Tuesday, March 30, 2010

24 tahun yang lalu....

....

24 tahun yg lalu, masa ray darjah 6...( yup...Im old and stop calculating my age! ) budak itam ini tak mampu memiliki kamera. Nak beli kasut sekolah pun kena jual ais krim...inikan lagi nak beli kamera!

Kamera zaman tu tak secanggih kamera zaman skrg. Kamera yg keluar bunyik atau jenis yg kena "krek krek krek krek" setiap kali selepas gambar diambil. Manual sangattt kan? So basically...no kodak moment whatsoever during my childhood years. Lagi pun kulit sangat itam masa tu...so tak bernafsu nak amik gambar. lol

Bila dah tua, mana la ingat sangat moment2 masa bersekolah dulu. Ingat gitu2 aje. Tapi tak bermakna tak ingat langsung as I am not tahap nyanyuk lagi kan?

Masa melayari FB...ray join la group ex school mate Ray masa sekolah rendah dulu. Bila join, memori tu datang semula. Ada school mates yg muka sememeh masa kecik ...skrg dah anggun. Ada yg menjadi rebutan ramai masa tu...sekarang gigi depan pun dah takde. Rongak la..senang cerita. Ada juga yg ray dah x cam langsung. Ya la kan...24 tahun sudah berlalu.






Godek punya godek profile orang...tetiba jumpa satu gambar klasik yg ray sendiri tak pernah tengok but I'm actually in it. Tetiba ketawa mcm orang gila sorang2 bila tgk muka sendiri. You must understand....yg excited tetiba tu sbb as mentioned earlier...I had no kodak moment masa sekolah rendah dulu.


Melihat wajah2 mereka ni, terFLASH back pulokk memori daun pisang. Pappp ! ingat nama setiap sorang dengan perangai2 dorang sekali. Papp ! Teringat nasik lemak bungkus yg my friend jual setiap pagi. Order sehari sebelum...dan pagi2 dah ada bawah meja. Gituh la ...service malatop ! Murah je u ols ..20sen. Pada masa yg sama Ray tertanya-tanya dimana mereka2 ni sekarang. Dorang ni budak kelas A yg pandai2. Masa tu kelas diberikan nama mengikut nama warna. Kelas 6 Krim ialah kelas budak2 pandai ni. (ada lagi ke nama kelas krim sekarang ni? lol) . Selepas darjah 6....terputus hubungan..cuma dengar yg sorang ke MRSM...sorang lagi ke MCKK....dan banyak lagi ke sekolah berasrama penuh. Boleh dikatakan masing2 ke sekolah2 yg hebat2.

Cakap pasal terputus hubungan....ya la kan masa tu mana ada hp, email, twitter & FB bagai. Yang ado cuma...alamat rumah. Boleh pakai ke alamat2 tu 24 tahun kemudian? lol

Kita berehat seketika. Ray nak kongsi gambar budak itam ini dengan perangai nakalnya dan yg langsung tak tahu nak duduk diam. Gambar ini, diambil masa darjah 5 ketika melawat Genting Highlands. Gambar ni, ray tak pernah tahu pun kewujudannya...tetiba pettt terpampang kat depan muka kat FB...LOL




Kat FB kan boleh komen2. Ada yang komen cengini...

Anaz Shazlan : Aku nampak Azizan dgn Zailan in car #8. Is that Abdul Rahman hanging off the side?

Aiyaiyai....klasik gila gambar ni. Sephia semacam. Den pun Itam semacam. Dah la naik kereta antik....gambar antik dan model dalam gambar pun dah hampir antik...kekeke

Apa la khabar dorang agaknya. Zailan yg jadi driver dan Azizan yg jadi konduktor dalam kereta no 8 diatas telah pun dijejaki di FB. We had a good laughed over this picture. Misterinya..siapa yg amik gambar ni?

Dari segi kerjaya, sorang2 mmg "success" tahap dewa dah. High profile punyerr job. Dengar cerita ada yg dh jadi lawyer hebat, ada yg jadi engineer tersohor di Seremban dan banyak lagi success story.

The weird thing is....rasa cam pelik plak bila berhubung ngn dorang ni melalui FB. Lepas "add"..tak tahu nak tegur mcm mana. hehehe. Rasa kecik semacam pun ada. Almaklum dorang maha hebat belaka.
Ray ada drop komen kat one of the girl asking her ..."Still remember me?" and she replied "
"Ingatlah for sure, remembered you as 'mat smart' kalau nak ke sekolah baju tu berbutang sampai ke atas, kemas habis and mesti pakai bedak...hahaha..."

The bedak part is my mom punya keja k. Normally she tenyeh my face with bedak before going to school. She put the bedak at her palm and sapuuuuuuuu! tenyehhhh! tapi tetap itam jugak...hahaha. What can I say...anak emak. My dad plak akan pastikan stok CODE10 minyak rambut mencukupi...so my mom make use of it and calit kat tangan...dan gomol kat rambut and sikatkan. Nasib baik tak ditocangkan. Sebelum melangkah keluar, she even ask me tu teguk air penerang hati without fail. OMG! I missed my aruah mak.


