Wednesday, May 5, 2010

Ray's TOP 5 list of the month (May2010)




Ahaks...

Ini segmen terbaru for my blog. Every month I will list down my top 5 of everything. Nak buat top 10 tak cukup material so 5 kira ok lah. Baik ado dari nan ado.

So here we go !


Air apaKAH ? Teh bunga? beer? Teh O ais limo? Apa la yg special sangat ayaq ni sampai masuk TOP5 list ray bulan ni?

More info after the JUMP.





No 1

Dah teka ayaq apa? Nama air ni ialah Air JANDA PULANG. Heyyy! I am not joking. Wujud ya. I am not making this up.

Air ni , ray discover kat sebuah restoren terkenal di Kuala Pilah. RESTOREN WARISAN namanya. Air ni dijadikan signature drink disana dan dihidangkan as Welcome Drink sementara menunggu makanan yg dipesan sampai.

Ray diberitahu air Janda Pulang ialah air kelapa muda yg dicampur dengan gula nau. Bagi menaikkan bau, daun pandan turut dicampurkan. PUHHHH!! tongah2 paneh minum air ni.....hilang dahaga!

Kenapa namanya air Janda Pulang, idokk le ray dpt memastikannya. Janda on the way balik umah buat air ni ke? LOL


2. Jay Chan (Bukan Jay Chou penyanyi Taiwan tu ya)



Jay Chan ni x de kena mengena ngn air Janda Pulang ya.  Jay ni berbangsa cina. He is from Penang. Yang buat Jay ni unik ialah sebab dia nyanyi lagu Dato' Siti...hahaha

Tgh2 browse youtube, satu youtube ni compile kan peminat2 Siti menyanyikan lagu Dato' Siti. Jay ni salah seorang daripadanya. Yang tak betulnya, dia dilabel sebagai peminat frm Taiwan......

Selepas ray telek punya telek, jumpa la akaun Jay ni.....yg sebenarnya he 's frm Penang. Ray pilih dia masuk carta sebab jarang bebeno dengar orang cina (lelaki pulak tu) menyanyikan lagu Dato' Siti.

Jom dengar Jay ni nyanyi !


No3. Gambar 2 awek GADO


Macam adegan FIGHT KUNGFU cina kan? LOL...sorang Michelle Yeoh dan yg sorang lagi Maggi Cheung!

Maggi chot : Ko henggat ko chuanthuekkkk...nah amikkkkk

Michelle Chor : Aiyakkkk (mengelak)

Gambar ni sebenarnya gambar candid yg diambil semasa sambutan Ulangtahun ke 3 DFC Ahad lepas. dorang bukan berKUNGFU tapi sedang bermain game pijak belon yg letak kat kaki tu...huhuhu

Tah kenapa ray suka sangat gambar ni.......so ray letak no 3 bulan ini.


No 4. Pasal gambar jugak. Kali ni ada artis in it.


Gambar Dafi dengan mummy. Bukan mummy tu ya. Mami jarum pun bukan tapi mummy berbungkus dengan toilet roll...LOL. Tengah2 ari buta...tepi pantai pulak tu...

Sebenarnya ray ada gambar lain nak letak. Gambar Amy mulut muncung tengah lap mulut ngn tisu. Bukan lakunan tapi gambar candid ok. Kelakar sewel gambar tu. Tapi hehehe tak sampai hati nak letak...LOL
Perang dunia ke 4 akan meletus kalo gambar tu keluar. 

Gambar diatas juga dari event yg sama. Credit to Megat for the picture.

Dan yang terakhir di tempat ke 5!



Ray tidak lagi menggunakan Mozilla Firefox. Dah bertukar selera ke Google Chrome. Lebih cepat dan lebih STYLO.  Baru je tukar 3 jam yg lepas. Yang bestnya, ianya lebih luas, boleh ditukar layoutnya dan senang nak set. Bila ray klik je kat Google Chrome bila nak layar internet , ray boleh terus masuk my favourite web yg selalu ray bukak.

Why not try kan? Belum cuba belum tau. 
Info pasal Google Chrome KLIK SINI
Nak download Google Chrome KLIK SINI





12 mulut cakap2 belakang:

Ku Adalah Aku... said...

nak ngumpat sat....

patut bayar royalti kat ray pasal promote ayor janda tu...wah lepas nie ada pulak yang nak buat air duda ni...

tapi video Jay tu best la...berapa lama la gamaknya menyelak lappy tu ray...[bayangkan kalu ajen nyanyi...camner yek..]

[r][a][y] eusouff said...

>>Waty

ayaq duda pulang? LOL
ayaq tebu campur sirap bley?

advertorial niehhh dpt diskaun

psal jay tu kejap je ray selak..hahaha

ajen? x dpt ku bayangkan..hahaha

iyllienaz said...

pergh..terliur tengok air tu..kena pergi kuala pilah la ni..

[r][a][y] eusouff said...

>>>Iylienaz

hehehe
boleh buat sendiri kowt

amik air kelapa muda dan isi nya yg lembut
masuk dalam periuk letak gula putih dan gula anau dan daun pandan

masak atas api sederhana, bila dh mcm pekat sikit angkat dan sejukkan

dah sejuk letak ais
then letak isi kelapa sekali

ayir ni mmg minuman tradisi n.sembilan
tempat lain xde kowt

omgpetch said...

oh saya dah lama pakai google chrome. mmg cantik, cepat dan mudah kan? mari kite sebarkan propa gunalah google chrome!

Farazila said...

ray...nk sentuh pasal google chrome..mmg laju mmg mantap..tp bila internet slow atau pc berat(ram rendah)..google chrome plg lembab...dah kesimpulan disini, jgn unintsall google biasa...google biasa juga yg dicari2 bila google chrome lmbab..


:)

♥Syamelia♥ said...

air duda pergi.. ops salah! air janda pulang 2 mmg sedap..
sgt thrist quenching...
diminum ms cuaca panas..
perghhh... nyamak gilak...

pic fara n angela mmg x bley bla..
nice shot, megat...

mummy 2 dah jd mcm shadow dafi plaks...

ray, sebaik u x letak mana2 my pic yg poyos... or else....

FaizalSulaiman said...

heh ray!best2.air jando pulang tu ado kek nogohi je kan???hahaha

nama dia membuatkan aku curious!hehe

[r][a][y] eusouff said...

>>>OMGPetch

ya menda elok harus disebarkan...haha
dah lama ek?
ray yg outdated rupanya.


>>>lilo

yezzza? so far so good je ray pakai..hihihi
tp xtau la nanti kan
but mmg ray keep Mozilla tu...just in case kan.

[r][a][y] eusouff said...

>>>amy

nyamak gilak? LOL

tp will nak keluarkan gambar tu meningkat ke 70% skrg! haha


>>>Faizal

a'ah kat nogori katanya...
ikut sumber yg xleh dipercayai
air ni dibuat oleh janda yg baru pulang.


The name is derived from the tale of a divorce (janda) being welcomed home by his wife with this sweet drink.

Pls note that term 'janda' digunakan utk lelaki disesetengah tempat.

edzlin007 said...

LOL

saya suka lah posting camni...
teringin nak try air janda pulang. jangan terjadi janda udah.

first time dgr jay chan ni. dia banyak nyanyi lagu melayu kan.

gambar no 3 fav ku. sekali tgk ingatkan apalah...

google chrome mmg best!

Wawa said...

ahahaha... ayaq janda pulang ke gagang (??? lol)

google chrome dh improve skrng? last time i guna few years back mcm sangat selow melow melly goslow...