disneyland selama seminggu. Tapi tak dapat apa2 pun kan? LOL

Anak sapo la ni?


WTF, F word.....kendengaran....kat kebanyakan status FB skrg ni. Kat blog pun ada jugak...kita plak...owh it's so cool! mcm cite Hollywood.
Kalau budak2 tu bolehlah ditegur tapi kalau dah boleh jadi mak orang, apa boleh buat kan? Biarkan je la. hahaha. Suka hati korang la....SMI (sendiri mau ingat)

Elehhh ray...mcm ko tak pernah buat? Ray mengaku ray pernah ucapkan tapi I am not proud of it. Puas hati kejap je pastu rasa lagi bodo ada la. Bila pikir balik, mana la datang menda ni semua....makbapak ray tak pernah ajar pun...huhuhu..rasa malu pun ada. Nanti orang akan kata 'siapa la mak bapak budak tu? Tak reti nak ajar anak ke?' Tak pasal2 nama mak bapak terlibat atas kesilapan sendiri. Itu kalau budak lagi...kalau dah besar mcm mana? hahaha. 

Tulis blog sambil memperingatkan diri sendiri. Bila rasa nak carut tu, ray akan baca entry ni balik sebagai peringatan.


21 mulut cakap2 belakang:

FaizalSulaiman said...

wah ray!!boleh nak "like" tak? setuju! sangat2 setuju! masa kecik dlu pernahla kena cili ngan mak sbb ter-mencarut.padan ngn muka aku.huhu

||| PöJìé PööH ||| said...

Kecik² la kene ajar adab sopan.. Kalau dah besar dah xguna nak lentur²..
POjie pun sama cam Ray, rasa lepas geram, tp akan rasa bersalah cam bodoh sgt...
Seeloknya kalau kita mengucap dan bselawat, dapat pahala kann..

Love,
PojiePooh Abdullah

Wawa~* said...

betul lah ray... bdk2 zaman skrng mmg 'baik' sgt budi pekerti. ckap main sdap mulut n buat ikut suka hati.

contoh plg snang, dtg raya.. selamba je ckp "alah, air sirap je??" T_T n ayahnya just tgk n siap gelak lg. wtf sgt.. pastu anak2 bongkar laci umah yg dilawat.. mak ayah boleh tgk je. kalo kita dulu2, mmg kna titik le tgn tu.. plg x masa tu dh kna signal "siap la ko blk nnt" hahaha

NUke_Rude said...

aahah.. agreed. salah sendri, mak bapak pun kna drag sama.

:)

♥Syamelia♥ said...

some ppl are just bing so selamba when it comes 2 kurang ajor... smpi lupa the implications it brings 2 one's life n personality...

agree that words like wtf, n the 'mighty' F word are normal... i used it 2, but as u said, really not proud of it...

[r][a][y] eusouff said...

Faizal...

ter-mencarut? ahaks
curious nak tahu apa yg dicarutkan


pojie...
weird kan?
carut can be so satisfying
the question is why?

[r][a][y] eusouff said...

wawa...
true, parents now don't care
but bila terkena kat batang idung sendiri nanti
sentappp!
haha

nuke...
true...you carry yur parent's name with you


Amy...
Some people say it without shame and sort of proud of it...(u know what i mean)
continuously repeating the F word that kat blog or status fb.
Ada bezanya tu. kan? I don't consider that as 'normal' but 'sick', need attention or trying to impress.

Anonymous said...

Hello Ray!!

hehe, thanks for coming up with this entry.. yeap, a lesson for me too.. and like you said SENDIRI MAU INGAT laa kan??

semua orang pernah maki.. i nak kurangkan.. haha.. actually bkn nak kurangkan tapi taknak maki langsung.. but bila tgh marah tu, satu pun tak ingat.. main hembus keluar jer..

kadang2 tu, kita TERpost kat FB tu.. bila kita tk dpt nak say it to the person themselves, kita type somewhere.. well, i guess we shall not be proud of it.. and just keep it to ourselves..

- Lina RD

[r][a][y] eusouff said...

