Monday, April 19, 2010

Perihal Tahi lalat



Orang dulu2 (including my aruah mak) cukup suka bertahi lalat. Tahi lalat di muka MANIS katanya. Pernah rasa ker? lol

So, basically bila berdandan...my aruah mak akan terangkan tahi lalatnya. Terangkan?

Nie nak terangkan la ni. Maksud terangkan ialah amik celak tu hitam kan sikit tahi lalat tu kasi jelas..kasi terang so lebih obvious. Barulah lebih manis wajah tu bila bertahi lalat. Antara contoh artis yg bangga bertahi lalat ialah supermodel kat bawah ni dan Dato' Syarifah Aini.

Tahi lalat bawak TUAH ke?


Zaman sekarang, kalo bertahi lalat lagi nak cover. STRESSS bila ada tahi lalat...hahaha.Tepek foundation or bedak lebih sikit. Yang nak buang tahi lalat pun ada. lol. Kalo rasa nak buang tahi lalat boleh pergi ke Summit USJ tu...ada kedai buang tahi lalat kat LG floor...hahahaha. Yang pasti... kebiasaan yg ray dengar....tahi lalat yg nak dibuang ialah tahi lalat dimuka. Tak plak ray dengar ada kes nak buang tahi lalat  di lokasi lain seperti dipunggung kiri. Ada ke yg nak buang tahi lalat ditempat tersembunyi yang orang lain tak nampak? kekeke



Ermmm antara artis yg ray tahu yg dah buang tahi lalatnya ialah Enrique & Shafinaz...hahahaha (gigih carik gambar)

BEFORE:
AFTER

click to zoom


Selain nampak manis, orang dulu2 juga percaya (bukan org melayu saja...org cina pun tilik nasib dengan  melihat tahi lalat) yang tahi lalat membawa maksud2 tertentu. Macam2 maksud ada , ada yg positif dan ada yg membawa maksud negatif. Tahi lalat  bawak sial. pun ada .LOL. Setakat mana kesahihan maksud tahi lalat tersebut ...entahlah...den tak dapek nak sahihkan. Jangan STRESS ya bila find out tahi lalat yg ada tu membawa maksud negatif...STRESS no good. Kita gelakkan aje.



Ada juga petua nak hilangkan tahi lalat. Yang pasti Enrique dan Shafinaz tak gunakan petua ni ya utk hilangkan tahi lalat dorang...hahahaha. Amik nenas dan daun limau purut dan kisar. Sapukan kat tahi lalat yang korang nak ilangkan tu 2 atau 3 kali sehari sampai tanggal.

Tak tanggal jugak? Try large amount of nenas and daun limau purut.

Masih tak tanggal?  Tak dapek den nak nolong dohh...poei la ke kodai buang tahi lalat yg berhampiran....Tak pun pakai je SIMEN. LOL


Tahi lalat yg besar2 tu tiada jaminan ya sbb besau bebeno...infact petua diatas tidak dijamin langsung keberkesanannya...hahaha

Ok lebih serius. Fakta2 tentang tahi lalat berdasarkan rujukan.  Dalam dunia kedoktoran  ianya dianggap panyakit kulit atau kanser kulit namun tidak serius.

Tahi lalat  dari segi saintifik disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan abnormal dari sel‐sel pigmen di bawah kulit yang lebih dalam.

Setiap orang mesti ada tahi lalat. Kalau tak de..xpe..jangan panik. Jumlahnya bervariasi antara 10 ‐ 40, meskipun ada juga yang sampai mempunyai 100 tahi lalat. Kebanyakan tahi lalat muncul dari bayi lahir hingga usia 20 tahun, tetapi ada juga yang muncul selama proses perkembangan janin. Orang yang sering berjemur di bawah terik Matahari mempunyai lebih banyak tahi lalat.

Dari segi perkembangannya tahi lalat, ianya bermula dengan agak berwarna gelap, kemudian membesar, dan mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza-beza. Ada yang berbentuk oval, ada yang bulat, ada yang ditumbuhi rambut, ada yang polos, ada yang berwarna cokelat, hitam, dan merah muda. (pink u ols)


Ada tahi lalat yang berbahaya, ada juga yang tidak. Jika tahi lalat anda terasa gatal atau sakit, atau terus membesar atau berdarah, sebaiknya pergi jumpa doktor, sebab ada kemungkinan tahi lalat ini berkembang menjadi kanser kulit. Disarankan juga agar tidak berjemur tanpa pelindung kulit di terik Matahari lebih dari dua jam, kerana sinar Matahari dapat menambah kecenderungan kulit mengalami melanoma (kanser kulit serius).  Mungkin juga alasan Enrique & Shafinaz buang tahi lalat adalah disebabkan faktor kesihatan...huhuhu


There ! ray dah jelaskan auta dan fakta tentang tahi lalat. 


So...pembaca blog sekelian...sila amik pensil dan kertas. Sila rekodkan tahi lalat yg korang discover.  Sila buat kat badan sendiri ya bukan check kat badan orang lain. Haram. Rekodkan tahi lalat korang dengan lokasinya yg jelas. Bila dah rekod, sila rujuk carta firasat tahi lalat dibawah. Tanda "right" kalo korang rasa ada kebenarannya. LOL.

Ok lastly, habaq kat ray korang malu ke or bangga ada tahi lalat di muka (yg jelas nampak dari pandangan orang lain). Habaq kat ray, sebab korang rasa malu or sebaliknya...

Atau korang malu nak habaq kat ray?

Amaran : Melihat/Merujuk schedule firasat tahi lalat di bawah  adalah tanggungan sendiri ya. Penulis tidak bertanggung jawab kepada STRESS yg bakal dihadapi pembaca setelah merujuknya. Harap maklum.


Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana




9 mulut cakap2 belakang:

||| PöJìé PööH ||| said...

Pojie ada taiklalat serupa dengan Tom Cruise, bangga jer sampai la ni..
Ini bukan saja taiklalat pemanis tetapi juga tahi lalat pengenalan diri..
llallal

[r][a][y] eusouff said...

pojie...
jap...
tom cruise ada tahi lalat kat mana?
hahaha
(tak perasan)
huhuhu

Nazz@Purple said...

dulu nazz mane ade tahi lalat kat muka..tp sejak kebelakangan ni ade pulak tumbuh sebijik..kat atas bibir..buruk ar.tahi lalat ke jeragat tah..tp cam kekal je..

cik Miza Bob said...

ray, kamu buwat miza bangun dari desk && capai cermin dalam beg && cari tahi lalat kat muke.. hahahahah.. bile d fikir balik, LOL!

[r][a][y] eusouff said...

Nazz...
atas bibir belah kiri ke kanan? hahaha

kecik kowt..ntah2 org lain x perasan

Cik Miza...
jumpa ke x ? Hitamkan sikit pakai celak...lol

cik Miza Bob said...

ada stu je pn. xpayah lah hitamkan, original pn okay dh..

tetibe teringt kat tok ti, kalu video klip die dedolu, ade tahi lalat yang sekarang dah xd.. mst sebb pakai simplyCT.. haha...

edzlin007 said...

banyak makna tahi lalat tu betul aja...

♥Syamelia♥ said...

wah! sggt byk info...
n i know dat place in summit...
a chinese shop kn...

i have one on my right thigh, used 2 feel so embarrassed abt it ms primary school, coz owez kena kutuk, but now i find it sgt precious... lol

if i'm not mistaken, hamidah wahab pun buang gak kan...

mell aziz said...

adeihh. mcm betul gak tafsiran nye.. haha.