Monday, May 24, 2010

Lagenda Budak Setan *UPDATED


DI PAWAGAM 3 JUN 2010


Pagi-pagi dah bangun dan bersedia utk menonton pra tonton filem "Lagenda Budak Setan" [LBS]. Perkataan "SETAN" itu sendiri sangat popular sekitar tahun 1985. Kemunculan sebuah novel karya Ahadiat Akashah dan filem "ALI SETAN" lakunan Ogy Ahmad Daud & Azmil Mustafa antara sebab mengapa Ray kata perkataan SETAN sangat popular pada waktu itu.

Sila maklum filem ALI SETAN xde kena mengena jalan ceritanya dengan novel LBS.



Sila tonton trailer filem tersebut sebelum meneruskan pembacaan anda.




Sebelum menonton filem ni, ray sempat la menonton trailer filem tersebut yg ditayangkan di ASTRO. Dari trailernya dapat disimpulkan bahawa

1- Wow ! hebatnya sinematografinya...sangat SANTEKK

2- Salah satu babak lakunan Lisa Surihani seakan-akan lakunan Ogy ( my instinct la ni )

3- Oh no ! Sharad Sharan....pengarah filem DIVA & Tipu Kanan dan Tipu Kiri yang ray tak berapa nak suka hasilnya. Ter flashback babak sengal dalam filem DIVA seperti babak Fauziah Nawi memegang lilin disiang hari (very the Hindustan one), babak pegang kad prepaid secara tetiba, motif letak gambar artis kesayangan kat gerai semasa menjaja kueh yg tak pernah dibuat orang dan beberapa babak sengal yg lain.

4- Wahhhh! sebuah filem adaptasi novel yg agak laris dan ray pernah baca. Novel tersebut ray baca masa form 1 (based on my mentality at that time) so xde la cintan2 pown...ingat2 lupa jalan ceritanya.

5- Boleh tahan lagu soundtrack filem ni ! tepuk2

6- Oh My GUCCI !! my favourite actor Fazura was in it !

So, scorenya 5-1....membuatkan ray membuat perancangan (memasang niat) utk menonton LBS bila ianya ditayangkan bermula 3 Jun 2010 ini. Beberapa hari selepas tu, dapat pulak jemputan menontonnya...apa lagi ambil peluang la kan?

Sebaik saja sampai, Ray membaca press release yg diberikan. Terjawab beberapa perkara.

1- Sinematografi hebat kerana pihak produksi telah mengupah Pengarah Sinematografi berbangsa asing, Mike Muschamps.

2- Para pelakun telah dilatih oleh seorang "Acting Coach". Tak lain x bukan, Ogy Ahmad Daud AMN. Patutlah ray dapat rasa sentuhan Ogy ada pada sebabak lakunan Lisa Surihani semasa menonton trailer filem tersebut.

Bila menonton sesebuah filem, ray biasanya akan merujuk pada hasil kerja terdahulu sama ada ok ke x. Lebih kepada pengarah dan penulis skripnya. Ibarat membeli seluar dalam berjenama X...sebulan pakai dah lunyaiii...nak ke beli lagi jenama X u ols? Tak kan? Bila dah trauma dengan hasil kerja tedahulu, rasa teragak2 nak tengok hasil seterusnya.

PerSETANkan flashback tersebut. Kita terus kepada reviewnya.

Ray tumpukan dulu dari segi LAKUNAN.

LBS banyak shot2 dekat. Punyalah dekat...sampai nampak segala lopak bekas jerawat Farid Kamil tu..lol. Macam peminat Farid Kamil seperti my friend Waty...kira kenduri besar lah kan dpt tengok jarak dekat.hahah. Bila dah dekat tu kan pelakun kenalah pandai menjaga ekspresi muka bila berlakun kan? Kesimpulannya, dengan wajah2 cantik para pelakun, ditambah dengan ekspresi muka yg meyakinkan, feel lakunan dapat dirasakan oleh para penonton. Lakunan Lisa sebagai Ayu dan pasangannya Farid Kamil sebagai Kasyah berjaya membuat ray mempercayai kisah cinta mereka....so sweeetttttt!!

Que Haidar sebagai pelakun pembantu berjaya menaikkan rasa benci ray kepada watak yg dipegangnya. MENCIKKK ! As usual lakunan Fazura is as FABULOUS as ever la kan.

Ada la serba sedikit dialog yg agak awkward dilafazkan oleh para pelakunnya tapi tidaklah sampai mengganggu emosi ray ketika menontonnya.

Jalan cerita.