Lina...
good for you...

yg akan membezakan kita dengan orang lain ialah dengan budi bahasa kita

sama2 kita elakkan carut mencarut ni
bukan dpt hadiah pun..hahaha
x salah nak marah tapi x perlu mencarut kowt...haha

mencarut is not a trend yg kita kena ikut.

Anonymous said...

yeap.. betul tu.. huhuhu.. tkda laa kadang2 tu bila dah marah sangat kan.. kita tak sedar yg kita mencarut.. orang tua pun okay.. hehe..

yeap2.. i'm trying my best to stop mencarut.. sebaliknya banyak istigfar.. ;))

- Lina RD

[r][a][y] eusouff said...

Lina....
that's a good start

admitting it !

hahaha
lepas mengaku baru boleh berubah kan?

Ku Adalah Aku... said...

salam,

wah! en3 kali ni lahir atas sebab apa ray?...mmg diakui bahawa ada banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan budi bahasa yang semakin tipis dikalangan remaja/belia/dewasa...faktor pengaruh yang kita tak pasti sapa yang harus ditunding...media?pendidikan?keturunan?....

bila meletakkan diri ditempat sesiapa pun...kita bisa merasainya..namun "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"...

Anonymous said...

yeah betul tu Ray..

langkah pertama untuk seseorang itu berubah ialah mengakui kesilapan sendiri.

thanks again Ray.
;)

cik Miza Bob said...

hai ray!!
mmg sangat setuju &&& sokong sangt kamu kuarkan topic nih..
boleh d katakan kene dengan isu semasa..
saye umur 22 tahun, kalo dengar sipi2 budak dajah 2 sembang, sumpah x sanggup dengar perkataan dorang..
kalau time saye dajah 2 dulu, mmg mak bg cabai dah kalo cakap aku je. x taw lah kalau terkeluar B.A.B.I
tapi budak2 zaman sekarang, entahlah~~~

[r][a][y] eusouff said...

Waty...
topik ini ray bangkitkan kerana geram dengan tindakan sesetengah org dewasa bergelar ibu &bapa yg membiarkan anak berkata2 sesuka hati.

juga kerana bosan mendengar carutan, makian di FB/blog yg menjadi-jadi. Seakan-akan bangga pulak bila mencarut. Tiada segan silu apatah lagi menghormati antara satu sama lain.
We need to know it's not cool dan bukan budaya kita.

Cik Miza...
budak skrg xleh ditegur
but im not surprise if they are like that...
kdg2 mak bapak pun tak tegur (buat tak tau)even worst...mencarut bersama2..hahaha

Farazila said...

err...lilo nak bangga r dgn mulut lilo...
klu bab mencarut mmg jarang sgt keluar....
klu bab hormat org tua tu ade sikit terbabas gak...sumtimes tercabar kredibiliti darah muda.. :P

[r][a][y] eusouff said...

lilo...
tercabar kredibiliti darah muda?
hahah

Ashraff Mokhtar said...

sekarang ni ramai bebudak tak buleh carut marut di blog dan fb. hehe langkah yang bagus oleh ibubapa ya!

*buat je fb account , and sendiri request anak punya fb , masuk bilik anak , sendiri approve :P*

p/s:ohh coolnya cikgu cikgu dan ibubapa sekarang , hahahaa!

betul jugak , nak lepas tensi , dari sepak terajang bini baik carut :P hahahaha!

tak baik mencarut , sekian

Anonymous said...

ermm..kat depan orang lain tak boleh mencarut

kat dalam fb pun tak boleh mencarut


so..bagaimana nak lepaskan geram??

[r][a][y] eusouff said...

Acap....
cerita melalui pengalaman nampaknya..ahaha


anonymous...
Ray rasa kamu tahu apa jawapannya?

edzlin007 said...

betul,saya pun pernah terlepas cakap kat laman sosial, tp lepas tu mmg malu lah sebab kita yang bodoh.

pernah kenal seseorg yg macam itu, ibu saya selalu je beri contoh keluarga itu yg tak pernah nak tegur anak. akhirnya bila besar, anak itu kurang hormat pada saudara-mara yg lain. bila dah bsr, susah la nak berubah.