Thursday, May 6, 2010

Awan Doniah

Doniah bte Subor ( cara sebutan Donia with silent H) mempunyai cita-cita tinggi. Bukan nak jadi lawyer ke, majistret ke ataupun jadi doktor bedah. Cita-citanya lebih tinggi dari itu. Doniah nak bekerja di awan biru...nak jadi stewardess katanya....TINGGI tu cite2 nyer



Semasa Doniah dilahirkan ke dunia, dia terus buat perangai. Doniah tak berhenti2 menangis sejak dilahirkan. Gituhlahhhhh! dah mcm cite Ahmad Al Bab la pulokk.

Yang peliknya, Doniah akan berhenti menangis bila mendengar bunyi kapal terbang yg lalu di atas rumahnya. Sila maklum rumah Donia terletak di Kg Melayu Subang. Kalo takde kapal terbang lalu, dia akan start meroyan sambil menangis. Begitulah seterusnya tangisan pelik Doniah sehingga dia berusia 4 tahun.




Uik ! kenapa Doniah tak menangis lagi selepas berusia 4 tahun? sebabnya bapa Doniah yg dah fed up dah mula bagi penampar jepun setiap kali dia nak nangis. Selesai satu masalah.

Bila bersekolah (darjah 5), Doniah sering menjawab "Saya nak jadi peramugari...cikgu" bila diajukan soalan tentang cita-cita. Jawapannya tidak pernah berubah. Doniah sering diketawakan oleh rakan sekelasnya. Yang paling kuat gelak Ustazah Memon.

Pause kejap.

Mesti korang teruja nak tau mcm mana muka Doniah ni kan? Hot ke?

Doniah dikategorikan dalam kategori SEDIH. Setiap kali dia mengucapkan yg dia nak jadi peramugari, reaksi yg lain2 ialah rasa seperti hendak menghantuk kepala ke dinding sebanyak 14 kali. Rasanya tak perlu kut utk saya menjelaskan dengan lebih lanjut rupa parasnya kerana penulis tidak mahu perkara yg sama berlaku kpd pembaca sekelian.

Muka Doniah penuh dengan jerawat batu. Doniah juga ada tahi lalat sebesar guli disebelah bawah dagunya. ( dah ala2 rupa Nanny McPhee la pulokk) Kulit Donia agak sembab dan tangannya berbulu. Hanya satu saja kelebihan Doniah iaitu beliau sangat tinggi berbanding rakan sebayanya.

Dari segi akademik, Donia hanya lulus ujian air kencing je. Yg lain2 gagal. LOL. Aiyoo penulis over reacted pulak....ok la ok la....Doniah tahap lulus la....layak dapat sijil beranak. (layak utk terus hidup)

Sebaik saja dapat keputusan SPM, Doniah photostate sijil tu banyak2 dan terus pergi sahkan kat pegawai sumpah. Dihantarnya RESUME, gambar studio 10 keping (walaupun diminta 2 saja)dan salinan koleksi sijil (termasuk sijil penyertaan kuiz sejarah sekolah) ke semua AIRLINE in THE WORLD of SURVIVAL.

Tapi malangnya satu pun xde jawapan. Satu hari satu airlines AIR LOMBOK ni ada temuduga terbuka (WALK IN). Kawan baik Doniah yg habaq kat Doniah setelah membaca eklan tu kat akhbar BACA HARIAN. Dengan gigihnya, Doniah berbaju berROPOL pink, pergi temuduga tersebut. Malang memang BERBAU, penulis dah agak dah...GAGAL juga.

Untuk mengubat rasa kekeciwaannya, Doniah join kursus airlines anjuran sebuah syarikat latihan di KL. Punyalah kuat berusaha tanpa mengenal erti putus asa, Doniah juga turut mencuba nasib dalam rancangan realiti "IMPIAN BLUR MENJADI NYATA" sebuah stesen TV swasta. Malangnya turut diREJECT dengan kejam yakni dihalau sambil direjam dengan probes.

Sementara mencuba nasib, Doniah bekerja sebagai guru tadika utk support hidupnya. Budak2 pun gelak bila cikgunya itu kata nak jadi peramugari. Bapaknya, Encik Subor bekerja di RTM sebagai seorang jurusolek part time. Ramai artis yg telah disolek oleh Encik Subor termasuk Cindy Chin Lan Tai, Siti Sukor, Manimalata dan Angela Pang Chin Tat.

Pelik sungguh bila seorang jurusolek terkenal tidak boleh berbuat apa2 utk make over anaknya.

Satu hari, setelah sekali direject....Doniah (dalam hujan) berlari balik dari temuduga. Ayahnya yg kebetulan baru balik dari konsert - setelah menyolek Justin Bierber - bertentang mata dengan anaknya Doniah. Doniah yang putus harapan, menyalahkan ayahnya kerana tidak berbuat apa2 utk beliau mengejar cita-citanya.

