Sunday, March 7, 2010

Karangan yang HORROR

Tulis cerita berdasarkan rangkai kata yang diberi. Panjang karangan kamu mestilah kira-kira 60 patah kata.

Berada di dunia lain - dipenuhi padang pasir - muncul makhluk bermata satu - mengejarku - berjaya menangkapku - ingin mencekikku - menjerit - dipeluk oleh satu lembaga - aku membuka mata - aku bermimpi.





Murid 1

Entah bagaimana tiba-tiba aku berada di dunia lain. Kawasan disekelilingku dipenuhi padang pasir. Dia muncul makhluk bermata satu. Dia mengejarku tiba -tiba dia berjaya menangkapku. Saya ingin mencekikku. Saya menjerit untuk tolong. Saya dipeluk oleh suatu lembaga. Lepas itu aku membuka mata aku. tengok-tengok aku bermimpi-mimpi cerita hantu. Tengok-tengok emak saya angkat saya.




Dua baris yang pertama, sah2 adalah permulaan ayat yang diberikan oleh guru. Masuk baris ke 3...."Saya ingin mencekikku" ialah hasil nukilan murid itu sendiri.
Ini adalah kes buat karangan dan tak baca semula apa yg telah ditulis. Kejap saya...kejap aku...confused ker? Bahagian akhir murid tersebut menggunakan bahasa pasar "tengok-tengok". lol...endingnya...mak dia angkat dia.

Setelah karangan ringkas ini siap, karangan murid berkenaan dibacakan oleh guru. Satu kelas ketawa. Termasuk tuan punya karangan ringkas tersebut.

Murid 2

Entah bagaimana tiba-tiba aku berada di dunia lain. Kawasan disekelilingku dipenuhi padang pasir.

(Seperti biasa....permulaan yg sama - tiada inisiatif nak buat ayat sendiri langsung!)

bla..bla..bla...bla

Sebernya Aku mimpiq lembaga itu aku ibuku. patutlah ada lembaga satu mata sebar mak saya tutup mata satu. Patul lembaga itu peluk saya. Yang lembaga itu mencekikku sebarnya sila dergan.

Mak saya tutup mata satu???? Apakah?? LOL. Murid ini ternyata menghadapi masalah mengeja. Yang lain2 sama seperti murid 1 di atas.

Murid 3

(permulaan yg sama)

Tiba-tiba aku membuka mata rupa-rupanya aku bermimpi selepas itu aku tertidur dan aku bermimpi semula aku bermimpi aku telah balik dan aku tertidur di dalam kereta dan aku pun telah kemalangan.


Umpama mimpi dalam mimpi...huhuhu. Murid ini tak pernah belajar apa maknanya noktah. Apa kes tiba-tiba keluar cerita kemalangan dihujung cerita? Hindustan sungguh !!! Yang lain2 sama seperti murid 1 di atas.

Yang pasti mereka tidak membaca semula apa yang telah ditulis walaupun diingatkan beberapa kali untuk membaca semula karangan yg ditulis serta menyemak ejaan. Murid tidak tahu membina ayat dengan baik ialah kerana mereka tidak banyak membaca. Jumlah patah kata juga tidak mencukupi - kurang dari 60 patah perkataan.

Fakta : Masa yang diberikan untuk menyiapkan karangan ringkas ini ialah selama 45 minit. Bayangkan 45 minit dan ini hasilnya. Ada yang berfikir bagai nak rak, tapi ini hasilnya.
Karangan pendek ini disiapkan oleh murid Tahun 3 (berusia 9 tahun)



Di bawah ialah contoh karangan horror yang ray jumpa di internet. Sila baca sebab sangat kelakar ya.


keluarga saya 1

Keluarga saya 2

Keluarga saya 3



Benar atau tidak karangan di atas ...Allahualam. Kalau benar, budak ni boleh jadi seorang blogger yang baik. Kategori blog : Blog merepek terbaik.