Bila dah tajuknya ada perkataan SETAN, kita akan tertanya-tanya tahap SETAN yg macam mana perangai Kasyah ni sehingga dipanggil SETAN? Ianya dipaparkan dengan sangat ringkas diawal filem. Sangat ringkas. Cukup SETANkah? Ianya terpulang kepada penonton sebenarnya. Kalau korang kat sekolah tu, ala2 nerd...rambut sikat belah tepi...ada kemungkinan anda berpuas hati tapi kalo perangai korang lebih SETAN ...korang akan mengganggap keSETANan Kasyah ni tahap biasa2 jer. keh keh keh. Bagi ray tahap keSETANan tu tak berapa sgt la.

30 minit yg pertama ( ray agak je ya ) kita dipaparkan dengan kisah cinta. Macam mana Kasyah yg dikatakan berperangai mcm SETAN jumpa Ayu...Macam mana Kasyah yg dikatakan anti perempuan ngorat Ayu. Macam mana reaksi Ayu bila kena ngorat.... Fuhhhh! Layan jugak...huhuhu. Suka la korang babak mcm ni kan? perghh ;P

Kemudian masuk watak Azmi lakunan Que ex bf Ayu yg zalim dan tak berhati perut. Dah la kaki betina pastu cepat je naik tangan! Sebab perangai busuk Azmi ni laaa yg buatkan Ayu tinggalkan Azmi.

Kejap ! Pause sat. Siapa yg lebih SETAN sebenarnya ni? Kasyah ke Azmi? lol

Disinilah tercetusnya konflik.Lepas satu, satu...malapetaka datang....tak sempat nak tarik nafas lega....BALA baru dah mai dahhh! Masa ni , ray rasa mcm semua menda nak disumbatkan. Sumbat punya sumbat....jadi mcm rimas sikit la. Kesetanan, Ngorat, Bercinta, Putus kasih, penderaan, kemalangan, berubah wajah, penderaan lagi, hilang ingatan, masuk babak pihak ketiga, kahwin, MATI. Huiiii...Mungkin alasannya..., novel tebal nak disumbatkan dalam masa 1 jam 30 minit bukannya mudah! ahaks

Ok2...ray tak nak habaq konflik secara detail sbb xnak spoilt kan mood korang tgk cerita ni. The reason why ray xnak spoiltkan mood korang ialah sebab ray nak sangat2 korang tengok cerita ni.

Selain dari 30 minit terakhir yg penuh dengan pelbagai masalah ibarat tauhu sumbat, ada satu benda lagi yg amat mengganggu ray. Ketika Ayu berada di atas kerusi roda selepas kemalangan, wataknya telah melafazkan satu dialoq yg ray xboleh terima. Tak kena. Ayu meletakkan satu syarat dan syarat tersebut telah membuatkan penonton dipawagam ketawa kecil. Potong stim lahhh dialog tu.Adehhh! Tapi bila difikirkan semula, mungkin pengarah/penulis meletakkan dialog tersebut bagi mengelakkan penonton keliru dengan apa yg bakal berlaku. Bukan semua penonton yg bijak kan? ahaks. Ada pulak yg blur2 nanti. Tapi kalo anda penonton yg bijak, tanpa dialog tersebut dilafazkan, it's not a big deal pun. lebih buruk jika dialog tersebut dilafazkan kerana x kena tempat. Mungkin letak selepas tu...baru la sesuai rasanya.

Seperti biasa sekiranya seseorang itu menonton filem, topik LOGIC atau TIDAK menjadi tumpuan utama lah. Ada beberapa persoalan tertentu yg dibangkitkan oleh panel pengkritik kedai kopi. Tak yah la ray nak senaraikan , korang cari la sendiri.

Nape ? x paham? lol
Korang akan faham selepas menontonnya. So kenalah tengok.

Karya berusia 25 tahun yg dibaca oleh mak, kakak korang masa sekolah dulu diperkatakan kurang sesuai utk dipertontonkan kepada generasi baru. TETTTT ! Kisah cinta tak mengenal usia sebenarnya. Tak kiralah zaman apa pun. So, ray strongly believed that cerita ni sesuai ditonton oleh generasi muda.

My conclusion, pada pendapat ray la kan...cerita ni lebih baik dari filem ALI SETAN & AZURA. Don't get me wrong...both films ini mmg classic dan tersendiri. Perbandingan yg Ray buat ialah berdasarkan kesan dramatiknya, sinematografinya yakni visual yg kuat, mantap dan gerak kerja kameranya berupaya membuatkan pemikiran dan kesedaran anda berKOCAK. Azura & Ali Setan lebih santai dan simple dari segi penceritaan. LBS ada sikit kelemahan sana sini tapi tidaklah mencacatkan pun. Entah2 korang tak perasan pun kekurangannya!

