Monday, April 5, 2010

Karipap Teacher Ayu

Jam 10 pagi. Waktu rehat. Kudapan. Recess. Break.

Makanan yg dibekalkan oleh Ibubapa dikeluarkan. Guru2 memerhatikan makanan yg dibawa oleh si kecil. Ada yang bawak sandwiches, karipap, nuggets, mee hoon goreng, roti dan sausages. Ada jugak yg bawak nasi lemak, scramble eggs dan pan cake. Lebih memeranjatkan ada yg bawak roti canai bersama kuah kari (yg di tapau terus dari warung), nasi lengkap dengan lauk pauk ayam goreng bersama telur dan buah-buahan. Makkk aiii....makan besar!




Terliur jugak tgk makanan yg dibawa oleh si kecil. Almaklum...tak breakfast pun pagi tadi. Guru kemudiannya mengarahkan si kecil membasuh tangan. Selepas semua basuh tangan, si kecil kemudiannya membaca doa makan bersama. Bahasa arab dengan maksud dalam bahasa melayu sekali.

Sambil doa dibaca, cikgu sibuk membuka bekal2 si kecil. Al maklum ada yang dibungkus bagai nak rak sampai susah utk budak2 nak bukak.



Teacher Megat: Teacher nak karipap ni satu boleh?

Aina : Takkkk bolehhhh ! (sambil buat muka kemut)

Teacher Megat : Alaaaaa...teacher lapar..boleh la bagi teacher satu...banyak tuuuu (sambil muka sedih)

Aina : (buat bodo) sambil menikmati karipap

Teacher Ayu (Cikgu lain yg kebetulan ada kat situ) : Aina...kesian kat teacher tu ....bagi la satu...share laaa..

Teacher Megat : (Buat muka sedih)

Tiba-tiba disampuk oleh seorang murid yg lain.

Tisya : (dengan nada marah ditujukan pada Teacher Ayu): Teacher bagi laaa karipap Teacher kat Teacher Megat !!!!!

Teacher Ayu : Karipap mana pulak aku nak bagi ni...(gelak Teacher Ayu ditujukan pada Teacher Megat)

Teacher Megat: LOL


Tisya is very outspoken child. She's only four years old. I was told by her class teacher, bila cikgu mula tunjuk mood tegas...Tisya keluar statement "Mula la teacher tu nak mengamuk...xsuka la"
Besides being outspoken she like to dance as well. Pantang dengar lagu "Nobody2 but you...(tepuk)" LOL. Kerana leka menonton lagu tersebut di Youtube yg ditayangkan di skrin LCD TV, she missed her bus going home. She ended up crying.....


At RSK, we encourage children to bring food from home. Children are very proud...if their parents prepared food for them. We also encourage them to share their food with others. Sometimes, we do encounter children with no bekal at all.

Ada yg terlebih2 sharing spiritnya. Ada yang setiap hari beli nasi lemak utk cikgu...sampai cikgu naik segan. "Cakap kat Ibu..xpayah beli lagi nasi lemak lagi yaaa...". Cikgu berkenaan memberitahu ray "Takut pulak nanti mak dia ingat saya yg mintak".




If you have children dan nak bekalkan makanan utk anak masing2, pls note ....don't la give roti canai...nasi lemak...makanan ringan dan makan tengahari utk anak2 tu. Breakfast supposed to be light food and healthy food. Makanan berat akan buat budak lembab belajar. Jika diperhatikan si kecil yg slow tumpuan pembelajarannya....akan membawa makanan yg berat2.

Bawaklah makanan seperti Karipap saja sudeyhhh !!

Makanan apa yg korang bawak sebagai bekal ke sekolah masa kecik dulu? 

NOTA KAKI  : Teacher Ayu ialah guru kelas Penguin  (si kecil berusia 3-4 tahun ) manakala Teacher Megat ialah guru Arts Rumah Si Kecil. Kelas arts diadakan selama 1 jam setiap minggu di RSK.


Photo Credit to : Megat

7 mulut cakap2 belakang:

Aidid said...

x bwk bekal pun. beli je kt kantin sekolah.

NUke_Rude said...

karipap pun boleh ray!! haha..

btw, u renovet blog ke? ade unsur2 pelik skit. hahaha..

[r][a][y] eusouff said...

Aidid...
yg nasi lemak sepinggan 20sen tu ke?


yup...renovate.
unsur2 pelik? hahaha
apa yg pelik bro?

pelik sbb ko tak biasa atau sbb aku yg pelik...hahaha

iyllienaz said...

haha..tergamam teacher ayu..

[r][a][y] eusouff said...

iyllienaz,

mmg tergamam pun...hahaha

edzlin007 said...

haha best lah baca entry ni.

hmm, masa tadika saya dulu, makanan disediakan. kalo bihun sup, semua 40 org tu bihun sup. sampai mogok tak lalu nak makan, barulah cikgu bawa keluar biskut kering.

saya suka RSK ni.

Maganda said...

i like ur writing, and im working as a part time teacher as well. (: