Friday, April 9, 2010

iTalk uListen ! iTalkWhoa

Now italk.....u listen ( i talk ...you listen) Jangan tukar siaran...anda tidak tersalah masuk blog.

iTalk Whoa ialah portal yang membolehkan kita berinteraksi dan berSOSIAL dengan kawan2 tanpa perlu nak log in ke dalam beberapa website. Kalau 5 website...5 username dan password nak kena bukak~! Nak ingat kata laluan lagi. Pengguna dengan mudah boleh hantar email, check status kawan2 yg terkini, chat, hantar sms dan boleh buat call ke luar negara dengan rate yg sgt murah.



Subject (Mangsa): Cikgu Juli (Si Rabun IT) yang pernah mencipta laman web sosial berangan terhebat “MY FACE”. lol

Cabaran : Nak influence Kak Juli menggunakan iTalk Whoa. Beri penerangan pada dia sampai dia faham. Sebagai seorang Pengetua tadika, Kak Juli seharusnya didedahkan dengan teknologi terkini bagi memastikan beliau dpt berinteraksi, bersosial dengan berkesan. Yang penting ianya akan menjadi sesuatu yg mudah utknya. Al maklum la kan Kak Juli a bit rabun psal IT IT nieh.

Had masa : Dari rabun sampai celik dalam ertikata lain...sampai dia faham. Kasik wash pakai eye more sikit.
Dah ada jalan mudah....mestilah nak cuba kan? So, marilah bersama ray menjalani cabaran iTalk Whoa ni. 



Kalau Kak Juli boleh buat....xkan la korang x boleh kan? 

Ray : Kak Juli, pernah dengar tak iTalk Whoa?

Kak Juli : Gapo dia tuh? (menjeling sambil buat muka blurnya) .

Masa tu kak Juli tengah menggoreng cekodok utk anak2nya buat minum petang. Cekodok Kak Juli xde kena mengena dengan iTalkWhoah ya....

Ray pun bertanya lanjut Kak Juli soalan-soalan cepu cemas dibawah nieh.

Berapa akaun email Kak Juli ada? Lebih dari satu dan tak terURUS kan? Kadang2 naik confius dan bila nak check email...bukak satu persatu email yg dia ada.

Whoa ! Email account dia banyak bebeno...YM lagi...hotmail laaa...Gmail laaaa...pendek kata semua nya Kak Juli ada. Tak ke pening kepala hotak dia? Kadang2 lupa password pulokk.

Lepas log in...ini rupanya iTalkWhoa email page

Langkah pertama Ray nak suruh Kak Juli faham pasal iTalk Whoa mail. Salah satu daripada banyak lagi kelebihan menyertai iTalk ni...

MISI 1 : iTalk Whoa Mail

Menda ni baru dilancarkan. So, info nya boleh dikira exclusive laaa. Be among the first to know lahh. Blog ray ni bukan blog BIMBO luahan rasa, blog mengata orang dan yang hanya bercerita pasal cuaca saja ya..ada unsur2 ilmiah. By the cuaca elok je skrg ni so, xpayah nak emo bagai baca entry pelik dari ray kali ni.
iTalk Whoa mail ialah aplikasi email yang membolehkan korang menggabungkan semua email account yang korang ada. So, senang...log in jer dan boleh check email korang. Xyah nak bukak satu persatu email korang yg banyak tu.

All you need to do is log in to www.italkwhoa.com 
REGISTER sekarang dapat free RM5 airtime!

Pastu register la mcm biasa. Akaun email korang dah banyak kan? Perlu ke ray ajar camner nak register? LOL. Banyak akaun maknanya banyaklah experience korang meREGISTER email2 ni kan? Ko ingat ko tu Mariah Carrey nak suruh ray terangkan mcm mana nak register?

Cuma nak ingatkan, bila dah register ke sahkan semula melalui email yg dihantar ke akaun anda. Kalau xde kat inbox..silalah cari di tong sampah email korang iaitu Spam Folder dan yg sewaktu dengannya. Mcm mana email tu boleh terhumban ke sana...idok ler ray tau apa kesnya. Allahualam.

Bila dah register....sahkan email...korang log in la dan masuk dlm akaun email iTalkWhoah korang tu.
Nak gabungkan penerimaan semua email dari akaun email yahoo, hotmail & gmail...ke iTalk Whoa......sonang ajo.

• Korang klik “Mail Setting” button on kat tool bar and pop up on mail setting- webpage dialog akan keluar dengan tiba-tiba.

• Kat webmail account, isi column tertentu. Korang boleh pilih webmail dgn klik kat drop down button ( ada 500 emails provider yang boleh korang pilih).

• Pastu tick kat active column dan add. Dalam masa 15 minit email baru akan keluar kat email tu. Email yang baru saja dihantar email ni...email2 yg lama tak ditransfer k.

Misi 1 TAMAT

Kak Juli dah set up email accountnya sendiri dan frm now on hanya perlu log in menggunakan satu email shj tanpa log in pada emailnya yg lain2.

Ingatkan dah selesai....pastu tgh Kak Juli godek2 email baru dia...Kak Juli bertanya...

Kak Juli : Ni butang “Manage Identities” ni utk apa?

(bagus ! Rajin bertanya maknanya nak maju....tak nak bertanya tapi buat2 pandai maknanya ...u know what la kan)

Ray : Butang ni utk kita menghantar email seolah-olah kita menghantar dari email kita yang lain. Maknanya, penerima akan dpt email dari alamat email yg kita tentukan.

Kak Juli : Owhh ya ke ?

Ray : Tah faham ke tidak tu. Lol...

Kak Juli : lepas ni nak kena try buat sendiri baru boleh lebih faham. (gigih memberi semangat pada diri sendiri)

(bagus ! nak maju kena usaha sendiri...bukan harap ilmu turun dari langit ke 7..lol)

Cukuplah setakat ni. Nak ajar kena slow2. Takleh banyak2 nanti nak muntah pulak nanti. Nanti Ray akan terangkan pada Kak Juli mcm mana nak satukan chat YM, FB chat dalam iTalk pulak dan nak sms ke no telefon melalui iTalk.

Itu dalam posting Ray yang akan datang!



Haaa..sekarang cuba korang plak try. Tgk korang faham ke x. Tak faham sila bertanya ya. Ruang komen ado...so tanyo yo lah yo.



4 mulut cakap2 belakang:

Wawa said...

x habes2 ngan cekodok nyer... lol. btw chaiyok2 atas entry berilmiah ni. iols ari tu da register mendehalah ni tp idok le bekesempatan (sbnarnye malas) nk try.. lpas bca entry smngt lbih skit nk mncuba (support kawan2 katanya) :D

[r][a][y] eusouff said...

gituhhh lahhh wawa...

semangat satu blogger gituhhh

dah tu hanya cekodok je yg kjuli pandai masak kowt...lol

Nad. said...

Woahhh bestnyaaa! Banyak benefit :D

edzlin007 said...

pernah baca, tapi setakat ini tidak cuba lagi. nak cubalah japgi