"Ayahhhhh kenapa ko tak make up aku baaaa !!! Muka ku rusakk sudahh " (tetiba slang sabahan)

"Ko tak perlukan make up Doniah, ko hanya perlukan krim simen "Fair & Wondeful- Simple CT" saja" sambil mengeluarkan brochure product berkenaan dari bag make upnya.

"Pergilah la ko beli kat phamarcy kat GIANT tu....Ada diskaun 20% tapi ko pakailah duit ko sendiri" tambah ayahnya.

Tiga bulan berlalu.

Doniah mendapat surat dari AIR LANGGUK (anak syarikat AIR LOMBOK) yg beroperasi di kepulauan tanah melayu. Doniah membuka surat tersebut dengan rakus. Beliau berjaya lalu menitiskan air liurnya.

Dimajlis graduasinya, Doniah menjemput ayahnya ke stage. Doniah menangis sampai keluar hingus lalu dikesatnya pada baju ayahnya ketika memeluknya. Doniah kemudiannya menjerit sambil pegang sijil "LIHATLAHHHHH DONIAHHH !!! LIHATLAH DONIAH !!" Pastu ada mulut HANGSUANG berkata "ehhh dia tu jurusolek terkemuka kan??" sambil mencebir mulut tanda menyampah lagi jeles.

Doniah akhirnya berjaya menjadi seorang peramugari. Sambil menarik bagnya, Doniah memandang ke langit sambil melihat helikopter berlepas (masa tu takde kapal terbang lalu), sambil tersenyum mengenang segala dugaaan dan kepahitan yg dilaluinya. (tetiba flash back babak dia berhenti menangis ketika masih baby bila kapal terbang lalu di atas rumahnya) Namun Doniah masih tidak berpuas hati.....lepas ni dia nak cari laki kaya pulak.

Doniah Bte Subor meneruskan langkah kengkangnya sambil dipandang oleh seorang peramugara Perlampau yg taste kat Doniah.

(kamera semakin jauh)

faded

Credit para pelakun

Doniah Bte Subor (17 tahun) - JEEZ FARAH ZAKUYAH
Doniah bte Subor (4 tahun) - Adek Nadhirah
Doniah bte Subor (11 tahun) - Adek Najwa Fenner
Ustazah Memon - Rosnani Ab Aziz
Kawan baik Doniah (yg bagi eklan) - Siti Sakura
Subor Syukor - Syuk Getah
Peramugara Perlampau - Mohd Ashraff
Mulut hansuang - Emelia Basri

16 mulut cakap2 belakang:

iyllienaz said...

haha..malang nasib doniah..iklan fair n lovely pon ada jugak..

Ashraff Mokhtar said...

dengan acap acap skali terlibat?
pramugara terlampau lagi :P

FaizalSulaiman said...

hahahaha..doniah!

cayalah ray.ketawa jap pagi2 neh;)

Sakura said...

kekeke. sak pun ado niehh

♥Syamelia♥ said...

bengong punya ray....
i x larat nak gelak ok...
dah la pepagi buta, semua org tgh bz wat keja, pas2 i dok ngadap blog u...
nk gelak pun kena cover...
tp makn lama makin menjadik2 pulak....
sampai menetes ayaq mata dok tahan gelak...
penat dowh...


my comment on this entry...
NO COMMENT!!!
but just laugh, laugh n laugh all the wayyyyyyyyy

:))

cik Miza Bob said...

ngeng~

edzlin007 said...

hahahaha baca pemegang watak lebih buat ku tergelak, sebab dah terbayang2 dah..

Najwaaaa said...

gituuu lah
merasa jugak jadi Doniah
LOL

Hyunni said...

LOL JBierberrrr... hahahaa

NUke_Rude said...

ya Allah..




aku tak sangka aku baca cerpen ni sampai habis.. huhuhuhu...

.::F.A.I.Z.A.H::. said...

hahahaha.. kreatip2x..

Nad. said...

ho hem gee!
Ttiba 4 tahun la pulak !
Awat teruk sangat tahilalat bawah dagu . (macam nak perli dagu nad je ) Hahahhaa. anyway, terima kasih buat nad gelak selama 5 saat yang pertama. Gituuu! HAHAH

omgpetch said...

bahahaha mcm haram la. mmg hanj. kelakar nk mati la ray! hakhak. semua ayat pakai maggi cukup rasa. mmg feel.

japjap, ujian air kencing tu ujian akademik ke? hahaha choi la ray!

sumpah kelakar.

shafarina said...

LOL! Sian Doniah! Seb baik cekal.

Nalin said...

hak4 !
sungguh best ray !!

silbi abigail said...

salam ray.. ada wasiat kat blog saya tuk awk.. dtg amik..thanks..!
http://silbiadekabigail.blogspot.com/2010/05/wasiat.html