Budak2 skrg are considered lucky. Kecik2 dah ada FB. Rasanya takde la kes "Jejak Kasih" dalam dunia dimasa akan datang kan? Can always contact each other sampai TUA. Amik gambar banyak2 sbb bila dah tua...gambar2 tersebut akan menjadi memori pd anda semua.

Pada yg tua tu...it's never too late to have account FB dan menjejak semula kawan2 lama. Rasa kemaluan tu buang jauh2.... Apa yg nak dimalukan?

Another reason sbb ray selalu blogging abt my past is because nak mendokumenkan semua pengalaman/nostalgia yg ada. Satu hari nanti...bila dah kerepot...dan tak ingat hape....boleh baca semula blog sendiri dan mengenang masa lampau.

Nota kaki sexy :

Kereta antik tu sampai skrg masih wujud kat genting. (sexy la sgt nota kakiku ini)


....

14 mulut cakap2 belakang:

cik miza bob said...

xtaw kenapa, mmg suke tuggu entry dari sini.. hehe.. bab yang tenyeh bedak tuh, mmg suweet lah. even time i pown adek beradik sume mak tenyehkan bedak b4 g sekolah.. tapi takat tadika && jah satu due jew.. jgn kte ray berbedak sampai sekolah menengah! hehe..

FaizalSulaiman said...

ray:

anda menghiburkan pagi saya!

i loikee;)

[r][a][y] eusouff said...

Cik Miza...
idok le sampai sekolah menengah...
sekolah menengah zaman selekeh
kekekeke


Faizal...
anda terhibur?

i loikee ;) jugakk

*ayu the sun* said...

ok i laughed.
as if lah saya yang berumur 12 tahun 24 tahun lepas. TEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...
:P

quoting you:
"Another reason sbb ray selalu blogging abt my past is because nak mendokumenkan semua pengalaman/nostalgia yg ada. Satu hari nanti...bila dah kerepot...dan tak ingat hape....boleh baca semula blog sendiri dan mengenang masa lampau."
----> kalau Ray terlupa ur blog link we all ingatkan k? kang nak baca blog nak refresh memory tapi link blog pun lupa. HOW?

ahhahaa...

[r][a][y] eusouff said...

ayu...
ko mmg kan

yo lah
ingatkan den
xpun den tepek url blog den bosa2 dokek frame umah den.

hahaha

Anonymous said...

OMG ray
u sgt hitammm!!

edzlin007 said...

haha suka baca ini. hmm, kereta tu, nama pun kereta antik, haruslah sampai sekarang ada.

anyway, masa memula tgk abg ray dulu, saya ingatkan 20an :p

♥Syamelia♥ said...

well, what a cute entry..
those were the days kn...

well, i recognize u - as i said earlier, not from yr face (coz u definitely changed), but from yr feature...
it doesn't differs dat much...

thx 2 all these stuff that made the world a smaller place...

* alFatihah 2 your late mum...

NUke_Rude said...

24 tahun lalu... itamnye kamu..
hahaha.

gila nostalgik lah gamba.. hu.. ni yg teringin nk carik gegambo lama ni.

[r][a][y] eusouff said...

nuke...
lama la sangat gambar ko tu
ada gambar 24 tahun yg lalu? lol


amy...
changed kew?
lol
sbb itam kan sbb tu u x perasan kan?


edzlin...
ya ke nampak 20an?
terima kasihhhhhhhh

(kembang)

Wawa said...

lol.. part tenyeh bedak tu yg priceless.. skrng ramai lg ke ek budak2 yg ditenyeh bedak camtu sblum ke skulah? hahaha...

walaupun fb dh mcm sizen rasanya (utk org2 tua cam i ni) tp good thing is dpt jejak blk kawan2 lama.. and bila ada yg menyecan gmbar2 lama share sama... lol.. mmg sronok..

i jejak blk my fren skolah rendah and asked her "remember me?" dia leh lak jawab " mana leh lupa cik najwa peminat fanatik kru ni" ya ampun... itu ke yg org ingt psl aku? lol!

ray, letak la lg cerita2 masa kecik :D

Farazila said...

wahh mmg nakal....

igt apa citer hindustan ker bergayut tepi kereta..klu jauh....sape susah??

hihihhi
bila teringat zaman kechik...amat2 bernilai...kita akn tersenyum puas...

sharifah radziah said...

Ray, Kak suka tengok gambar klasik keretapi ada ingat lama masa kak umur 6 tahun di Singapore tahun 1963 sejak lama 43 tahun lalu. Tapi gambar2 lama kak dan keluarga kak hilang tak tahu tempat akibat mak saya lupa simpan gambar2.

BERITA TERBARU - Faiz kena penyakit H1N1 ada dlm blog kak sila baca

sharifah radziah said...

Ray, Kak suka tengok gambar klasik keretapi ada ingat lama masa kak umur 6 tahun di Singapore tahun 1963 sejak lama 43 tahun lalu. Tapi gambar2 lama kak dan keluarga kak hilang tak tahu tempat akibat mak saya lupa simpan gambar2.

BERITA TERBARU - Faiz kena penyakit H1N1 ada dlm blog kak sila baca