Filem ini layak mendapat tempat dalam box office kerana bagi ray cukup ramuannya utk menarik penonton ke pawagam tapi ianya terpulang kepada selera penonton untuk menentukannya. Dalam ramuannya , ada yg mungkin xmakan pedas, tak makan sayur, nak nasik lebih, nak kuah banjir kan? So mcm2 kehendak dan selera manusia ni. Bawak awek/balak korang kalo pegi tengok. Bawak mak korang pun ok jugak sbb ada pengajaran utk kaum ibu dalam filem ini . Yang ada suami kaki pukul tu bawak sekali...ahaks


Kalau nak ulasan lebih skema tapi sensasi, bolehlah melayari blog AJAMI yg tersohor semenjak dua menjak masuk GALATV nieh..kekeke


PS: Ramai juga yg SUKA pelakun tu, ada juga yang TAK SUKA. Itu selera masing2 la kan?







19 mulut cakap2 belakang:

*ayu the sun* said...

sila review ye.. because i cant wait to go and catch it in movieeeeeee....

gila minat siap collection novel ni.. mmg x sabar lah!!!!

hope tidak menghampakan..

Ku Adalah Aku... said...

ala...bestnya dapat tengok dulu...farid kamil pulak tu...iskh...tak sabar la nak tengok...coz i know mesti best..novelnya telah di baca...tak tau la movie cam ner plak....tapi mesti best la sebab heheheh...farid tu romantik...

p/s:..jangan muntah ray...lol

FaizalSulaiman said...

ray..review nanti okeh.baca novel ni dulu.ahahah

Farazila said...

ok..g taw klu best okiehhh...

iyllienaz said...

ok..kalau camtu lah review ray..wajib tengok ni..

Ku Adalah Aku... said...

oh tidak !!!...semakin meronta hati untuk menontonnya...kira lobang hidungnya pun terserlah ye ray...huhuhu....

lopak pun lopak lah...lopak tu yang mahal tu...atoiii...lariikkkk

Ku Adalah Aku... said...
This comment has been removed by the author.
Ajami Hashim said...

"lebih skema tapi sensasi"kah? katanyaaa? hahaha!

cik Miza Bob said...

mmg miza nk tengok sangt cite sebb tarik dan pelakunnye. fazura!!! sungguh suke. hehe..
tambah pulak lepas bace review nh.. lagi lah.
yang nak gelak, kalau d suruh compare azura & ali setan,penah tgk kat astro prima je. x penah cube nak memahami pn.
hope cite ni akan buat miza ease bebaloi tunggu 3 jun.

[r][a][y] eusouff said...

Waty...ada juga yg berkenan tgk lubang idong Farid kamil tu...hahaha
ray ada baca few blogs & comments..ada yg tak suka sgt pd FK nieh...katanya x sesuaiiii pegang watak setan tu...

[r][a][y] eusouff said...

Cik Miza,

U R fazura's fan kan? WAJIB tgk k. She's so GOOD !

Ku Adalah Aku... said...

sentap i tau...

tapi takpa..lagi ramai tak minat lagi besar peluang i...hua hua hua..."tak kenal maka tak cinta"...gitu ya..berfalsampah i pagi2 nie....

edzlin007 said...

cool review! saya tak pernah baca novelnya, sebab tak minat novel cinta. tapi rakan2 semua dah baca, dan mrk tak sabar nak tgk. dengan trailer yg superb, dan jualan novel yang banyak, pasti filem ni box-office. ibuku yg dah lama tinggal dunia remaja pun nak tgk.

[r][a][y] eusouff said...

FYI...novel nya ada 3 edisi bermula dengan yg pertama pada tahun 1985. Pada tahun 1998, penulis compile ketiga-tiga edisi serta menambah ratusan helaian muka surat bagi memperkuatkan lagi ceritanya. Edisi khas tersebutlah yg diberi judul "Lagenda Budak Setan"

FaizalSulaiman said...

thanks ray for ur review! akan ditonton tidak lama lagi

omgpetch said...

mula2 ingt pun ada kaitan dgn ali setan. skali, yg ado.

i nk tgk fazuraaaaaaaaa!

[r][a][y] eusouff said...

Faizal>> yur most welcome
harusssss tgk la kan?

omgpetch>> fazura xkan menghampakan u

queenlyana said...

Wah..! macam kena pegi tengok.
anyway ~ me love Fazura tooo..!

[r][a][y] eusouff said...

yeyyy
ramai betul ek peminat fazura..

btw just found out Lisa Surihani ada 340,000 fans kat FB dia...
Hebattt