PS: Dalam masa 2 minit, sila berikan komen anda berkaitan entri ini. LOL


....

13 mulut cakap2 belakang:

Nazz@Purple said...

Erm cam ner la jadi cikgu..kne menyemak karangan berimaginasi tinggi cam tu..erm..leh migrain kot..

FaizalSulaiman said...

at first memang kelakar baca karangan budak2.tp yang terlalu jujur menulis tu (mcm kisah BOB tu) haihh sedihla kalu tu memang cerita betul..

*blog merepek terbaik.hahahaha

edzlin007 said...

Haha macam-macam karangan adik-adik ni. 45 minit, apa agaknya ragam mereka duduk di meja lama-lama tapi hanya beberapa baris ayat je yang tertulis.

NUke_Rude said...

kreatif tu student zmn skang.. pnuh ngan 'drama'.. hahahahah!

Cikgu Nurin said...

rasanya karangan itu cuba menceritakan sebahagian yang terjadi dalam hidup Bob ni,cuma cara penyampaiannya begitu kreatif tahap gaban,kenal marylin monroe pulak tu...gelak guling guling membacanya...tapi kesian kalau apa yang diceritakan itu betul...( tentang dia berselindung mengenai keluarganya yang bahagia tapi sebenarnya tidak,mungkin mak ayah dia bergaduh di depan Bob ni,maka terkeluarlah benda benda yang sepatutnya...)

Anonymous said...

my most fav. subject is Malay. hehe.
alhamdulillah, i did well in my malay.. paling i tak suka ialah membuat karangan.. tapi bila dah datang idea tu, tulis non-stop laa plak.. :p

- Lina RD

omgpetch said...

HAHAHAHHAHHAAHAHAHAH

knp bg 2 minit sblm respon? sbb taw nak GELAK GILA BABI dlu eh? haha

well, ini antara karangan pelik paling kelakar i penah baca selain karangan hantu dan byk lg (etc etc *hebat budak 9 tahun dah pndai pakai etc etc dlm karangan. maju betul)

adik adik skrg, tolonglah jangan pecah lobang masalah keluarga sendiri. kes besar dik oi! hahaha. tak boleh blah la. tell about kids who are very very honest. mereka sememangnya memang jujur. atau mungkin boleh dikategori 'Jujur Melampau'. haha

yg mak pun satu, takyah cerita ape benda kau buat (tidur dgn 3 laki lain dkt hotel) kat anak sendiri! apalah budak umur 9 tahun fikir? haha

kelakar kelakar

Dari Penaku...waty... said...

Ya Allah ray...tolong lah..tolonglah hentikan lawak nie...pepagi buta waty dok gelak mengilai dah ni...apa kato omak den ni kang....

kat mana la ray jumpa karangan tak sudah ni....Astaga..tak berhenti lagi nie dok gelak nie sambil komen kat blog ni...

simpati betul la ty kat si bob ni...mcm ikhlas pun ada..mcm sengal pun ada..mcm bukan dia yang tulis pun ada...

adohaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....sakit perut aku nie....

dah..stop! stop!...kering dah gigi ni dok gelak...

*ayu the sun* said...

kalau budak yg 1st tu ada depan ayu..
i will say..

saya ingin mencekikmu.

LOL.


VISIT ATS-SHOPPE ~ Click here for a lot of products out for grab!

teh@ said...

hehheehe..
hlg tension bc karangan bdk2 ini.
sgh lawak. walhal dulu kite pn buat krgn thp itu jgk. wee~~

Afeeqa Ramlee said...

saya suka entri nie. :)
make me laugh.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

good afternoon bros. I'm really into shoes and I had been looking as far as something that particular make. The prices due to the fact that the shoes were about 210 dollars on every site. But for all I bring about this locate selling them for the benefit of half price. I exceptionally love those [url=http://www.shoesempire.com]gucci sneakers[/url]. I will probably order those. what is your opinion?